Posts

Showing posts with the label Time Tunnel Cameron Highlands

Time Tunnel

Image
Tengah terasa rajin nak menulis ni, jom cepat luahkan apa yang tersirat di minda ni. Nak tuliskan sesuatu memandangkan teringat pasal peristiwa malam ni, yang mengingatkan saya kepada kata-kata Papa N semasa kami masuk ke Time Tunnel, Cameron Highland hari tu. Kami baru kali pertama masuk ke tempat ni. Biasanya kalau pergi CH, kami tak pernah masuk sini. Maklumla kalau yang dianggap arked atau muzium ni, bukan semua orabg suka masuk. Eh, tetiba rasa jeles MD kata esok nak ambil EL, nak bercuti.. bestnya cuti di tengah minggu ni.pergi mana tu? Lepas bayar RM 10 untuk dua orang, kami pun masuklah ke Time Tunnel ni. Dah dapatkan khidmat En Google sebelum ke CH tu, jadi kami tahu tempat ni penuh dengan barang lama. Mula-mula tu, saya tengok dua Ahmad dan Papa N biasa je. Masuk ke dalam sikit, mula terasa sejuk. Rupanya tempat ni di bawah tanah, kat atasnya dijadikan deretan kedai jual strawberi, barang mainan dan makanan. Patutla sejuk, kan? antara benda lama yang terdapa...