Diari Ramadan : Nazif dan terawih

Tajuk kemain ya. Padahal Nazif manalah wajib puasa lagi. Nak asuh pun tak patut lagi. Cukup 3 tahun umur pun belum. Tapi sejak 4 hari di bulan Ramadan ni, si kecil ni banyak mempengaruhi amalan puasa mama dan papanya.

Mula-mula pasal terawih. Sejak malam pertama lagi, bila dilihatnya papa bersedia nak ke surau, Nazif mula merengek nak ikut papa. Pada mulanya papa tak nak bawa, alasannya sebab solat ni lama. Bagitahu budak kecil ni, mana dia nak faham solat ni bukan macam solat 5 waktu tu jangka masanya. Jadi, sebab dia nak juga ikut, maka papa bawa juga. Hari pertama dia bertahan sehingga pukul 10 malam, boleh tahan jugakan? Sempat papa datang hantar dia balik sebelum mula sunat witir katanya.. muka Nazif seronok betul masa tu. Malam ketiga dia nak ikut lagi. Kali ni sampai ke akhirnya dia duduk diam dan melihat papa dan jemaah lain bersolat. Balik lewat pun, mukanya gembira je mengatakan 'adik dah solat dengan papa', walaupun dia solat cara dia tak sampai 2 rakaat pun kata papanya.

Rupanya dia ni kalau dengan papa ke oknya. Malam semalam(malam keempat) , saya cuba nasib nak juga ke masjid untuk terawih. Teringat kata suami, "Adik duduk diam je tengok papa solat dan dia jalan dekat-dekat sekali sekala tapi tak kacau orang pun". Bila empat beranak ke masjid, dia pilih nak solat dan jaga mama katanya. Maka duduklah Nazif di bahagian jemaah perempuan ni. Kebetulan kami ke masjid di Seksyen 9 Shah Alam, sebab berbuka kat luar, yang pada masa tu ramai sangat jemaahnya. Alhamdulillah bab penuh jemaah ni. Tapi agaknya sebab tak ada ruang untuk Nazif ni ditambah dengan manjanya dia dengan mamanya ni, adoi.. tak tercapai hasratku akhirnya. Masa solat isyak lagi, dia dah jalan ke depan saf, dia bermain-main dengan sejadah orang sebelah saya. Lepas tu ada budak lain, dia sibuk menerangkan "itu mama saya". Ditambah pula kami duduk dekat dengan peti besi, dia pusing tombol peti besi tu berkali-kali. Akak sebelah tu da jeling saya lepas isyak tu. Jadi, saya pun ajaklah Nazif ni keluar terus masa jemaah lain nak mula bersolat terawih.

Jadi..tidakla mamanya sempat terawih. Kami mainlah kat khemah depan masjid sehingga papa keluar dengan Naim.

Comments

  1. nk buat mcm mna kak.
    gitu lah ragamnya anak kecil kan
    in shaa Allah semoga dipermudahkan buat akak..
    saya dgn rania di rumah pon alahai..
    baru mengaji dua tiga muka, mulalah..
    nak ajk kita main skli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. rania pun nak umi duk dengan dia je ye. Ni kes anak mama lah ni kan..nazif kalau dgn papa, elok je dgr arahan.. kalau dgn mama, mmg gitulah selalunya. Kecuali masa akak marah dia.. baru dia takut sikit..

      Delete
  2. Aduhai, kesian pulak dengan mama...
    Tak pasal2 jadi guard kat depan masjid...
    Pandai alasan dia nak jaga mama sebab nak ikut mama solat...
    Tapi bila dengan mama, lain pula jadinya, ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat jaga mama tu standart antara deme dua beradik ni.. kalau kami keluar, kat tempat yang ramai orang, masa solat biasanya memang bahagi sorang satu bawa anak ke surau atau masjid.. jadi pujuk tu cakap siapa nak jaga mama? Jadi siapa antara bedua tu yang akan ikut mama..

      Delete
  3. Bagus tu.. pendedahan dari kecil.
    Menjinakkan diri ke mesjid.
    Sapa tau one day jadi imam Masjidil Haram plak kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnn..

      Haha.. di bulan puasa ni, minta masin mulit Sam ni..

      Delete
  4. bagus nazif nak bertaraweh..dengan papa behave ye..dengan mama mula buat perabgai comel.hehe budak2 biasalah..at least cuba AN..baru tahu Boleh ke tidak..sy ni tunggu Afia besar sikit. teringin jugak nak taraweh..lama dah tak dapat buat..harapnya girl jenis behave..Aiman dulu umur 4tahun pun masih tak berani nk bawa ke masjid. lasak sangat takut suara dia kuat dari tok imam.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. bukan nk paksa, kalau dgn papa dia sendiri yang nak ikut jadi papa pun bawa je dan ok pulak orangnya kat sana. Memang anak mamalah si adik ni. Nak berenggang dengan dia kalau mama ada kat depan mata memang payah..

      Delete
  5. bagus nazif nak ikut papa pergi terawih, duduk baik pulak tu, tapi dengan mama pulak dia buat hal ye...hehehe

    abg adam selalu juga nak ikut, pernah dibawa tapi bila berjumpa kawan dia ntah ke mana papa nak bersolat pun jadi tak tenang..hai macam2,kena tunggu besarlah walapon mama rasa dah boleh tu diajar bawa ke surau...

    ReplyDelete
  6. Haha... itu mama saya (itu yg buat kakak senyum Aisy).. Aisy tak tahu ke adik nak tunjuk kawan dia mak dia cantik:)

    Alahai Aisy solat terawih di rumah ajelah. Kakak ni lebih banyak buat di rumah tau walau anak dah besar. Abang nazif dan besar sikit lagi pulak dgn papa lain sikit dia behave. Adik belum faham lagi..

    ReplyDelete
  7. paling best "itu mama saya".. alahai comel sangat.. terhibut kan dengna keletah budak budak

    ReplyDelete
  8. saya pun sama cikgu AN
    ingat bolehlah berterawih tahun ni fikirkan aisyah dah beso
    tapi dia terlebih mesra, tak khusyuk dibuatnya
    udahnya abang dengan papa dia aje terawih =)

    ReplyDelete
  9. Saya sampai sekarang pun tak berani nak ke masjid dengan anak-anak. Abang okeylah dah faham dan dah boleh ikut solat. Tapi si Adik ni, dia memang tak buat hal sebab bila nampak budak-budak lain, dia jadi pemalu. Makanya dia pegang aje kita sambil buat muka 'takut'. Saya lepaskan Abang pergi dengan Daddynya dan Adik tinggal kat rumah je tolong guard rumah masa Mommy buat solat tarawikh.

    Cute aje Nazif habis semua nak diberitahu itu Mamanya. Hehehe....

    ReplyDelete
  10. alahai sayang...
    aida memang tak la ke surau berterawikh.
    memang tau izzat tak behave :)
    diam2 kami dok umah aje.
    mr.asben yg ke surau so far tiap mlm tak tinggal terawikh :)

    ReplyDelete
  11. Saya x berani bw ank berjemaah. Seingat sy sblm bersalin aritu je bw syafiq ke surau masa kenduri doa slmt utk sy masa nk bersalin. Risau dia buat hal. Tp thn lepas bw dia di Pasti. Ms buka puasa kat sek qila dia okey je x kacau masa solat mgrb. Klu terawih x berani la sy sbb ramai dan padat takut dia kacau org.

    Akak sebelah dh jeling ye? Hurmm sian mamanya, terpaksalah kan.. X kan nk buat tak tau solat smpi abis tak kisah kan anak pulak kan. Kecik lg tu AN. Biasalah.. Ank2 kecik ni cepat bosan. Nak2 ada geng pula tu yg gitu tu

    ReplyDelete
  12. Hihi....kena jeling dengan akak sebelah yeh .....Namanya pun budak biasalah....
    Okje lagi teruk AN, tak pernah pun bawak anak anak masa kecik ke surau hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1