Pengalaman perkhemahan yang paling seronok

Dah seminggu saya terfikir nak menulis pasal pengalaman perkhemahan saya ni. Kesnya, bila seorang rakan pergi mendaki gunung dan berkhemah pada masa cuti kali ni. Syok tengok gambar-gambar yang kawan saya tu upload ke whatapp group. Berkhemah kali ni dengan suaminya pulak tu, ai, syok dan ada kelainan sangat kan?

Bila kawan yang sama ni, buat satu usul, ajak kawan-kawan lain berkhemah sama, untuk sesi seterusnya, masing-masing mulalah bagi alasan tak rasa nak sertai walaupun pada masa yang sama duk mengimbau pengalaman masa muda belia dulu.

Itu yang nak cerita ni. Awal 20an dulu, saya ni sertai juga aktiviti lasak macam mendaki gunung, berakit, berkhemah dan yang _ton tu. Tapi kalau suruh sekarang, jawabnya rela lagi tawaf shopping mall dengan anak-anak, nak masuk hutan tu, mungkin tidaklah kot. Haha, korang?

Dalam beberapa kali perkhemahan tu, yang paling saya seronok dan ingati ialah masa perkheman di Gunung Stong. Ha, siapa tahu kat mana Gunung Stong ni? Yang bestnya masa tu ialah nak ke sana tu, kami naik keretapi. Ini pengalaman pertama saya naik keretapi sebenarnya. Usia masa tu tak silap saya 19 tahun rasanya. Wa, tengah bersemangat betul. Rasa cantik pemandangan dari dalam gerabak tu. Tapi, tengah-tengah teruja naik keretapi pun sempat saya lelap kejap masa dalam perjalanan tu.

Dah sampai ke stesen berdekatan kaki gunung tu, saya dah lupa macam mana kami ke kaki gunung. Haha, nak cerita tapi agak-agak lupa ya.. bukan apa, kalau ikutkan saya pernah pergi ke kawasan yang sama ni 3 kali. Pengalaman ada yang tak sama, jadi macam bertukar bila nak ingatkan yang mana satu. Harap maafkan jelah ya.

Yang saya ingat lagi, masa mula panjat gunung tu, bestnya sebab ahli rombongan ni sepakat dan saling menceriakan antara satu sama lain. Tapi sejak dari awal kami dah diingatkan supaya jaga kelakuan, jaga percakapan dan berdoa masa nak mendaki atau berada kat gunung nanti. Masa tu, diorang ni bagitahulah ada kes orang hilang, kes tak nampak jalan balik dan macam-macam. Kalau penat dalam perjalanan tu pulak, akan ada kawan yang akan sama-sama duduk dengan saya. Tapi korang, yang agak tak bestnya pacat kat kawasan pendakian tu BESAR, ai, dah lama pun kalau teringat saya memang rasa geli. Tapi, lega masa tu ada abang-abang yang akan tolong buangkan pacat kalau ada ahli rombongan yang terjerit pacat pacat pacat ni.. hihi, biasanya yang macam tu perempuanlah ya. Yang saya ingat juga, ada abang yang kesian tengok saya penat, jadi abang tu tolong saya angkat beg saya. Jadi saya jalan lenggang kangkong jelah. Baik tul abang tu, dah la tinggi dan hensem orangnya. Terus jatuh cinta gitu. Haha.

Ai, rasa dah panjang sangatla pulak baru nak cerita pasal perjalanan naik ke kawasan perkhemahan ni. Kawasan perkhemahan ni namanya masa tu Puncak Baha, yang diberi sempena nama orang yang membukanya, Arwah En Baha. Masa saya mendaki tu arwah ni masih ada, beberapa tahun selepas tu, saya mendapat perkhabaran tentang kematian beliau. Perjalanan ke tempat perkhemahan ni lebih kurang 2 jam.

Kat sini kami bina khemah, memasak dan mandi-manda. Kawasan ni ada air terjun 7 tingkat, lawa dan sejuk dingin airnya. Kalau bab pergi perkhemahan, makanannya korang tahulah apa kan? Tapi bila kat tempat macam tu, itulah yang paling sedap. Ada seorang ahli tu, abang jugalah masa tu makan sampai 3 kali tambah. Gelak besar kawan-kawan lain masa tu. Bila ditanya kenapa tambah banyak, dia jawab "kali pertama tambah sebab tak cukup, kali kedua tambah sebab kuah banyak sangat lebih jadi tambah nasi dan kali ketiga tambah sebab tengok ada lagi lebih". Haha..bayangkan macam mana gamatnya keadaan masa tu.

#to be continue..
#bilanaksambungtaktahu

Comments

  1. is pun tingin ja nak p berkhemanh dengan family... las masa blajaq kat u ja.... (^___^)

    ReplyDelete
  2. is folo di #383 (^___^) salam ukhwah (^___^)

    ReplyDelete
  3. wah bestnyer citer panjat gunung nih...sempat terjatuh cinta lgi tu..tak sabar akak nak tunggu sambungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tu main2 je kak. Lepas balik tak de apa2 pun..

      Delete
  4. Saya pun aktif panjat turun naik gunung ni. Sampai umur pertengahan 20-an pun masih lagi aktif, waktu tu baru mula bekerja dan dah putus cinta. Hahaha... Takda apa nak buatkan, makanya saya join kelab kat KL ni keluar masuk hutan. Memang seronok. Masa ni kita nampak betapa setiap ahli melayan kita bagaikan ahli keluarga. Kalau nampak kita dalam kesusahan, memang akan dibantu. Sebelum masuk 30-an dulu, saya memang agak aktif juga. Taman yang saya selalu pergi ni port saya berjogging setiap petang selepas balik kerja. Hujung minggu je masuk hutan...

    Sekarang ni kalau suruh memang saya taknak kot buat lagi. Tak tahulah bila anak-anak dah bertambah besar. Takut bila mereka dah besar, kita pulak yang tak larat, dah makin tua *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, hebat nampaknya MD tu.. banyak pengalaman ni...

      itulah kan, jadi kalau sekarang orang duk bercakap2 kita cakap jelah masa belia dulu pernah dah, sekarang bagi depa peluang pulak...

      Delete
  5. Bestkan berkhemah ramai2.....

    ReplyDelete
  6. pengalaman berkehemah panjat bukit aktiviti jungle tracking ni semua saya takdwlah aktif..tapi Ada juga pengalaman beberapa kali..masuk gua pun pernah.pastu rempuh halangan tak lepas berendam sekali dengan kayak..semua tu kenangan manja..zaman muda2 waktu Sekolah dulu la..dah kerja ni Kadangkala Ada juga kursus yg buat aktiviti outdoor jungle tracking, abselling, river crossing dan sebagainya..

    sekarang ni je ikut kursus yg sehari tu manalah Ada peluang buat aktiviti luar.ni buat camna komitmen byk..lg anak yg menyusu badan macam mana nak tinggal.

    aktiviti macam ni memang semangat kumpulan tu yg paling penting..abg2 kumpupan yg sado mestilah akan tolong kita ni yg adik2 manis ni pastu feeling2 jatuh cinta..muda kan.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai..kalau cik pia tak menyusu tu maknanya PK nak ikut sama ke? Ai kuat semangat. Kalau saya tak kot..hihi..sayang lemak yang ada ni..

      Itulah..masa camping ni yang seronok sebab kerja berpasukan.. kalu fikirkan keselesaab mmg jauh la banding dengan kalau kita kat rumah..

      Delete
  7. Wah.. Kaki xpdc jugak ye dulu2. Sama.la kita.. Lps jadi mak orang ni, pwncen terus.. Hehe... Tp xtau lah kalau anak2 dah membwsar nanti nak tebiat balik kan... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ok juga kalau larat.. bawa anak dara kina sama2 nanti.. meriah gitu camping korang

      Delete
  8. memang best kan buat outdoor xtvt ni .saya suka.
    skrg xda dah.huhu.dgn x bekerja. mmg x rasa nk masuk hutan mcm mcm terkenang..
    tp kalau blh nak sangat brkayak.dh lama tinggal. rindu..


    cepat sambung

    ReplyDelete
  9. kenangan zaman muda2...
    lya dulu aktif juga bkhemah..
    tp pnjat gunung x pernah lg..teringin sgt2

    ReplyDelete
  10. hehe ada jugak pengalaman aktiviti berkhemah nie.. liya ni haaa x de le... mmg jarang sgt join aktiviti2 cam nie... hehe

    ReplyDelete
  11. Okje tak suka berkhemah khemah ni AN....Tak kiralah cantik ke apa pemandangan atas bukit ke gunung hihi.....Sebab rasa menyusahkan diri jer, banyak yg difikirkan, nak buang air kecik besar lagi nanti.... dah katanya tak minat tu yg banyak alasan kot..... Nasiblah Pak Jilap pun sama tak suka jugak. So kami berkhemah dalam bilik jerlah haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1