berguna juga FB

Tetiba tengah hari ni saya terasa FB banyak lak membantu kalau kena caranya. Sebelum ni saya rasa facebook ni sekadar bertanya dan ambil tahu perkembangan kawan-kawan je. Tambahan lagi, sekarang ni, tak berminat sangat nak menyibukkan diri di fb.


Hari ni, dengan fb saya dapat mencari adik ipar yang tengah dicari juga oleh keluarga mertua. Katanya telefon bimbitnya dah beberapa hari rosak. Rupanya daripada beberapa catatannya di Fb sebelumnya boleh digunakan untuk menjejaki lokasinya sekarang. Mujur juga dia jenis orang yang suka membuat catatan tempat yang sering lepak. Jadi, kebetulan begitu, maka saya terus menghubungi salah satu nombor telefon yang tertera. Selesailah satu masalah...lega....

Comments

Popular Posts