Pilihlah untuk bahagia tanpa melukakan orang lain

Entry motivasi di pagi Jumaat ni.

Semua orang nak mudah, nak cepat, nak senang dan terbaik untuk diri sendiri. Tapi, seharusnya di saat yang kita mendambakan semua tu, kita juga patut elakkan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Sesungguhnya doa orang yang tertindas itu.....semua pun tahu kan..

Saya taklah berdoa untuk yang tak baik. Cuma bila rasa diambil kesempatan oleh orang lain, diorang fikir dia je nak senang, mulanya rasa bengang. Namun, alhamdulillah, Allah bagikan sebab untuk rasa tenang.

Insya Allah, setiap apa yang kita lakukan , pasti ada balasan yang setimpal. Kebaikan yang dibuat, mungkin hasilnya kepada kejayaan kita, keberkatan rezeki, kerukunan rumah tangga dan juga mungkin kemenjadian anak-anak.

Bukan saya kata tu, ustaz yang kata. Sesungguhnya saya percaya itu. Saya pilih untuk bahagia tanpa melukakan orang lain.

Terpaksa beredar dulu, hari ni saya kerja 8 pagi hingga 7 malam. Sunway, Kuala Kubu Bharu dan USJ.. Apa pun, saya doakan semoga korang semua bahagia dan dimudahkan urusan hari ini ya....

Comments

  1. akak pilih bahagia tanpa mempedulikan kata2 org yg tak senang dgn kebahagiaan kita...biarkan mereka..!!

    ReplyDelete
  2. sedap ayat 'kemenjadian' tu AN..!hihi..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..dasyatnya..semoga dipermudahkan Allah urusanmu hari ni..aminn

    ReplyDelete
  4. SELAMAT BEKERJA DGN HATI YANG TENANG..

    ReplyDelete
  5. Saya setuju... (sambil angkat tangan tinggi²...!)...

    ReplyDelete
  6. Kerja dari pagi sampai ke malam...ohhh...tak sanggup mengimbau kenangan silam bekerja pergi tak nampak matahari terbit, balik tak nampak matahari terbenam! Moga segala urusan dipermudahkan dan bila selesai kerja nanti, anak-anak ada untuk menghiburkan hati dan diri yang kepenatan tu.

    Cara 'mengeluh' ni macam ada masalah aje... tapi kena ingat jugalah, bahagia atas derita orang lain bukan ada maknanya.

    Pilihan terbaik, biarlah kita bahagia untuk menggembirakan orang lain dan semoga orang dikeliling pun terkena tempias kebahagiaan kita tu. Semua orang gembira, itu lebih indahkan!

    ReplyDelete
  7. oh cikgu.. mulia sungguh kamu.. semoga Allah permudahkan urusan di sana nanti atas segala kesusahan di dunia ini

    ReplyDelete
  8. Ramai yg nk senang atas derita org lain. Jenis hati busuk fikir diri sendiri je

    Moga segala urusan lancar ye.. Amin

    ReplyDelete
  9. Sabar ye Cikgu Aisy..
    Apabila dizalimi.. baca "Hasbunallah wa ni'mal wakil".
    Cukuplah Allah sbg penolong kami, dan Allah sebaik2 pengurus (yg terserah segalanya urusan kami).

    ReplyDelete
  10. Itu lah , TP tak pe aisy. Kita tlg org Tanpa harapkan pandangan org , yang penting dipandang Oleh Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  11. merasa bahagia atas penindasan orang terhadap kita memang sesuatu yg manis..mari memilih utk tidak melukakan hati sesiapa..hehe

    ReplyDelete
  12. Pemikiran kita sama jer AN....
    Seboleh mungkin tak suka menyusahkan dan mengambil kesempatan ke atas orang lain
    Sapalah tak nak senang, mudah, bahagia.... semua orang pun nakkan....
    Betul tu buat baik dengan ikhlas, InsyaAllah Allah akan balas baik kat kita tapi namanya pun manusia...ada kalanya kita jugak kurang sabarkan...

    ReplyDelete
  13. smga dipermudahkan semuanya.aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?