Menara tertinggi di dunia mula dibuka



TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam.
Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.

Sesetengah pelawat dilaporkan berbaris lebih seminggu untuk mendapatkan tiket ke situ walaupun cuaca Tokyo berawan semalam.

Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).

Binaan tertinggi di dunia ketika ini ialah Burj Khalifa di Dubai (828 meter).

Skytree bertindak sebagai menara pemancar bagi televisyen dan radio, selain menjadi tarikan pelancong.

Comments

  1. Bangunan 5 tingkat pun bt tapak tgn sy berpeluh. Ni kan pulak menara paling tinggi di dunia.

    ^~^

    ReplyDelete
  2. berlawan2 membina menara tertinggi..cantik2 reka bentuknya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts