aktiviti cuti sekolah dengan Naim

Cuti sekolah dah bermula. Korang sekarang ada kat mana? Bestnya. Saya masih lagi ada di BSP.. Esok baru balik kg Kelantan, tak sabarnya....

Jadi, kerja seharian ialah menjaga Naim sambil mengemaskan rumah setakat yang terdaya. Naim pe lagi, memang teramat seronok sebab tak kena pergi taska.

Macam-macam permainannya sepanjang hari. Yang dia main sendiri, yang dia ajak mamanya main pun ada. Notebook dan hp sentiasa bersilih ganti jadi permainan dia. Dah boring tu, lain lak dia main. Pen digunakan conteng sana-sini. Di badan sendiri pun jadi mangsa. Periuk nasi dan stokin dari ampaian pun jadi mangsa dia.


Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1