Shopping sama-sama adik beradik ipar

Cantik tak? Maksud saya tudung-tudung yang kami semua pakai....sama kan? warnanya je berbeza. Yang kat tengah-tengah tu duduk sebab nak sorokkan perut. hehe..Nak dijadikan cerita, semasa menghadiri kenduri kahwin sepupu di Melaka, Ahad lalu, kitorang masuk ke sebuah kedai tudung yang terletak di MITC Melaka. Asalnya cuma saya sorang yang tak ada tudung yang sesuai dengan baju tema kenduri aritu. Sebab tu saya je yang beli warna ungu. Kedua-dua kakak saya, kak ipar dan biras pun berkenan juga dengan rekaan tudung ni. Tu yang diorang pun beli juga, warna yang lain.

Sekali sekala membeli belah bersama memang terasa seronok. Teringat kembali kenangan semasa masih bujang. Walaupun tak beli banyak barang, tapi masa yang digunakan semasa membeli belah bersama kawan-kawan terasa menyeronokkkan. Sekarang, kalau dah bersuami dan ada anak, pergi membeli belah cuma sempat beli apa yang disenaraikan je. Kadang-kadang tensen bila nak pilih baju, kain pasang atau tudung. Bukan ape, sebabnya bila tanya pendapat suami, mesti dia cuma senyum dan cakap, "ok yang, cantik".... Korang ada tak pengalaman macam ni? Kalau suami korang jenis yang suka window shopping, best la korang....

Comments

  1. kim salam ngan adik ipar ye.. hik hik (',)

    ReplyDelete
  2. Hai cgu...yang mana satu yg nk dikirimkan salam ni? hehe...pilih color tudung..

    ReplyDelete
  3. cantik..LM lama dah x beli tudung

    ReplyDelete
  4. LM: ni kebetulan, jumpa sedara mara bila pergi kenduri. sya pun dh lama tak beli tudung...lagi2 beli dengan boleh try n pilih lama2...best

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?