Resepi Kerabu Suhun

Berakhir juga ari Khamis yang memenatkan...
budak2 sekolah ni memang energetic la, xtau penat langsung agaknya...
sama ada main, bercakap dan buat kerja sekolah, diaorang boleh
bt tu dengan penuh tenaga...
bukan budak Cina, India je, budak Melayu pun sama!!!
ingatkan bulan puasa ni slow lah skit, emm x adanya slow...
sama je lagak diorang ni, seronok sgt jumpa kwn2..
lagi-lagi kalau masuk kelas2 yang hujung....semua muridnya asyik bercakap je..
cikgu bagi kerja pun diaorang boleh bt kerja dgn mulut x henti bercakap!!

so, balik rumah, cuba lah menenangkan fikiran...
bersempena dengan bulan ramadan ni, balik je trus masak...
tapi mujur arini ada orang tlg masakkan sebahagian makanan...
bolehlah rehat dulu bila balik...
tapi tetap menyumbang tau......jeng jeng...

tadi yang aku sediakan ialah KERABU SUHUN


resepi:
1. suhun ( lupa berapa byk, sebab amik je)
2. sotong ( 1 je, saiz besar)
3. buah tomato ( 1 biji)
4. bawang besar ( separuh biji)
5. bawang putih ( 2 biji)
6. daun bawang (sedikit dihiris kasar)
7. air limau kasturi ( 3 biji)
8. garam dan gula ikut rasa

cara memasak:
1. Sotong dibersihkan dan dipotong saiz kecil memanjang. Kemudian, direndam di dalam air panas selama beberapa minit.
2. Bahan no 3 hingga 5 diracik halus.
3. Suhun dicelur dalam air mendidih sehingga berwarna jernih. kemudian toskan airnya.
4. Masukkan sotong, suhun dan bahan2 yang dipotong halus ke dlm pinggan yang sesuai, masukkan air limau kasturi, garam dan gula.
5. Kacau sehingga sebati....sedia dimakan...

dapat berbuka puasa dengan famili dan makan makanan yg dimasak sendiri trus menghilangkan rasa penat kerja seharian.... Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.

Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?