Choleq @ Bangi - Penangan JJCM

Siapa yang menonton JJCM tengah hari tadi pasti perasan tentang kedai colek ni. Kami laki bini mulanya saja je, sambil-sambil tengok tu bila nampak menarik juadahnya, terus cakap nak terjah kedai ni petangnya.

Tapi tak sangka langsung kami, kedai yang dijangka beroperasi pada pukul 4 petang tu rupanya dibuka pada pukul 5.30 petang. Dapat kami menyaksikan penangan rancangan JJCM tu. Ramai giler pelanggannya pada petang tu. Yang sampai lebih kurang macam kami, dalam pukul 4.30 petang dah nampak ramai. Jadi, bila kedainya dibuka pada pukul 5.30 petang tu semuanya menyerbu masuk.

Menunggu sampai colek ni kemain lama. Budak berdua ni sempat lari-lari di celahan orang yang ramai tu. Makan kerepok hampir habis. Berebut air kosong  sampai habis pun belum sampai hidangan yang dipesan.

Bukan anak kami je, anak-anak pelanggan lain  pun sama. Dalam sejam menunggu tu bergilir kami laki bini dukung Nazif yang macam dah lapar sangat. Macam-macam karenahnya . Mulalah menyondol dada mama. Ai..Nazif ni. 

Ramai betul pelanggan masa kami datang tu. Meja sementara yang diletakkan di luar pun penuh orang. Tu tak kira yang sedang berdiri menunggu lagi. Muka masing-masing pun ketat nampaknya, termasuklah kami pun. Bukan kejap tu menunggunya..



Lepas berpeluh-peluh berlari selama sejam menunggu, air tembikai yang dipesan baru sampai. Dua beradik ni minum dengan penuh nikmat.

Kami sabar lagi menunggu pada masa tu. Lepas sejam setengah saya mula bengang bila meja sementara di luar ada yang dah dapat coleknya. Rasanya meja kat  luar tu dipasang lepas kami datang. Lepas meja tepi kami pun dapat juga, sedangkan diorang sampai lewat daripada kami, Papa N mula bangun komplen kenapa kami lambat dapat sedangkan orang yang datang lewat dah dapat dulu. 

Beberapa minit selepas bergemanya azan magrib, Papa N mula menyuruh saya pergi bayar air dan kerepok segera yang dimakan. Jarang sekali suami saya ni tak sabar macam ni. Hulur je duit dengan muka masam masa suruh saya perhi bayar tu. Tapi, tak boleh salahkan dia juga. Dua jam menunggu kalau betul gilirannnya kita boleh sabar lagi. Ini, tak tersusun gilirannya. Tak ada rezki nak makan nampaknya. Datang lagi? Tak kot... 





Pastinya entry ni bukan untuk memburukkan sesiapa. Saya sebenarnya kagum dengan konsep kedai ni. Makanan yang jarang dapat kita makan di luar pantai timur dihimpunkan dalam menu kedai ni, ini idea yang menarik. Namun, sebagai nasihat, mungkin sepatutnya pemilik menambah lebih pekerja pada hari ke udaranya JJCM tentang kedai diorang ni. Maka taklah keadaan jadi kelam kabut. Masa menulis ni, saya terfikir yang kemungkinan dua meja yang dapat lebih awal walaupun datang lebih lewat tu mungkin ialah pelanggan yang bertukar tempat duduk. Namun, komen yang membina pastinya satu perkara yang baik untuk kedai yang baru beroperasi awal tahun ini...

Jangan sedih Pa, nati balik kampung, kita cari colek di sana k..

Comments

  1. kalau smp dua jam tggu sy pun kompem menyirap.sy mmg jenis tkmenyabar,rela tak mkn dr menunggu sebegitu lama.silap2 tgok org ramai dh blah.hehe

    mmg takde rezeki nk mkn la tu..bnda masuk tv,tak sgka kot tetiba ramai org

    ReplyDelete
  2. oic xsmpt rasa la coleq tu!cam sama je citer akak g satu restran ni smpai sjam tunggu,air dah abis minum kuew tiaw ladna kami xsmpai2..bru nak byr n blk,depa mintk sori sbb lmbat ckit..sejak xde air ni mcm2 jd..

    ReplyDelete
  3. best tak?i pun baru ajak hubby ke sana..tak sangka you sampai dulu..terliur nak makan colek perut tanah merah.

    ReplyDelete
  4. hehe..baca entri tak abis!ingat kan sempat merasa..haha..tu lah tak ajak i pergi..tapi kan kalau sekali terkena sumpah tak nak pergi lagi..tu perangai buruk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.... tak de rezkila nampaknya.. kalau diajak pastilah sama2 stress marin tu.

      Delete
  5. hehe..colek perut p.mas pun sedaplah..tu fav saya sejak kahwin ngan org hampir p.mas ni..ketereh tak de..

