Diari balik kampung

Agak-agak korang ni tempat apa? 
Tak ada hadiah ya.. saja nak suruh korang teka je. Ada tak yang jawab ini kilang dodol dan serunding? 
Ha..tak sangka kan? Ada kawan pesan serunding, jadi saya ke tempat ni sebab nak beli serunding yang sedap dan segar. 

Korang syokla duk pergi Mitsui kat KLIA2 tu.. saya pulak ke Pasar Wakaf Che Yeh jelah. Rasanya dah tak ingat bila kali terakhir pergi ke pasar ni. Dah besar sangat tempatnya sekarang, dah nak pengsan jalan pun tak habis lagi kawasannya.

Mengubati kerinduan kedua Ahmad ni kepada papa, bawalah jalan-jalan. Naim kononnya masuk kedai buku nak beli buku, tapi tengoklah apa yang dia duk pilih tu. 

Syok sangat dua Ahmad sebab balik kali ni ada ramai sepupu yang sama ada kat rumah Tok. Ramai kawan, siapa tak seronok, kan??

Tangkap budak-budak (anak-anak saudara) makan magee pada pukul 12.30 malam. Ai, budak-budak tak reti nak tidur. Apa lagi, pau la sikit.. sedap ni makan bila ramai-ramai.

Aktiviti Naim dan Nazif pada malam hari, main bola, main kejar-kejar, tengok tv berjamaah dengan sepupu-sepupunya. Malam pertama je Nazif mencari papa. Naim pula akan cari papa bila ada barang dia nak beli dan saya akan cakap, tunggu papa balik baru kita beli. 
Bertuah sungguh.

Menziarahi saudara-mara. Si Ahmad Kecil ni makan je apa yang dihidang. Siap makan bertambah lagi tu. Ai, adik ni. Zaman sekarang roti kering ni dah ada macam-macam pesen ya..menarik kan?
Akhirnya lepas 5hari 4malam, kami pun balik sini. Ni kali pertama kami tiga orang naik kapal terbang tanpa papa.. mak saya memang risau betul, berkali pesan supaya jaga anak baik-baik. Naim dan Nazif ok je, cuma mama kena melabur sikitla, masa menunggu tu diorang nak beli tu beli ni. Diorang nampaknya suka sangat balik kali ni, sampai ke pagi ni masih lagi sebut nak balik lagi ke rumah Tok Ayah. Raya nanti kita balik lagi ya...

Comments

  1. akak pun dah bertahun2 tak ke wakaf che yeh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita balik masa cuti, tak oayahla pergi sini.. manusia dh la ramai, mahal pulak harganya.

      Delete
  2. Knor suka klu pg tmpt2 mcm wakaf cik yah ni....rambang mta...org yg shopping kt key ell pun suka juga pg sana...aishy
    Diorglh pling buk borong pastu jual kt key ell...hihi..

    Naik belonlh dua betadik tu ye....bestlh...pgalmn yg sgt mnissss tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau xbawa anak, saya suka juga ke tempat mcm ni. Tp masa cuti sekolah gini, ramai sgt manusia kay wakaf che yeh ni, tak lalu kalau nak jalan lama2 Knor.. harga pun mahal jadinya..

      Pengalaman manis bagi diorang, bagi mama, huish.. tak tutup mata walau sekejap.. kalau ada papanya, boleh bahagi sorang satu...jaga anak.. ini saya je ada,memang agak mencabar..

      Delete
  3. Mcm istana plk....jual dodol dn serunding tu..
    Nmpk kemewahannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. masa saya kecil2 selalu fikir tempat ni mcm istana..

      Delete
  4. laaa yg atas tu tempat jual dodol dgn serunding ker... hehe kelasss tempat dia ... haha nasib baik dah balik. kalau belum blh order sekali serunding makan nasi panas2 sedp sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. lain kali pulak ya.. kawan nk bawa ke italy yg kirim...jadi usahakan juga beli serunding

      Delete
  5. wah dah macam istana akak tengok tempat jual dodol dan serunding tu...kalau tau boleh order dodol dengan serunding..hehehe tapi terima kasih tau bagi buah tangan semalam...akak pulak takde sediakan apa apa...

    meriah aktiviti kat kampung tu..

    yang semalam dengan akak tu adrien,bukan adam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya mmg ingat tu Adrien semalam.. tp mula keliru lepas baca entry td... mmg saya nampak mcm Adrien..kecil dan rambutnya tu..

      Sekali sekala balik, kebetulan ramai yang ada...meriahla jadinya..

      Delete
  6. Mana ada cucu tak suka balik rumah nenek/atok? Kalau boleh nak duduk sana terus Aisy. Apa lagi tak ada kawalan. Kg Aisy tu kira bandar. Kalau kg kakak betul-betul kampung masih ada parit dan pokok buah-buah laaagi seronok kalau balik kg yg begini - masuk kebun:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. naim ni pernah balik tak seronok sb xda kawan, internet pulak slow.. kali ni ada ramai dia seronok sangat walaupun internet masih slow.. kampung saya ni kampung gak akak.. kebun kami jauh sikit, sekeliling rumah xda pokok buah2 sangat sb dah tebang tinggal sebatang dua je.. kalau yg besar2 anak2 buah, diorang tahu je pergi ke kebun sendiri tengok apa buah yang ada..

      Delete
  7. lama ke AN balik kmpg..patyutlah senyap je..blog tak update..kt IG pun tak nmpk rupa.hehe..

    amboi cantiknya dah macam istana tempat jual serunding tu..rumah orang ke?

    kt wakaf Che yah tu la best AN..berpinar mata..sediakan duit je la.huhu

    dua Ahmad ni memang tak pernah jauh dari papa depa ka...balik kmpg tanpa papa pun Jenis rindu2.hehe

    adoi lapo ni..yeah diet la konon..tgok megi pun sedap pehal.hana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mmg rasanya saya yang lagi banyak balik kg tak bawa anak..kalau papanya mesti akan angkut anak sekali, itu yang anak2 teringat papanya.. tp takla ingat snagat sebab nampak seronok main dengan sepupu yang ada..

      Sedap tau megi tu.. ada satu lg gamba megi saya lupa nk tunjuk dlm entry ni.. nati saya cerita lain pulak ya

      Delete
  8. Cuti sekolah 2 minggu ni panjang sikit selain cuti hujung tahun...puaslah anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. puas tak puas mana, dah balik sini saya htr ke taska sb nak menanda paper exm tanpa gangguan kononnya.. sian pualk diorang kat taska

      Delete
  9. Seronok tengok anak2 gembira kan.. ;)

    ReplyDelete
  10. kalau saya pun rasa best..ni kan pulak budak2..ahhahah

    ReplyDelete
  11. yeke tu kilang? mak ai...cantik betul
    kalau saya pun paling jauh saya akan kata, rumah
    tak sangka pula kilang, awat tak ambik view dalam dia? nak tengok juga

    papa diorang kerja ye, siannya. nasib ada ramai sepupu ye
    idak mahu menyebut aje. abis mama tak rindu papa ke? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat dalam takleh masuk.. ada kat bahagian tepi tempat jualan dan sambil tu boleh tgk pekerja buat sedikit pembungkusan..

      Delete
  12. bukan mudah juga kan nak handle ,2 hero tanpa papa nya kan.. alhamdulillah baik baik aja

    cntiknya tempat tu..

    teringin nak ke kelantan. xpnh sampai lagi
    hri ni ada jemputan kenduri di rumah ex bos di felda ciku.. tp xdpt pegi

    mcm best j wakaf che yeh tu

    ReplyDelete
  13. Seronoknya balik kampung. Biasalah kan... Kadang2 memang nak kena Melabur sikit nak bagi anak-anak behave. Hurmmmm... X jem la kan balik kampung ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya yang tak melabur bahagian mainan ni rasa banyaklah kena beli.. sepanjang balik kampung kos mainan diorang hampir rm100 gak.. biasa mainan ni diorang minta dgn papa je..tak berani dengan saya..

      Delete
  14. kilang serunding tu??cantiknya...
    lya x pnh smpai lg kelantan..

    ReplyDelete
  15. Lagi bagus pergi Wakaf Che Yeh aje daripada Mitsui tu, AN. Dah saya kata, banyak tak buka lagi. Buat-buat bersabarlah yerk sampai hujung bulan ni pulak. Shopping untuk raya terus. Huhuhu...nasihatkan orang bukan main lagi MD ni tapi dia sendiri first day dah pijak tanah merasmikan Mitsui Outlet Park tu *_* Jangan marah....

    Budak-budak bila dapat berkumpul ramai-ramai, tentulah seronok. Hilang terus ingatan pada gajet ke, AN? Kat kampung walaupun pada budak-budak bandar sekarang 'takda apa-apa yang menarik lagi dah' tetap juga ada keistimewaannya. Tapi takdalah macam kita dulu-dulu kan... macam-macam ada kat kampung *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takla bermain sangat gadjet masa kat kg.. ipad mmg sengaja tinggal kat sini. Sekali sekala dia guna pc ayahsu dan hp saya. Tp lebih seronok nampaknya bila depa berdua ni main dgn sedara yang ada..

      Tulah..dah tak sama situasi kita dan anak kita ni..

      Delete
  16. Cantiknya tempat buat Serunding......mcm Istana zaman silam ....
    Best apa Wakaf Che Yeh tu.....teringin pulak nak pergi. Bukan nak shopping, nak jamu mata....

    Ohhh papa N tak de lah ni yeh. Seronok jugak kekadang boleh lenjan melawat sedara mara kita hihi...
    Yelah berinovasi jugak rupanya roti kering tu ek...

    ReplyDelete
  17. Baguskan.. Klu ramai2 makanan yg terhidang anak nk mkn. Klu ank sy mmg xmo mkn klu g umah org. Payah sgt nk mkn. Huhu.. Bila org suruh beli vit sy lak sentap sbb ank sy kuat mkn klu kat umah sy atau umah mak


    Kagum sy AN bw ank berdua tu terbang sendiri. Sy dulu duk doha x berani blk sendiri. 9 jam ada laki pun rasa nk nanges bila ank berak ke terjaga dr tido ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Doha tu jauh sangat, kalau saya pun mungkin tak berani di usia anak kecil ni.. tapi balik kelate 1 jam je. Ok lagi la..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?