Time Tunnel

Tengah terasa rajin nak menulis ni, jom cepat luahkan apa yang tersirat di minda ni. Nak tuliskan sesuatu memandangkan teringat pasal peristiwa malam ni, yang mengingatkan saya kepada kata-kata Papa N semasa kami masuk ke Time Tunnel, Cameron Highland hari tu.

Kami baru kali pertama masuk ke tempat ni. Biasanya kalau pergi CH, kami tak pernah masuk sini. Maklumla kalau yang dianggap arked atau muzium ni, bukan semua orabg suka masuk. Eh, tetiba rasa jeles MD kata esok nak ambil EL, nak bercuti.. bestnya cuti di tengah minggu ni.pergi mana tu?

Lepas bayar RM 10 untuk dua orang, kami pun masuklah ke Time Tunnel ni. Dah dapatkan khidmat En Google sebelum ke CH tu, jadi kami tahu tempat ni penuh dengan barang lama. Mula-mula tu, saya tengok dua Ahmad dan Papa N biasa je. Masuk ke dalam sikit, mula terasa sejuk. Rupanya tempat ni di bawah tanah, kat atasnya dijadikan deretan kedai jual strawberi, barang mainan dan makanan. Patutla sejuk, kan?
antara benda lama yang terdapat dalam galeri ni. Seronok tiga hero saya ni. Lagi-lagi Naim dan Nazif, diorang tengok benda yang ada tu dengan penuh kagum agaknya. Mujur tiada terjadi apa-apa kerosakan..Risau juga dengan dikelilingi barangan lama ni, pastinya harga jadi mahal..


Siapa yang lahir awal 1980an pasti kenal lagi dengan jenama ubat gigi ni, kan? Saya tunjuk gambar ni kepada rakan yang lahir akhir 1980an, dia tak kenal pun.. hihi..kelakar gambar lama Darkie ni kan? Dapat ilham daripada hitam ke?

Papa N pula, beriya-iya suruh gambar kad permainan ni diambil. Katanya masa kecil dulu, inilah salah satu permainan kegemarannya dengan adik. Saya tanyalah semula kepada Papa N kenapa tak simpan mainan dulu, patutnya sekarang boleh jual semula.. Papa N jawab, tak terfikir nak jual semula masa kecil dulu. 

mainan lama pun ada 

Banyak barang mainan lama pun ada disimpan kat sini. Kelakarnya masa ni, Papa N tetiba katakan yang Naim kena jaga barang mainan baik-baik, nanti tahun 2050 nanti PapaN nak buka galeri macam ni untuk jual barang mainan tu. Ada ke orang berminat dengan barang mainan kepunyaan Naim yang selalunya mainan tu kelihatan tak cukup sifatnya tu?

Kesimpulannya, seronok juga masuk ke tempat ni. Banyak mengimbas kenangan lalu. 

#p/s: Akhirnya entry malam tadi siap tulis dan dipublish pagi ni. Jadi, korang faham-faham sendirilah ayat "malam ni" dan "esok" tu ya... babai

Comments

  1. wahhh tak pernah tau pasal time tunnel nih.. good info, lain kali bolehlah singgah. nostalgia betulkan... dulu pun selalu jugak pakai darkie tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... kenal ya.. kena singgah tempat ni lain kali ya..

      Delete
  2. betulke CH skrg dah xsejuk AN?cam best je masuk time tunnel tu,bleh tengk khazanah lama tp kalu budk2 xtau ler suka ke tidak..hehe,masih ingat lg gmbr kotak darlie tu..

    ReplyDelete
  3. akak kan dah beberapa kali pi cameron tapi tak pernah sempat
    nak singgah sini... :)

    ReplyDelete
  4. tak masuk pon ritu.
    mcm menarik je ni

    ReplyDelete
  5. assala AN..lama beno dah acik tak ke CH..last pegi anak baru 2..kecik2 lagi..hero bongsu pun dah 18 tahun umurnya.

    ReplyDelete
  6. Erghhh... nak ngaku ke tidak nih! Eh, kita kenal sangat dengan si Darkie ni. Kotnya nama dia dah macam Dark, macam daki pun ada so tak sesuai dikomersialkan sampai Millenium. Itu yang tukar jadi Darlie, barulah glamor sikit.

    Saya macam pernah nampak si Smiley tu, siapa punya ek dulu.... lupalah sebab dah 'tua'. Tadi dah komen tapi saya nak juga komen lagi, boleh ya katanya ruang komen ni infiniti gitu ...

    Saya ada aje kat pejabat. Dah berhari-hari rasa nak cuti nak pack unpack tapi bila nak sms bos aje tetiba ingat hari ni kena buat kerja ni, hari tu kena buat kerja tu....lagipun siap boleh lupa tu si Abang tengah exam :) Sedap aje nak bercuti. Well sayang, I nyer link tu ada kesilapan sikit tapi takpalah thanks letak link kat sini untuk buat keberapa kalilah ya :)

    ReplyDelete
  7. oh yeah time tunnel!

    ReplyDelete
  8. Okje Cameron Highland pun tak pernah sampai AN.....asyik tengok signboard tepi Highway jer hehe....naiknya non hado hehe....
    Boleh le nyinggah tempat ni nanti kalau sampai CH yg entah bila tu...

    ReplyDelete
  9. wah banyak menan zaman tecik cik azue la.. ubat gigi darkie pun dah jadi darlie.. hieheihii.. mengibau sungguh la kalau dapat sampai situ noh..

    ReplyDelete
  10. Saya ingat lagi dgn ubat gigi darkie tu… hihihi, bukti lahir tahun 70-an :)
    Seronok juga pergi muzium ni sambil imbas kenangan zaman kita kanak-kanak…. hihihi, mesti byk sgt mainan Naim hingga papa pun nak buka galeri 30 tahun akan datang…. cukup sifat atau tidak, tu belakang kira...

    ReplyDelete
  11. betulke CH dah xsejuk now AN?masih ingat lg jenama darkie tu..agak2 budak2 suka ke masuk time tunnel tu ya?

    ReplyDelete
  12. oooo..tempat ni. ingatkan kat mane la tadi

    ReplyDelete
  13. wahhh.. nina xtau pun kewujudan tunnel ni.. bru buka ke akak? banyaknya brang2 lama. darlie dulu2 nampak designya lain dr skrg

    ReplyDelete
  14. macam menarik juga tempat ni,dulu pegi cameron tak masuk pun ke sini, lain kali kalau pergi bole la singgah

    ReplyDelete
  15. sy lahir wal 80an jua tp apesal tak tahu jenam arkie ni.nmpk sgt masa kecik dulu malas gosok gigi.muahaha..

    nmpk mmg macam best.benda kita main kecik2 dulu semua terimbau..macam en suami mmg jenis syg harta benda.mainan beliau byk yg diturunkan ke aiman..tp disebabkan aiman jenis tgn perosak macam ibu..habis mainan abah dirosakkan olehnya..tak sempat la nak masuk muzium cmni..klu tak bley turunkan kt cucu2 sy nti..:)

    ReplyDelete
  16. Darkie? hahaha pestime dengar walau muda sangat saya ni hehehee. Best kan tengok barang2 lama yang dapat imbau zaman kekanak dulu, ha bagus idea papa N tu, nnt kalau ada i pun nak sumbang barangan lama haha.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?