Ragam manusia

Pekak kan telinga, angguk dan senyum je....


itulah respons saya, lagi-lagi dalam masa seminggu ni. Dengan kesibukan di sekolah, macam -macam yang nak diselesaikan, kadang-kadang terasa betul-betul letih. bukan letih buat kerja je, tapi mendengar macam-macam komen daripada orang lain. Ada juga saya mengeluh kepada rakan di meja sebelah. Tapi rasanya, yang lebih berkesan atau afdal ialah 

                                 Pekak kan telinga, angguk dan senyum je....

Bukan ape, buat pening kepala kita je fikirkan pendapat orang lain. Lima orang yang dijumpai, lima pendapat yang dapat. Lama-lama boleh senak kepala menerima ulasan diorang ni. Memandangkan saya ni cuma AJK yang kecil je, bukan ada kuasa pun, senyum aje lah, iyakan aje ape yang didengari....


tenangkan diri lihat alam semula jadi

Comments

Popular Posts