Fikir fikir fikir

Macam mana semua?
Dah ada yang ponteng puasa?
Ha, jangan tak mengaku. Kalau sebab yang tak dapat dielakkan tu, kira terpaksalah kan, nak buat macam mana lagi?
Lepas ni kenalah ganti ya.

Ustazah kata kalau kita fikir positif kita ni orang yang positif.
Ustazah juga kata kita ni orang yang baik kalau dapat menerima sesuatu perkara dengan pemikiran yang positif.

Ayat-ayat positif nilah yang saya tengah fikir ni.
Musim nak tulis ulasan sebelum cetak markah peperiksaan murid.
Saya jenis tak salin semula ayat untuk murid.
Tu yang berasap kepala duk fikir ayat-ayat positif untuk tulis di ruangan komen ni.
Haha, ke sebenarnya tak puas membebel kat dalam kelas, dalam kertas markah pun nak juga lepas gian?
Kalau dah kejenya gitu kan, apa boleh buat.
Kenalah jalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Kalau kita, sebagai mak ayah, mestilah nak baca komen yang baik walaupun markah anak kita semua E, kan?
Contoh je tu.
Harapnya semua yang membaca ni, anak-anak korang semua top 10 markahnya.
InsyaAllah kan.

Jadi, nak sambung karang ulasan markah murid.

Ps: korang suka ke baca komen cikgu tu? Ke ada yang tak perasan pun? Ish..sian cikgu mengarang sampai berpeluh ketiak tau..

Comments

  1. Cikgu yg dedikasi sentiasa fikir-fikir-fikir itu yg pasti
    Ganjaran-ganjaran-ganjaran itu juga yg Allah beri
    Kakak suka berjumpa cikgu yg begini
    Baru kita tahu dimana tahap anak kita dan puas hati

    Tahniah Aisy.. pening sikit tak apa tapi Allah ada bagi ganjaran berganda:)

    ReplyDelete
  2. Seingat saya, komen cikgu masa sekolah dulu2 macam sama jer... contoh, "Baik, teruskan usaha anda". Tapi AN ni jenis cikgu yang bagus, satu satu fikir untuk tulis komen... Harapnya ada lah impak pada pelajar/parent yang membacanya...

    Kalau stail komen cikgu kat sini, mereka akan tulis komen positif yang positif2 tu, lepas tu baru lah diikuti komen yg membina... Insya Allah, kalau sempat saya akan share contoh komen yg cikgu2 anak berikan kat sekolah dalam blog...

    ReplyDelete
  3. akak ni belum berpuasa lagi aisy...sejak pakai implan ni hormon masih belum stabil...dokte ada bagitahu sebelum ni, jadi terimalah dengan redha....

    betul tu...pernah dengar ustaz ada kata..Allah juga bertindak mengikut apa yang kita fikir,jika kita fikir positif maka yang Allah berikan pun benda-benda yang positif mengikut apa yang kita fikirkan tu..jadi jangan sesekali berfikir negatif, sentiasalah positif, hidup kita pun pasti akan lebih tenang bila kita sentiasa positif...

    eh...akak suka baca tau apa komen yang cikgu tulis pada report kad adam tu, dari situ kita boleh tahu lah...biasanya memang cikgu akan tulis yang positif saja, bila tulis macam tu, barulah pelajar akan rasa gembira,walaupun result tak berapa cemerlang tapi komen positif dari cikgu pasti membawa aura positif juga untuk pelajar...

    ok cikgu aisy..kipidap!!! hehehe...semoga terus berjaya ye

    ReplyDelete
  4. Assalam AN..
    Ira suka baca.. dulu2 la... masa sekolah dulu..
    Kalau cikgu puji2 lagi la suka.. kalau yg komen kene baiki itu ini tu.. akan cuba diperbaiki utk exam akan datang.. hehe..
    Anak belum exam lagi, so tak de pengalaman la cikgu komen psl markah anak. cuma bila tnya cikgu, ank mcm mana kat sekolah.. cikgu cakap dia suka main.. hehehe.. sabar je la..

    ReplyDelete
  5. aida sorang ibu yg percaya kan cikgu.
    memang akan baca la apapun yg cikgu tulis utk anak2 dara aida :)
    berbaloi la cikgu tu tulis utk aida baca hi hi hi...

    ReplyDelete
  6. You know me ~_^ Saya kalau cikgu tulis pendek-pendek memang sakit jiwa. Tak lepas geram membaca rasanya. Tapi kalau cikgu tulis panjang-panjang pada kertas jawapan walaupun positif, mahu berasap juga kepala *_* Susah juga ni....

    Baru-baru ni ambil report card Abang dan kat bawah tu cikgu komen senang jerk - Teruskan usaha!

    Rasa nak menangis pun ada bila tengok dua patah perkataan aje. Tulislah panjang sikit berkisah tentang anak kita. Taulah ada 35 orang murid dalam kelas :)

    ReplyDelete
  7. Memang ayat biasa tu AN macam yang MD tulis tu.bagus AN tulis ayat positif..mak mak memang suka baca

    ReplyDelete
  8. Betul tu AN.. Ayat cikgu sentiasa positif . Tu yg ummi duk baca dulu sblm sain

    ReplyDelete
  9. kita penuh puasa. awal2 dh benders jepun sebelum puasa aritu .harapnya dpt posa penuh..jangan hujung2 nk raya dia mai sudah..hehe

    suka baca.tp alih2 sama je komennya..kepusan memuaskan..teruskan usaha..cikgu AN peluh ketiak ke fikir ayat nk tulis kt ruangan komen.?jadi cikgu anak sy je Boleh?hahaha

    ReplyDelete
  10. Dari komen positif atau negatif cikgu2 yang jujur tu dapat kita nilai prestasi anak2 kita kat sekolah...dan dapat diperbaiki mana2 kelemahan...

    Cumanya ada mak ayah yang tak bolih terima jika ada teguran negatif anak2....nak yang positif jer... serba salah cikgu2 nanti...

    ReplyDelete
  11. ayat positif memang mampu melahirkan aura positif
    saya pun lebih suka membaca dan mendengar benda yang positif
    sebab ianya membantu kita melalui hari

    tahun ni belum lagi dapat report card afif
    result agak teruk, tapi biarlah
    masih terlalu awal untuk melihat semuanya pada usia ni
    lagipun mama dia pun bukan pandai sangat pun =)

    ReplyDelete
  12. mestilah baca. nak tahu juga apa yg nak disampaikam oleh cikgu tu kan

    selamat berpuasa akak :)

    ReplyDelete
  13. Dalam proses ponteng puasa ni huhu....
    Ohhh sampai berpeluh ketiak rupanya mengarang komen kat Report kad tu yek hihi.... alah buat sama jer AN, bagi standard hihi....
    OKje, bacalah jugak....mungkin cikgu kena buat ayat ayat bombastik, biar ibu bapak best sikit baca

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts