Hubungan suami isteri yang saling melengkapi

Sekali sekala bila suami sakit, kita terasa juga kan? Sama juga bila suami terpaksa pergi berkursus atau apa-apa aktiviti syarikat, terasa payah menguruskan sendiri hal-hal rumah tangga dan anak. Malah, kadang-kadang kalau suami keluar minum dengan kawan-kawannya untuk dua jam pun terasa lama sangat.

Selama ni selalu gelakkan suami yang selalu telefon atau sms bertanyakan bila saya akan balik sekiranya saya ada program sekolah pada hari Sabtu, sedangkan suami di rumah menjaga Naim seorang diri. Pernah juga gelakkan suami dan perli dia yang " baru tahu macam mana tak ada isteri, payah nak survive kan?". Pada hal diri sendiri pun mengalami situasi yang sama kalau suami tak ada.

Melayan Naim sorang diri terasa mencabar betul. Kadang-kadang macam terasa dua jam tu macam lebih lama daripada biasa. Kerja rumah juga sama. Pada hal selalu komplen yang suami tak tolong buat kerja rumah, tapi bila suami keluar, nak kena buang sampah sendiri pun terasa payah. Rupanya walaupun suami tak tolong banyak, tapi kehadirannya bermakna. Kerja-kerja remeh seperti buang sampah, kunci pintu rumah dan pastikan semua tingkap atau pintu berkunci pun ada kepentingannya. Boleh dikatakan pelengkap dalam kehidupan.

Pada hal, kalau ada bersama-sama bukan selalu nak manja-manja pun. Gaduh pun kerap. Boleh katakan hampir setiap hari ada sahaja perkara yang tidak  dipersetujui bersama. Hehe, ayat macam serius je. Tapi nilah realiti kehidupan berumah tangga, tengah-tengah gembira meraikan hari lahir di restoren mahal pun boleh juga bertekak pasal Naim buat kecoh. Kemudian, boleh pulak teruskan makan. Dah terasa biasa, masing-masing nak menang.

Tapi mungkin nilah yang dikatakan orang, jodoh Tuhan yang tentukan. Bukan mudah nak kekal tapi kita lah yang kena berusaha. Selagi kita waras, jangan lah biarkan ego mengatasi kewarasan kita. Bertolak ansur dan hargailah pasangan kita....


Comments

  1. kekurangan dan kelebihan pasangan tu saling melegkapi kan akak..gaduh2 manja biasala..hehe..mak n ayah sy pon camtu,kena tolak ansur satu sama lain..pandai je sy..kawen pon belom..hehe..moga akak dan suami happy..tak lama lagi naim nak dapat adik pulak..

    p/s:Selamat Hari Guru akak..

    ReplyDelete
  2. Kena hadiahkan buku cara2 menjadi suami romantik gini .. klu tak tak taula sampai bila2 ..atau tgk cara Mak Tapah sure bahagia hingga ke syurga .. Malaysia boleh !!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?