Seharian dengan Naim

Hari Naim dan Mama. 

Hari yang dirancang khas untuk bagi peluang abang bermanja dengan mama. Adik dihantar ke taska supaya mudah mama nak jaga dan bagi perhatian kepada abang je. Kalau ditanya antara anak saya ni, mana yang lebih manja, rasanya kedua-dua pun manja dengan saya.
Cuma cara manja antara kedua-duanya lain-lain. Naim ni manja bertempat dan gaya dia meminta manja. Adik pula sememangnya manja sebab dia yang kecil kot. Senang cerita yang adik ni manja beg tangan, ke mana pun wajib nampak muka mama baru dia selesa.

Tak berani pergi jauh pun. Saya kalau bawa anak tanpa suami, memang pergi tempat dekat je. Jadi pergi je ke kawasan yang hari-hari lalu masa nak pergi kerja. Saja tak bagitahu Naim ke mana kami nak pergi, sehingga dah nampak bangunannya barulah Naim buat muka teruja. Dia pun biasa pergi tempat ni.

Masuk ke Molly Fantasy ni, bagi si abang ni main puas-puas. Memang senyum lebarlah dia sebab tahu tak bawa adik. Bagi je Naim cuba apa yang dia nak main. Tengok keseronokan Naim bermain permainan yang ada, saya terfikir yang masih kecik anak saya ni, tapi ada masanya saya anggap dia dah besar dan amanahkah kerja-kerja 'abang' kepada dia. Alhamdulillah, kalau kena masa dan keadaannya Naim ok je tolong cuci tangan adik, tolong lap ais krim adik yang tumpah dan tolong ambil apa-apa yang disuruh. 

Rancangan asal sepatutnya saya nak bawa Naim keluar lebih lama, ada 6D Cinema yang baru buka di kawasan sama, kononnya nak la masuk. Tapi nak ke kawasan panggung tu Naim dah mula buat hal bila lalu depan Toys R Us. Maka, tak nak banyak isunya, balik ajelah kami. 

Petangnya pula, masa nak ambil adik dari taska, kami singgah di kedai runcit. Saya beli kelapa masa tu, alhamdulillah dah kenyang makan malam kami dengan ikan cencaru sumbat kelapa dan masak lemak telur itik. Nak cerita ni, ada satu kejadian yang agak misteri. Entah misteri betul atau sekadar hati saya yang fikir gitu. Masa saya nak masuk kereta lepas keluar dari kedai runcit tu, tetiba seorang lelaki beri salam dan minta tolong beli barang dia. Saya masa tu berpaling separuh badan je tapi terus datang perasan takut, lalu tak jadi tengok orang tu dan saya terus masuk ke dalam kereta sambil cakap "minta maaf ya, tak nak". Lepas tu terus rasa menyesal, saya tengok semula sana sini cari kat mana orang tu, kot boleh hulur sikit sedekah, tapi dia tak nampak pun kat mana-mana. Misteri kan? Sepantas kilat hilang dia. 
Zaman sekarang kan? Bukan kita tak nak buat baik, tapi kalau saya keluar sorang, lagi-lagi ada anak bersama, bimbang nak bercakap lama atau bertegur pu  dengan orang asing, kalau berniat jahat macam mana?

Comments

  1. Seronok la naim berjimba ria dgn mama berdua... Hihu

    ReplyDelete
  2. kalau saya pun bila keluar tanpa suami takut nak layan kalau orang tegur2....

    saya dah lama tak bawak anak2 masuk tempay permainan gini..sebab last masuk dulu anak demam lama..serik rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti berjangkit dengab budak lain masa main tu ya? Kalau saya pun serik gak gitu..

      Delete
  3. a!mboi Naim sampai hati tinggalkan Naim di taska.hehe budak dengan main an memang tak dapat dipisahkan..janji Naim happy

    mmg zaman Sekarang ni nak buat baik pun kena hati2 AN..fikirkan macam2 kes takut pulak nak sebarangan.Ada suami kita tu lainlah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau Naim dia suka je jalan xbawa adik sb dia nk pegang tangan mama dn nak perhatian sepenuhnya.. haha. Sian pulak bila fikir dia jadi abang di usia hampir dua tahun.. dh 5 tahun lebih pun selalu cari peluang nak bermanja dengan mama...

