Chef Wan in the house

Hari ini kena tulis blog. Kali pertama dalam tahun 2014 ni suami tersayang masak hidangan lengkap untuk makan tengah hari. Haha.. Nasi Ayam Tapah Style ni, tak sama rasa dengan nasi ayam di kedai. Dimasak oleh ahli keluarga Tapah je baru rasanya sama.

Bukan bodek, tapi kalau suami masak nasi ayam, memang sedaplah. Dia pun bukan jenis nak rajin masak sangat. Kalau hari biasa, jarang sekali. Rela pegang anak kalau diberi pilihan.

Semuanya suami yang buat tadi. Daripada bersihkan ayam, goreng ayam separuh, buat supnya, sediakan kicap, masak nasi dan sos. Saya mulanya nak buat Nazif tidur tapi akhirnya saya pun tertidur sama. Jadi bila dah siap masak tu, sedang elok saya terjaga, saya sempat tolong sediakan daun salad, tomato dan timun je. Lagi satu, hidangkan semua makanan ke dalam mangkuk dan pastinya saya tolong makan dan bertambah nasinya.

Chef Azwan, esok masak lagi?? Nasi tomato lak, plZ...gambar? Tak sempat nak ambil, bangun tidur terbau wangi nasi ayam terus ngap...

Comments

  1. Waaah bes tuuu...bila k.ma bleh rs klainan ns ayam tapah ni yeee;)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Haha.. chef sal ni.. takpayah gamba pun tak pe..macam nasi ayam biasa je rupanya.. rasa je ada lain ni.

      Delete
  3. Alhamdulillah..Bertuah dpt asben ringan tulang cam chef wan ni..rzeki gak tu!hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sekali sekala je datang rajin ni kak...tapi kira rezeki la juga drp tak langsung kan...

      Delete
  4. sekali sekala pun kira respek la org laki pandai n nak masak.nasi ayam lagi..dlm sepuluh satu je kot laki yg nak masak...:)

    en suami kategori pandai msk gak la..(expert on nasi beriani sbb pernah kerja restoren.pernah buka gerai charkoteaw n mee goreng juga).tp dah 8taun dh kawen sekali pun tak pun msk untuk kami.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes suami PK ni sebab isteri dia lagi hebat masak. Pasti suami PK tak nak rajin masak sebab dah puas hati dgn masakan isterinya

      Delete
  5. Alhamdulillah..bertuah AN...bangun2 je boleh terus ngap hi hi..
    apa beza nasi ayam tapah dengan nasi ayam biasa tu AN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sos dia, kicap n nasi ada bahan yang rasanya lain sikit

      Delete
  6. wow untung..nk try juga nasi ayam chef wan tu..chef wan ni pun lama dah tak wat nasi ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef wan tu rajin setiap hari..tak ada masalah.. eh, bukan ke chef wan tak masak nasi sekarang? Kan diet...

      Delete
    2. eh diet org lain..chef wan ngan anak2 ttp makan..tak leh hidup wehh..walau makan dengan budu..nasi tetap nasi

      Delete
  7. Skg ni banyak tumis air or masak bening. Try reduce guna minyak.

    ReplyDelete
  8. Wahhhh kalau sy tiap hari cik abe masak domok la sy , sy ni kalau org masak mmg mkn bertambah2

    ReplyDelete
  9. Wow....bestnya AN dapat rasa tangan Chef Azwan..... Bilalah agaknya OKje nak rasa tangan Chef Papa Zir hehe....mungkin idak le gamoknya...
    Rugi tau tak ambik gambo dahlah jarang masak....
    Lain kali sediakan monopod siap siap kalau malas nak pegang hp tu haha

    ReplyDelete
  10. Wah, ini mesti sedap sangat tu sampaikan tak sempat nak snap gambar. Sesekali chef turun ke dapur, memanglah best. Bukan senang nak merasa air tangan chef ni kan. So, next trip, bila lagi chef nak turun masak? Ingat ya AN, siapkan camera dan jangan tertidur lagi :)

    ReplyDelete
  11. wah syok la akak.ada chef wan di rumah.sesekali bertukar chef bestkan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1