Bawa Naim main boling kali pertama

Masa latihan boling minggu lepas saya tiba-tiba terfikir idea nak bawa Naim bermain boling. Saya cakaplah kepada Papa N pasal tu. Tak sangka Papa N setuju je dengan cadangan tu. Katanya bagus juga bagi Naim cuba aktiviti baru.

Jadi, hari Sabtu lepas, kami pun pergilah main boling sama-sama. Naim mula-mula tu tak nak masuk ke tempat boling, jadi kena pujuk untuk bawa dia masuk. Naim ni, padahal jalan dari lif ke tempat boling tu bukannya jauh pun. Itu pun dia sempat berkenan pada beberapa benda yang dijual di sekitar perjalanan. Meraung-raung tak nak main boling sebab nak beli benda-benda yang dia lihat sepanjang perjalanan tu.

Itu sebelum Naim ni tahu apa itu main boling. Bila dah habis dipujuk, dan juga rasanya bila melihat balingan papa dan mamanya(walaupun taklah hebat mana), Naim mula ok moodnya. Mula dia cuba angkat bola boling yang ada tu. Papanya terus ambilkan bola yang paling ringan untuk Naim, sambil pujuk kononnya warna kuning tu cantik bolanya. 



Tengoklah gayanya. Bila dah mula baling kali pertama tu, eh bukan baling, Naim golek bola tu sebenarnya. Dia angkut bola boling tu ke depan, dia duduk, ada cubaan menyepak bola tu tapi bila ditegur, dia golekkan bola tu ke lorongnya. Gaya tak sabar menunggu bola tu tergolek habis sampai kepada pin-pinnya, Naim sempat berpusing-pusing, ada masanya dia terbaring kat depan lorong tu, macam dalam gambar tu. Gelak besar mama dan papa melihatkan gelagat anak sulung belajar main boling hari tu. 

Nampak dia mula seronok, saya pun mengalahlah, kasut saya tu saya tukar kepada saiz 1 dan bagi Naim pakai sepenuhnya. (Mula-mula tu Naim pakai kasut mamanya.. ) Seronok betul Naim, sampaikan memang tak kira giliran siapa, kena bagi dia juga baling jika masa tu pin penuh, jadi mama dan papa redha jelah, kira jadi pemain sambilan pun cukupla. 

Reaksi Naim masa bola kena pin, cukup menghiburkan. Korang bayangkan Naim masa tu, menjerit 'gol' dan tahu pulak dia jalan dari depan lorong tu ke belakang dan merebahkan diri macam duduk sebelum sujud, la yang macam pemain bola selalu lakukan lepas diorang jaringkan gol tu. Dapat bayangkan tak? Memang cukup kelakar masa tu. Dahla jerit gol, cara meraikan pun macam dapat jaringkan gol. Ditambah pula dia akan datang dekat mama dan papanya dengan tunjuk isyarat tangan hi-5. Mana dia belajar ni? Kami tak suruh pun. Kelakar sangat masa tu. 


Setiap kali baling tu memang ada jatuhan pin. Apa taknya, sebab bila dipasangkan besi kat tepi lorong tu, memang bola tak masuk longkang. Masa nak menunggu golekan bola tu sampai ke pin tu jelah yang kena sabar sikit. Masa main tak perasan, dah keluar baru tahu 3 game kami main tu ambil masa 3 jam. Kalut singgah di Petronas untuk solat asar pada jam 6.30 petang! 

Main sampai tiga kali untuk dua nama pun Naim masih tak puas. Menangis lagi masa didukung balik. Ai..kalau kat rumah juara nangis si Adiknya, kalau kat luar rumah juara nangis pula Abangnya. Alahai.
Nazif yang jadi penyokong setia. Dirasuah sikit dengan jajan supaya tetap di tempat duduk. Kalau tak, pasti berebut nak pegang-pegang bola, nak letakkan tangan di tempat keluar angin tu dan nak duduk tepi abang masa abang nak golekkan bola tu..

Kesimpulannya, sekali sekala boleh bawa lagi Naim main boling. Walaupun dia tak berapa faham lagi prinsip permainannya, rasanya kalau beberapa kali nanti dia akan dapat terima hakikatnya. Boleh nampak dia seronok main. Papa jelah kena berkorban sikit. Main bahagian spare je, yang awal semua Naim yang nak baling. Juga kena pantau dia, supaya tak baling di lorong orang lain semata-mata nak baling pada pin penuh. Berpeluh juga pantau dia main..mujur adik-adik yang main di sebelah macam memahami.