      Itulah.. ikutkan kalau suami tak ada mmg tak nak kluar bwa ank. Mcm2 risaunya

      Delete
  4. seronoklah naim dapat berdua dengan mama ye,alahai kesian pula nazif ditinggalkan di taska, tapi akak rasa memang perlu juga buat macam ni,ye lah bila jadi abang diusia yg macam ni, tentu tak puas hendak bermanja dengan mama, bila hendak bermanja ada pula adik.

    pernah juga buat macam ni pada adam tinggalkan adrien dan adelya ditaska mama papa melayan adam, nampaklah dia gembiran sebab kita tumpukan perhatian pada dia seorang. nanti kena buat pada adrien pula sebab kadang2 terasa adrien tu terpinggir juga...alahai jadi mama ni macam2 yang difikirkan...walapon nampak adrien jenis tak kisah,pandai bawa diri tapi akak tahu adrien juga perlukan perhatain dan perlu dimanja, kesiannya bila adrien nak bermanja adelya pula datang marah...aduhaiii, kadang2 ambil dan peluk adrien cakap mama sayang adrien...ehhh terpanjang pulak komen akak dah nak jadi satu entri pulak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. isu bagusla ni nampaknya kalau akak komen panjang.. luahan kita yang ada anak baya ni, kan? Saya yang dua anak pun dah pening lalat kadang2, apa lagi nak jaga 3 sekali gus macam akak, pasti lagi banyak yang nak kena pertimbangkan seharian ya..

      Delete
  5. alahai sian adik. tak pa la nti giliran adik pulakkan

    betul tu kak. skrg ni mcm mcm. sy sndiri pon x brni nk bawa anak ke taman tanpa suami. risau la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..elok kluar bila suami ada je.. dah dah besar anak tu, mungkin takpe..tapi fasa kecil ni yang bimbanh sangat kan..

      Delete
  6. Bestnya naim dapat main puas-puas
    seeloknya lebih baik AN berhati-hati
    zaman sekarang ni bukannya aman sangat

    **awak memahami :)
    memang ada perkara yang saya fikirkan
    saya luahkan pada pokok dan cucu-cucu saya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga selesai semuanya dengan baik2 ya. Jangan susah hati lama2

      Delete
  7. Naim tak kisah ke tak bawa adiknya bersama? Kalau anak-anak saya, tak boleh. Kalau saya tak bawa Abang, Adik bising. Kalau saya tak bawa Adik, Abang pulak bising. Tapi yang sebenarnya, saya sendiri tak sampai hati nak tinggalkan salah seorang anak kalau nak ke mana-mana. So, kalau nak bermanja, 'kembar' berbeza umur tu kenalah berkongsi manja-manja dengan Mommynya.

    Yalah AN, kalau kita sendirian memang takut. Apalagi bila bersama anak-anak. Keselamatan mereka tu lagi penting kalau berlaku apa-apa. Saya pun memang tak toleh kiri-kanan dan tak tegur orang asing kalau sendirian atau bersama anak-anak saja. Takutlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim mula2 je sebut pasal adiknya. Lepas dah main tu tak ada dia tanya lagi.. dua Ahmad ni kalau kena masa nk bermanja sangat2 dengan mama, kedua-dua tak nak kongsi mama.. pakat tolak tak nak bagi yang lagi satu duduk dkat mama.. kalau masa baik sangat tu, jalan berdua pegang tangan..apa dia makan dia nak bg pada adik/abang juga.. umo beza 2 tahun setengah je kot, sama2 nak perhatian..

      Delete
  8. bagus caraa akak bhagikan kasih syg pd anak2..
    at least semua dpt merasa kan, bila sesekali hbskan msa dgn ank secara individu...
    confirm abg naim sgt happy & terharu

    ReplyDelete
  9. wahhh seronok abg naim dpt dating dengan mama yer..

    ishhh ishh kalau liya pun tak berani nak layan org yg tegur2 cam tu.. lagi2 kalau kita je... sbb skrng ni macam-macam ..

    ReplyDelete
  10. Bestnya naim dpt manja2 dgn mama ye..
    Bagus juga buat mcm ni.. dpt luangkan masa berkualiti bersama..

    Ira pun x berani pg jauh kalau berdua je dgn aimy.. hihi.. takut.
    mm.. betul tu, kdg2 bila x tlg rasa bersalah. Tp takut org pukau ke tipu ke kan..
    biar la org lain yg tlg..

    ReplyDelete
  11. Okje rasa Naim mmg terasa dia dimanja AN sebab mama bawak dia main sorang sorang, adik tinggal....sukalah Naim tu! Adik tak nangis pulak ek abang dia tak de

    Betul betul...zaman sekarang ni nak buat baik pun takut....kalau niat depa jahat kita gak yang susah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1