WW : Bila anak tetiba makan banyak

Peti sejuk rumah korang pernah bertanda macam cerita Ali Baba Penyamun ni? Haha, rumah kami ye, baru-baru ni.. siapa punya kerja? 

Budak dalam gambar ni punya kerja. Biasanya dua Ahmads saya ni, yang besar tak berapa makan kalau tak disuap, tapi sejak kebelakangan ni, dia lalu makan. Macam membela pulak, hujung minggu hari tu, asyik punggah makanan dan mengunyah je kerja dia. Bimbang pulak dia sakit perut kalau makan banyak sebab dia biasa jenis payah makan.  Bila saya tegur pasal makan, dia merajuk dan pergi cari kertas dan buat macam tu di peti sejuk. Katanya, semua orang jangan buka dan cari makanan lagi.. huhu.. padahal dia yang banyak makan..

Kesan mamanya berpantang.. biskut sekarang jadi bahan makanan rasmi setiap hari. Padahal sebelum ni, orang dalam rumah ni, tak suka makan biskut.  

Terbalik pula bagi yang tengah ni, sejak ada adik, kurang pula selera makannya.  Dah makin nampak kurus dan memanjang, namun lega juga berat tak turun, masih lagi 12kg.

Comments

  1. allhamduillah... seronok bila tgk anak dah kuat makan.... semoga ahmad sihat selalu...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. seronok tengok budak-budak kuat makan ni cuma itulah risau juga karang jadi apa-apa

    ReplyDelete
  3. Bila anak suka makan mesti seronokkan, AN. Lebih-lebih lagi bila memang kebiasaannya dia jarang makan banyak. Tapi itulah, takut pun ya juga. Bukan takut apa, takut perut meragam. Susah juga!

    Si abang tu terasa hatilah ya kiranya bila ditegur dia asyik makan. Kelakar pulak boleh letak tanda 'X' depan fridge, macam beri hati jerk sebab kena tegur ^_^

    ReplyDelete
  4. Haha.... pandai pulak Naim cari idea tu AN.
    Baguslah berselera daripada tak de selera, kita jugak susah hati nanti. OK lah tu kot, kalau sakit perut pandailah dia berhenti makan hihi...
    Sekarang ni OKje pun suka makan biskut AN. Terbaru ni ada satu biskut sangat nipis mcm potato chip tu. Asalnya tengok anak makan. Sudahnya maknya pulak yg jadi sawan suka haha

    ReplyDelete
  5. Hehe... mcm2 ragam anak2 kan.. xpe j mkn biskut..tp bg mkn biskut y berkhasiat...
    Olorr..xpelah nazif aslkan dia ttp mkn n berat x susut

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1