Barakallah Faan Mira

Hujung minggu kami menghadiri kenduri sepupu Papa N. Farhan dan pasangannya, moga panjang jodoh kalian berdua. Kami seronok aja kalau majlis macam ni. Hari ni baru rasa lain macam, sebab dah tergendala lagi rancangan nak menyiapkan kertas peperiksaan murid-murid yang ada lagi dua kelas tu. Semalam tu tak ingat apa pasal kerja ya.hihi

Yang seronok sebab ramai anak-beranak macam ni, bila dah berjumpa pelbagai gaya. Macam nak ambil gambar family kat tangga ni, kemain kecohnya semua yang ada. Jurugambar tu dah gelak dan bersidai dulu kat tepi sambil semua ahli keluarga ni bersedia. Mujur ada mak su yang jerit kuat-kuat bagi menyusun semua yang ada.

Adik manja ni satu hal. Dah kembali jadi beg tangan, nak mama dukung dia  je dari sana ke sini. Lenguh dik oi, kamu 11kg, boleh jadi sado lengan mama kamu ni. Kali ni diorang ni vantik berbaju Melayu sedondon yang Opahnya buatkan.

Sekali sekala abang kecil nak main dengan dia, mama legalah, bolehla lega nak makan atau bersembang.

Naim masa ni seronok betul, sebab ada antara gambar dalam video perkahwinan tu terselit muka Naim dan sepupunya. Beriya dia tengok dan bila dah habis tu, dia suruh mama tepuk tangan dengan alasan ada dia kat dalam tu. Haha..


Kami terlepas saat pengantin masuk ni sebab tengah bergambar kat luar. Tengok gambar jejaka semua ni, saya terfikir satu ayat yang tak ingat siapa yang pernah sebutkan kepada saya. Katanya tanggungjawab ibu ayah kepada anak perempuan berakhir bila anak dah kahwin, sebab lepas tu suaminya yang ambil alih semua. Kalau anak lelaki pula, mak ayah kena jaga sampai ke cucu cicit nanti. Korang rasa macam mana? Setuju tak?

Akhir sekali kena tunjuk gambar ni walaupun lengan sendiri nampak sado dan posing senget masa ni. Sado tu korang tahulah pasla apa kan? Ini gambar dengan biras-biras saya yang cukup sporting bergambar, saya je jenis tak cantik dalam gambar. Hihi.. Kes nak tunjuk gambar baju cantik ni. Terima kasih kepada AryanAzra sebab dah banyak tolong saya cari tukang jahit untuk siapkan baju ni. Al kisahnya masa dapat kain ni di bulan Mei hari tu, saya dah tanya sana sini tapi tak ada yang nak jahitkan baju. Risau tu, dahla kainnya biras saya yang bertudung putih tu, Kak Sal yang baik hati dah sponsor, takkan tak nak jahit. Tak tahulah pulak macam mana pada masa tu saya boleh termesej AryanAzra ni minta tolong beliau. Muka tak malu betul. Namun alhamdulillah minta tolong dengan orang yang sesuai, maka terjahitla baju sama ni. Alhamdulillah, terima kasih akak ya.. jasamu dikenang. Ops... kenangan ni tau, ini kiranya akaklah blogger pertama yang saya jumpa kat dunia nyata selepas persabahatan di blog ni. Terima kasih berbanyak ya..

Comments

  1. Selamat pengantin baru...:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    cantik semua..serba biru..

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru buat kedua-dua pengantin. Siapa kata cikgu tak cantik, comel tu yang buat geram! Hahaha....

    Oh, 'handbag lama' kena pakai semula ya? Nak buat apa, sesekali anak nak bermanja. Kenalah mengalah walaupun takut tangan sado sebelah aje *_*

    Cantik warna biru ni. Kalau keluarga saya pun ada majlis, memang macam nilah kecohnya AN nak mengumpulkan semua orang. Macam-macam perangai. Paling saya ingat, adik lelaki saya berkahwin, langsung takda gambar family lengkap sebab kami buat rewang sungguh-sungguh, tak curi tulang. Time nak bergambar dah legap badan ni, penuh peluh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mana ada sado sebelah..dua belah sadonya.. sejak mula cuti sekolah si Adik ni mula jadi handbeg mama.. dalam rumah pun kalau kena gayanya dia tak nak jalan.. nak mama je dukung adoi.. siapla dia nanti buka sekolah ni..

      Bab kecoh tu yang best kan.. semalam tu ada juga lagi family member yang tak ada.. mcm2 hal takleh la semua nk tunggu.

      Delete
  4. Eh, eh...cop! Lupa nak komen ~ baju Melayu budak-budak berdua tu macam baju Melayu Johor jerk, AN.... ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rasanya.. MIL yang buatkan.. tapi baju gini selesa dengan anak2 kecil kan? Yg berbutang2 banyak tu nanti diorang rimas kan?

      Delete
    2. Betul tu. Anak-anak saya pun tak suka baju Melayu cekak musang. Kalau nak selesa memanglah baju Melayu teluk belanga lagi better. Berangin jerk *_*

      Delete
    3. Haha..btl2. Lagi2 kalau mcm Nazif yang agak small katanya tu.. takdelah makanan tersesat masuk kat leher kalau pakai baju teluk belanga.. kalau x, jenuh..