    ReplyDelete
  6. Choleq tu ghapo AN? Ikan bakar dengan choleq ke....
    Oh begitu punya lama menunggu, orang datang kemudian pun dah dapat, kalau kami pun bengang jugak tu..... Agaknya kalau makan kedai sebelah dah kenyang dah...
    Dahsyat jugakkan penangan iklan kat TV ni yek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choleq tu sos pencicah sbnarnya..

      mmg hebat pengaruh rancangan tv ni..

      Delete
  7. assalam AN..kalau acik pun ta sabar..tak tunggu 2 jam pun..sejam je acik dah cabut..tak dapat makan pun tak pe....dan tak kan datang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan saya Acik, sejam pun dah tak sabar tapi suami yg nak tunggu lagi. Sabar..katanya. ha, ambik ..

      Delete
  8. menu dia memang special kan
    kalau dah masuk jjcm memang kena sedia space lebih la
    untuk pelanggan

    ReplyDelete
  9. Kalau saya, mahu dah ajak balik. Dua jam menunggu tu lama sangat rasanya. Lagilah dengan anak-anak yang tak reti duduk diam, mahu merana badan. Takda rezeki nak merasa, lainkali kalau hati berubah, cubalah lagi ye AN.

    Saya tak tengok pun JJCM ni tapi kebetulan pulak semalam memang teringin nak pergi makan di Bangi cuma tak tahu mana nak dituju. Saya tahu ada satu restoran ikan bakar di sana tapi lupa namanya pulak. Baru nak gerak dengan HD dan anak-anak tetiba masuk panggilan untuk HD. Duh, makan tengahari di Aeon berdekatan ajelah nampaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AN,

      Kalau free nanti, boleh singgah rumah sekejap. Nak 'info' nih... ~__^

      Delete
  10. Itu dia penangan jjcm. Kalau kakak pun akan jadi macam en suami Aisy. Mana sanggup nak tunggu lagi. Nazif bolehlah tak sabar tunggu dan dahaga boleh sondol dada mama cari yg boleh melegakan tekak tapi yg lain-lain mana boleh tahan..

    ReplyDelete
  11. la baru ingat nak pergi, dah baca cerita cenggini macam x jadi jer !

    ReplyDelete
  12. Sabarnya awk tgu smpi dua jam.klu saya 40 minit je terus blah. Sy ni klu 15 minit tgu je tak dapat pesanan tu sy dah mula pjg leher. Klu org kemudian dpt lbh dulu sy terus tarik ank2 gi bayar apa yg kami minum dan bg tau sbb apa kami cancel order

    ReplyDelete
  13. mak ai, sampai mcm tu sekali kena serbu penangan JJCM… tapi mmg AN dan hubby cukup sabar menunggu hampir dua jam…. Takde rezeki nak makan coleq, balik kampung boleh la makan coleq puas2…. Tiba2 teringat coleq yg MIL selalu buat… sedap nya la.. tak sempat nak belajar resepi coleq dgn MIL…

    ReplyDelete
  14. Sorry... I pun akan jadi camtu kalau dah kebulur tapi menunggu sampai 2 jam.
    Memang takdenya la nak pegi lagi.

    ReplyDelete
  15. 2 jam lama tu.... xkan tunggu air pun berjam...perut dah la lapar...sape tak angin...

    ReplyDelete
  16. lamanya kak nunggu.
    itu adalah servis diorang la kan.kena la pandai.dh tahu mask jjcm pasti akan diterjah.
    kalau sokmo buat giteww, mmmmm

    ReplyDelete
  17. adoi lama nyer tunggu. if asben aida pun jadik tak sabar...
    coleq tu apa ekk :-) hi hi hi

    ReplyDelete
  18. belakang rumah kita je tempat ni, selalu lalu kosong je tak de orang..

    ReplyDelete
  19. Kalau myra pun hilang sabar jugak, tambah kita tengok meja yg lg lewat dari kita dapat dulu, memang berbulu..hehee

    ReplyDelete
  20. Singgah tengri sini..... senyap sunyi jer....

    ReplyDelete
  21. itu antara kenapa saya konon anti-grande, yakni tak suka perkara2 yang komersial. giler ah nunggu sampai berjam tak dapat2, kalau I takkan tunggu selama tu kot. takpa... kelik kelate makae lagi beh.

    ReplyDelete
  22. 2 jam tu tunggu,lama kot.ptt dia kena stanby.penangan jjcm ni hebat.
    tapi org kata mmg selalu mcm tu la.lepas keluar jjcm mesti ramai yg dtg dan services pun slow.tunggu sebulan dua, kalau services tak elok jugak jrg al org tu..hehe

    ReplyDelete
  23. saya dah terkeana..baru jer 3 feb 2015..dekat 1jam tak sampai2..ambik order nya indoh..order air 3x hantar slh..choleq xsdp..jemput dh sejuk,keras..but pada yg nk try tu bolehaa..try..kot2 just terkena pada nasib saya xbaik..hu.hu

    ReplyDelete
  24. baru pg merdeka day ari tu...kedai xterurus...pekerja xcekap..order xyah ckp la lmbt..org lmby smpi,dah dpt dlu..nak byr,kne gtau mkn ape pdhal ade no meja kan...staff jalan pun seret kaki...first n last...xmgkn jejak lg kot...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1