Duhai anak

Assalamualaikum semua..

Semoga mendapat hari yang penuh keberkatan pada hari ini ya.. juga untuk seterusnya. 
Sesungguhnya Allah menguji umatNya dengan pelbagai cara. 
Semoga kita menjadi umat-Nya yang berjaya menempuh ujian itu.


Doa saya pagi ni, semoga saya diberikan kekuatan untuk menempuh detik nembesarkan dua Ahmad ni dengan baik di samping tak mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Dah dua hari agak kelam kabut. Papa N balik lebih lewat, anak-anak mula meragam bila terlalu lama berada di taska. Hari Selasa, Naim mengamuk tak nak masuk ke rumah kerana menagih janji nak makan donut. Di saat maghrib kedengaran tu, dia merengek di depan pintu. Nak tak nak, kami ikutkan jugalah bila memikirkan kesian anak yang lapar setelah diambil oleh papanya pada jam 7.15 malam. Pergilah ke tempat yang berdekatan beli donut, paling dekat J-co atau Big Apple's pun di USJ, redah jugalah masa tu. 

Sedih hati tengok Naim makan dengan comot.Anakku lapar rupanya. Lojiklah, bapaknya ambil dah lewat, sedangkan masa makan di taska pada pukul 4.30 petang biasanya taklah makan berat pun. Beriya-iya Naim habiskan 3 biji donut seorang diri. Makan lagi laksa papanya lepas tu.

Rabu pula, sekali lagi Papa N banyak kerja. Saya keluar dari tol tu, nampak kereta yang dikenali memecut laju ke arah jalan tadika Naim. Dah tahulah tu, saya cepat-cepat ke taska Nazif. Hari semalam, Nazif pula yang meragam. Pasti lapar dan bosan anak saya ni, kawan-kawan lain dah balik, tinggal dia sorang he. Sian comel mama..

Dijamukan dengan kerepok lekor, habis sepinggan. Lepas tu Nazif sambung  merengek lagi. suapkan nasi dia tak nak pula. Macam-macam tak kena. bagi air tak nak, ditunjukkan ais pun tak nak, abang makan sayur dia tak nak juga... Speechless..saya langsung tak ada cakap apa, saya rasa anak nak perhatian dan lapar. Lepas dihulurkan setin biskut Jacob dan dibiarkan Nazif makan dengan sepah, lepas tu barulah angin Nazif baik. Hati mak mana tak sedih kalau macam tu..tak kerja pun tak kena. Kerja mestilah sibuk. Bukan boleh balik sesuka hati. anak anak pun ada mood sendiri. Ooo dugaan..Ya Allah kuatkan hati hambaMu ini dan mudahkanlah urusan kami...

Comments

  1. bersabar ye.. insya allah semuanya baik2..

    ReplyDelete
  2. assalam AN..dugaan untuk membesarkan anak2..memang sedih,,tapi tuntutan hidup kena kerja jugak kan..semoga dapat digantikan masa2 cuti untuk bersama melayan dan menggembirakan anak2

    ReplyDelete
  3. sabar byk2 AN..budak nak membesar camtu ler!bila dah bsr nt lain lak ujiannya..moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Sabar ye Aisy... adat ber anak kecik... Moga² dah besar, diorang pula boleh jaga kita ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapnya... walaupun orang kata jangan mengharapa sngt macam tu, tp doa tetap ada semoag anak2 kita ni esok2 pula boleh jaga kita yg dah tua

      Delete
  5. moga Allah mudahkan urusan menjaga amanah ini :)

    ReplyDelete
  6. alahai ciannya anak2 kena tinggal lama2

    ReplyDelete
  7. .3 ketul dia makan? memang lapor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal.. kita yang tua ni tak dapat nak makan 3 ketul sekali gus kan.. mmg lapar sangat tu. berbaloi mama n papa keluar beli tanpa mandi lepas balik kerja

      Delete
  8. Bila tengok macam tu memang rasa kesian sangat kat anak-anak. Memang sayulah hati ni kalau tengok reaksi anak yang dahaga perhatian dan kelaparan. Nak buat macamana AN. Hidup jadi mak bekerjaya macam nilah. Tak semua dapat dilakukan tanpa ada pengorbanan. Moga kita tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang demi anak-anak dan keluarga tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sedih sangat saya dua petang tu, itu yang tulis entry ni... semoga Allah berikan ketabahan

      Delete
  9. UJIAN UNTUK PARA IBU...AMANAH YG WAJIB DI LAKSANAKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Knor. AMANAH ni, susah ke senang ke kena hadapi juga

      Delete
  10. amiin..semoga kita semua diberikan kemudahan dan kekuatan..