      Delete
  5. meriahnya kenduri..semua sedondon biru air laut..Naim Nazif pun segak berbaju melayu..Ala AN mana Ada sadonya lengan awak tu..kite ni lagi sado dua kali ganda tau. Cik Pia berat dah 14kg.haha..

    aii tak sempat tangkap gambar pengantin..ni mesti sakan selfie wefie kt luar.haha

    AN Segak cantik je..kalau dah katanya tak cantik dalam gambar..in real mesti lagi lawa.sy tgok lawa je kt dalam gambar ni tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. terima kasih..PK memuji ni..ayat saya pun tak agak2 ye. Sebenarnya PK, kalau jumpa kat luar pun sama je, tak lawa pun saya ni..

      Ha..dengan pengantin memang tak sempat bergambar, kejar anak je kerjanya masa tu..majlisnya pun ok, sekali gus ramai datang makan, persembahan sambil makan dan bila abis, semua balik sama2.. takla rasa bosan tunggu satu demi satu..

      Delete
  6. tahniah buat pengantin, err...mana gambo pengantin =)
    tapi warna tema cantiklah, lembut. suka tengok =)
    cikgu AN pun nampak muda pakai warna gitu

    bab tanggungjawab tu, memang dalam islam ada kata
    anak perempuan lepas kawin kena ikut suami dia
    dia perlu utama suami, parent in law, pastu baru parent dia
    tapi kalau suami, dia perlu utamakan parent dia, isteri baru parents in law
    susah jadi lelaki =)

    dah jumpa kak AA tu? wah...
    saya punya lama nak jumpa dia, tak jumpa-jumpa
    padahal tinggal dekat aje. cikgu AN orang klang juga ke?
    nape saya tak tahu...bagi nombor jugalah gitu
    boleh gather-gather...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. YY datang lambat, semalam saya tepek gambar pengantin, tp pg td buangkan sebab yak minta izin, kot tuannya tak suka.. jadi letak mana gambar yang selamat je.

      Susah jadi mak lelaki lah jawabnya kan? Haha.

      Sebab kes baju tu dua kali saya jumpa kak Fazilah.. satu masa hantar kain dan satu masa ambil..haha..tak sangka pun ni, cemana saya boleh minta tolong dengan akak ni.. tapi saya tak duduk Klang.. haha. Ala apa susah, hway kan ada, tak sampai setengah jam dah sampai..
      ok jom kita lak jumpa lain kali k..

      Delete
    2. la yeke? patut takde gambo pengantinnya

      hehe...betullah tu
      kalau dapat anak dan menantu yang tahu tanggungjawab, alhamdulillah
      tapi kalau dapat yang camni link bawah ni, merana hati dan perasaan
      Bahana menantu sombong dan kawal suam

      saya teringin juga jumpa kak fazilah tu, tak berkelapangan aje =)
      kalau singgah klang lagi, roger-rogerlah ye
      insya ALLAH ada kelapangan boleh juga jumpa cikgu AN =)

      Delete
    3. Ok beres.. boleh diaturkan kot2 lepas raya nanti ke.. dah puasa nanti payah ...masa terhad..

      Nanti saya baca entry tu. Nak juga tahu apa kesnya...

      Delete
    4. best plan tu. nanti kemudian kita plan lagi ye
      saya teringin nak terjah rumah kak fazilah =)
      nak makan kek dia buat =)

      Delete
  7. seronok bila berkumpul ramai-ramaikan...biru mata hitamku hehe... tak lama lagi nak raya boleh jadi baju raya juga nie hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. confirm jadi baju raya ni.. jimat kos..

      Delete
  8. Okje bukan setakat lengan jer sado, serba serbi sado dah ni haha.....

    Buat kat mana majlis ni AN? Nampak class gitu.
    Kira rapatlah kiranya ni.....sepupu pun ada baju sedondon...

    Okje tak suka warna biru, tp tengok awak pakai biru ni, cantik pulak AN.....lembut jer.....agaknya sebab pemakainya manis kot .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sado Okje takpe, sebab Okje awet muda..

      Ha..dah bolehla tu Okje nak survey tempat, kot2 SA nak dapat pasangannya nanti. Ini buat kat Dewan Seri Endon, Puspanita Putrajaya..lawa dewannya..persekitaran luar pun lawa..ada tasik..nyaman..

      Keluarga MIL ni jenis rapat antara adik beradik, mana2 majlis pasti ramai gini yang datang.. memang biasanya semua kena sedondon..

      Haha.. ala Okje ni..pakai jelah biru, pasti Okje pun nampak manis..eh, lagi nampak manis tau....

      Delete
  9. Cntik bergaya dlm persalinan biru
    sekali sekala mama handbag lma n bmnja
    hihihi.
    Selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  10. Tang mana sadonya? Sy nampak AN kecik je.

    Muka adik dah fotostat muka ibunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ramai yang kata gitu.. nampak sangat ya Nazif ni ikut muka saya?

      Delete
  11. alahai malu akak...aisy datang rumah tapi tak jemput masuk pun...hehehe

    selamat pengantin baru buat pengantin, moga berbahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. xpe, dah malam pun hari tu.. lewat kalau masuk.. lagipun tak nak mengacau masa anak2 nak bermanja dengan mamanya..

      Lain kali ye.. tu YY nk buat plan ke rumah akak..nak makan kek akak buat katanya..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1