Comments

  1. Haha... Tak pernah main bowling.

    ReplyDelete
  2. seronoknya naim dpt main boling...
    mesti naim selalu tgk bola kat tv ni..hehe..
    adik nazif yg comel tu pn nk main juga ye..
    da lama x main boling, sekali sekala seronok juga kan.. nnt nk ajak ayah aimy main boling la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada pula dia tengok boling di tv. Rasanya dia tengok orang2 sebelah masa di tempat boling tu . Naim ni memang jenis observant, mudah je dia tiru gaya seseorang bila dia perhatikan.
      Hah. Nazif agaknya terpegun ...

      Delete
  3. seronoknya bermain bersama..momen2 manis tu!nt naim dah terer,hari2 mintak mamanya bwk kesana..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari2 tak dapatla nak layan.. kalau nampak dia ada bakat boleh la bawa kerap sikit.

      Takla malu sangat maknya cikgu penasihat kelab boling.. dah ada anak minat main kira oklah ya..

      Delete
  4. bkn naim je suka aunty nor ni pun suka...selesa indoor2 ni..
    sesekali bawa juga anak2...nak cari game baru plk..memanah

    ReplyDelete
  5. akak kan sekali pun tak pernah try boling nih, hehe :)

    ReplyDelete
  6. wahh naim mcm pro hah baling bola...kemain lagi hah sampai tekangkang2 ekekekeekek....seronok la tu naim...pengalaman baru tu utk die...syok kan bawak anak cube bende baru...mule2 mmg takut2 tak konpiden tapi bile dah dpt step die laa paling hepi heheheeheheh

    lieya pun dah lame tak bawak budak2 ni main boling....stokin mmg stenbai jek dlm kete tu tapi pergi nye tak pergi2 lagi hah....

    ReplyDelete
  7. syokkan naim lepasni ajak mama n papa main lagi k
    jadikan xtvt hujung minggu kak
    ingtlagi masa saya ddk penang dlu dgn kak sepupu.setiap hari ahad, mesti abg sepupu bawa kami pergi main boling, kalau x main blong pergi joging, main badminton.seronok dgn life dorng.happy family.. :)

    jomla akak join GA pisau tu.sy x da idea nk ngarang itu yg joined GA .hihi

    ReplyDelete
  8. Syok kan layan anak.. Bahagia sgt anak dpt spend masa dgn ibu ayah

    ReplyDelete
  9. wow menariknya... aida x pandai main bowling. so x pernah bwk anak2 gi bowling. setakat main kalau opis ada function aje ha ha ha... juara longkang aje.

    ReplyDelete
  10. pandai abg naim main boling..kna daftar masuk koko boling ni..

    ReplyDelete
  11. confirm best kalau dapat tengok Naim main secara live ni, aksi lepas balingan tu yang penting ok, score belakang kira hahaha.

    ReplyDelete
  12. haha..comel tgk muka nazif. best la akak main bowling, nina dh bertahun xmain.

    p/s: nina dh tukar link blog la akak.. sbb tu kt dashboard xkeluar update tp blog akak dh letak dlm list.

    ReplyDelete
  13. Jika satu family ada minat yg sama... mmg best!.
    Mengeratkan keakraban.
    Kena belikan Naim bowling mainan utk dia praktikkan kat rumah.

    ReplyDelete
  14. pengalaman baru buat naim..lepas ni sure gian ajak mama main boling lg.hehe macam2 gaya, yg penting nmpk di happy..nazif makan jajan je la..nti dah besar sikit bley join naim main

    sy tak pernah cuba main boling..entah ye tk teringin nak cuba,.mmg jeniskaki bangku kot.tak minat sgt dengan sukan..sebenarnya takut gian.kena sekali hari2 mau.huhu

    ReplyDelete
  15. Seronokkan bila tengok anak-anak main boling. Si Abang kalau tak silap 4 tahun kot pergi main boling kali pertama. Macam nilah aksinya. Kalau tak ditutup longkang, memang ke longkang ajelah bola boling tu nanti. Tapi bila tutup longkang, bernanah rasanya nak menunggu bola boling sampai ke penghujung. Siap sempat makan, minum, baring bagai bola boling still tak sampai-sampai lagi....

    Saya pun nak bawa anak-anak main boling semula. Si Adik tak pernah cuba lagi tapi kalau tengok keletahnya rasanya boleh baling dengan penuh gaya dan emosi :)

    ReplyDelete
  16. Hhaa, macma2 gaya balingan..
    Best sesekali bawak budak2 :)

    ReplyDelete
  17. amboi hebat tu, Aunty KA bab2 bowlong ni mmg faillah naim !

    ReplyDelete
  18. Wahhh...hebat ni....ada peluang jadi pemain boling negara...maklum ajelah mamanya kan ketua jurulatih sekolah hehe...
    Kuat pulak dia angkat bola tu AN? Berat jugakkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1