    ReplyDelete
  11. sian kan..
    smga dipermudahkan segalanya
    akak, brg dh dpt.. bru pi amik kat PPL tadi.hihi.
    tima kasih:)

    ReplyDelete
  12. semoga akak bersabar dan tabah membesarkan anak2 ya. entah la nina nnti mcm mna. huu tak dpt nk bygkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai, nak tahu kena cepat kawin dan ada baby la cik nina ooi

      Delete
    2. haha.. lambat lg akak, kena simpan aset dulu

      Delete
  13. Kesiannya... bersabarlah menghadapi.
    Kena deal dgn org taska tu utk simpankan
    biskut2 atau roti (kita bwk dari rumah) supaya bagi bebudak tu makan
    sementara tunggu Papa dia ambik.




    ReplyDelete
  14. AN...anak dan harta merupakan dugaan buat kita,inshaallah moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.... saya harapkan macam itulah

      Delete
  15. Doa banyak2 kepadaNya, moga Allah permudahkan urusan harian kita.
    Masa anak masih kecil dulu pernah juga rasa down terpaksa ambik anak lewat, pernah doa sungguh2 moga Allah permudahkan. What happen lepas tuh dapat kerja yang agak dekat, dan agak kurang kerja di ofis, sharp pukul 5 dah balik, just nice jer dengan waktu anak balik sekolah agama, moralnya, kena percaya sungguh2 Allah akan bantu kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian.. lega lah macm tu... semoga saya pun dipermudahkan urusan

      Delete
  16. sedih pulak akak membacanya...ye la tengok anak2 dlm keadaan mcm tu memang kita akan sedih, mcm akak untung lg dapat balik awal..
    itu la kan,kalau boleh mmg nak jaga sendiri anak2 ni tp tak boleh,terpaksa bekerja juga..
    doalah banyak2 moga segala urusan kita akan dipermudahkan dan moga segala ujian kita mapu utk hadapinya

    ReplyDelete
  17. sedih betul bila tgok anak kelaparan cmni.sy yg kerja shift tinggalkan anak sekejap2 pun rasa tak smp hati...sy plak terlebih emo..tanggungjawab kerja nak buat cmna AN,nk tak nak kena berkorban..semoga dipermudahkan selepas ni...anak sekecil naim nazif ni memang perlukan perhatian lebih..

    ReplyDelete
  18. Salam ain..akak baru baca entry nih..sebak akak baca ..yerlah budak kecil kan..apa lah yg diaorang tahu sgt...ain, ain amalkan selawat an nariah ain ..insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.. dan yakin Allah pasti bantu Ain..Ain simpankan roti dan jem ke bagi pada taska..Milo pon boleh bagi diaorang...letak dalam bekas kecil. kesian diaroang kan..sabar ya Ain

    ReplyDelete
  19. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  20. This remind me of masa check up last week, punya la lama sebab ada "something" yang nak kena setel, dari jam 2 patut I pickup Jelita last2 jam 6ptg baru I settle kat klinik, kelam kabut berlari dalam ujan ribut masa tu, tapi gigihkan berlarian dalam ujan sambil pegang perut cramp tingat JJ dah lama sangat kat school. Tu baru sekali... I dah rasa bersalah sangat2, so I can understand how u feel exactly.

    ReplyDelete
  21. Biasalah AN......ibu ayah yang bekerja, ada kalanya balik lambat kena habiskan kerja ....anak anak pulak yang kena bersabar duk kat Taska. Tu yg bila jumpa kita tu mcm mcm perangai yg keluar... Nasiblah mama pun jenis penyabar orangnya. Layan anak dengan penuh berkhemah... Sabar jerlah kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1