27 bulan berlalu

Sedar tak sedar dah 2 thn lebih kami berkahwin....19 bulan  dilalui dengan PJJ (perkahwinan jarak jauh).. Alhamdulillah 8 bulan ni kami dh dpt tgl sama2 dan sama2 berkongsi peranan dan  pengalaman suka duka dlm membesarkan Naim..

Jika diimbas kembali masa mula2 berkahwin, aku mmg byk dh berubah, malah rasanya dh makin mengetahui cara menguruskan rumah tangga.. antara perubahan yang paling ketara ialah mengurus dan menjaga anak...daripada xtahu apa-apa, berjaya juga la sehingga Naim kini dah berusia 16 bulan. Buktinya, Naim mmg pyh nak berenggang dengan aku..Selain daripada tu, yang ketara juga dari segi kemahiran memasak... masa mula2 kawin dlu, aku masak sayur pun terkial2... nak dijadikan cerita, dlm tempoh 2 bulan pertama kahwin, aku pernah diketawakan oleh TONY LEONG (kawan papa Naim) kerana aku tak tahu masak pak choy..gini  citernya...

kes ni jadi masa papa Naim keluar berjumpa Leong...aku mana la tahu masa aku
call tu diorang tengah bersembang...
Aku: Abang, pak choy ni nk msk ape?
Papa: Ala, goreng je...caranya (...................)

Setelah balik, papa Naim pun ceritalah...

Papa: Yang, tadi Leong ada tanya pasal ayang....
Aku: eh, tanya ape lak....
Papa: dia tanya "Azwan, your wife didn't know how to cook sayur?"
Aku: Abg jawab ape?
Papa: jawab ye jelah...dh dia ada ms ayang tanya abg mcm mana nk masak pak choy td.

Bayangkan, geram tula ku waktu tu..malu pun ada. setelah 2 thn lebih xjumpa Leong, aku skrg dh mahir la skit tang masak memasak ni...semenjak bulan puasa ni, juadah berbuka selalunya aku masak...juadah buka puasa arini AYAM BLACK PEPPER... nampak menyelerakan tak?

kalau ada peluang jumpa Leong lg, aku nk ajak dia mkn masakan aku...bagi dia tahu wife Azwan ni dh upgrade her cooking skills.... dulu dia gelakkan aku ye....klau Leong baca post ni, jom, i jemput u dtg umh i , i belanja u mkan masakan air tgn i tau....

tulah, ape2 pun kalau ada niat n usaha kita akn dapat buat...pasti boleh!

ok, salam sayang...

Comments

  1. kalau selalu ke dapur, lama² mahir le.. janji rajin²kan diri.. :)

    ReplyDelete
  2. haha..tul tu, rajin ke dpur..paling x pun blh mahir ape yg famili suka makan...kn?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts