Bukti Naim abang yang penyayang

Naim ni, memang suka tengok kartun. Macam tu dianggap biasalah di kalangan kanak-kanak sebaya Naim ni. Tapi yang kelakarnya dengan Naim ni, di samping dia seronok menonton rancangan kartun kegemarannya, dia juga selalu kaitkan Nazif dengan kartun yang dilihat.

Kartun yang paling Naim gemari, Upin dan Ipin ni, Naim akan gelarkan dirinya Upin dan Nazif pula sebagai Ipin.


Kalau tengok Pada Zaman Dahulu pula, Naim ni Aris dan Nazif pula ialah Ara....Ara? Haha.. dah beberapa kali saya bagitahu Naim yang adik tak boleh jadi Ara sebab adik bukan perempuan, namun dia bertegas katanya Aris tu abang dan adiknya Ara. Layankan sahajalah..

Kalau tengok cerita Boboiboy pula, Naim ni Boboiboy dan Nazif ialah........
OCOBOT.... haha.. ada saja idea Naim ni. 

#p/s: Bila mama dipanggil Yaya dan Papa dipanggil Gopal, saya gelak besar. Tapi bila dia seronok dengan Kisah Pada Zaman Dahulu, mama jadi Aki ? Alahai...


rasanya kalau Naim baca entry ni bila dia dah besar nanti, dia gelak besar tak dengan gelagat sendiri di usia 4 tahun lebih ni?

Comments

  1. Besar mesti dia tergelak baca.. harap2 belog kita wujud lg la masa tu kan?.

    ReplyDelete
  2. mudah2an Naim akan terus jadi abang yg penyanyang dan brtanggungjawab pada adiknya..macam anak akak Aiman dan Zaki..

    ReplyDelete
  3. layankan je ler si naim tu ,Nasiha..mmg betul ler si naim ni abang yg penyayang buktinya
    dlm stiap kartun akan ada watak naim,nazif,mama dan papanya sekali..good boy!

    ReplyDelete
  4. Kalau tak baca pun bila kita bercerita..dia orang mesti gelak besar AN..acik bila anak2 semua berkumpul memang suka cerita kerenah mereka masa kecik2 dulu.kenangan terindah bagi kita ibubapa dan anak2 juga.

    ReplyDelete
  5. anak2 kecik mmg mudah terpengaruh dgn watak2 kartun...lps tu berangan jd superhero...

    ReplyDelete
  6. hehe..kelakar naim..kalau zahin pula dia marah kalau saya nak jadi nenek dlm cerita upin ipin..dia suruh umi jadi kak ros..bangga umi:)

    ReplyDelete
  7. Mestilah Naim gelak bila teringat zaman budak-budaknya yang indah ni. Sama aje macam kitakan. Memori zaman kanak-kanak tu memang indah sungguh bila diimbau. Nasib baik tak boleh putar balik masa :)

    Peminat Upin dan Ipin ya rupanya. Macamana Nazif boleh jadi Ara. Confused Aunty ni sekejap Naim ooi....

    ReplyDelete
  8. laa mama jadi aki la plok,
    hehe, sure dia gelak punya bila besar nanti kan :)

    ReplyDelete
  9. hihihi, macam tu pulak naim yer… nasib baik mama tak jadi kak ros dlm citer upin ipin..
    betul la AN… tiap kali tulis pasal anak2, mesti imagine apa perasaan mereka bila baca coretan kita ni bila besar ni… Kalau boleh nak anak2 tahu, how proud we are being their parents :)

    ReplyDelete
  10. Zarif pun suka tengok Upin dan Ipin... selalu suka ajuk cakap Kak Ros kalau ada sesape mintak sesuatu dengannya..."tak bo leh!!"..

    ReplyDelete
  11. Mama pun banyak watak jadinya....hehe kejap suara garau...kejap suara halus, ......bagus tu AN otaknya sedang berhubung hehe....
    Best tau .....sambil tengok cite sambil berimaginasi...

    ReplyDelete
  12. hihi.
    dok bayang gelagat dorng dgn mama dan papa. bestnya :)

    ReplyDelete
  13. hahaha.. cian mama and papanya ni

    ReplyDelete
  14. hahaha.. kelakar la naim ni. akak patut simpan kenangan dia byk2 dlm blog tau

    ReplyDelete
  15. mesti naim gelak kalau baca cerita mama tentang gelagat dia masa kecik2 nih

    ReplyDelete
  16. tu yg best tu..tak lupa adik..ada je adik dlm karektor kartunnya..upin ipin mmg jadi fenomena kan..semua budak2 suka..walau cerita dok ulang2 tak jemu pun tgok

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1