Benda percuma siapa tak nak

Siang tadi Papa N beriya nak mengajak anak-anak merasa naik MRT. Memang cari nahas namanya bila gedik nak merasa pengalaman naik MRT di fasa tengah percuma dan hari Ahad pulak tu. Bila dah pergi tu baru tahu azabnya. Orang yang naik tadi beramai-ramainya. Mak ai, serik weh. Sesak sungguh.

Sebab dah lama tunggu train tu, naik jugala dari stesyen Surian dan turun di stesen berikutnya. Serik betul bersesak tadi. Dah la lama betul tunggu train datang, agaknya sebab fasa percuma, maka masa train tak sistematik lagi. Kalau dah beroperasi penuh trainnya masih juga lambat macam tu, ramai la yang akan komplen nanti.

Mujur sebelum keluar tu dah makan tengah hari sedap air tangan sendiri. Maka takla rasa stress bercampur lapar. Kita fikir positif je.  Bersangka baik.

Gambar makanan ada ler.. gambar MRT mitak maaf ye, ilek..dengan manusia selesai tadi tak sempat dan tak berani keluarkan phone pun. Melayan dua anak yang tak sabar dan kepanasan pun dah satu kerja berat. 

Comments

  1. Sedapnya Aisy masak!. Lapo plak kita. Jgn la serik naik train.. kat Aussie ni train jd favorite setiap insan especially career2 woman. Jimat duit parking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriknya tadi sebab terlalu sesak.. rakyat pelbagai kaum di lembah klang ni berpadat dalam train tu sampai xrasa pun aircond.. berpeluh ketiak..Peluh menitik dari anak rambut budak2 berdua tu.. kalau dah lama sikit Dan beebayar nanti rasanya takkan sesesak ITU..

      Delete
  2. Nasib baik da mkn, dtg blog aisy ni.. Haha..
    Sedap tgk menu tu.. 😋😋
    Biasa la, semua nak merasa naik MRT.. Ira x penah naik lg bwk anak2.. Sbb tak tau nk naik dr mana ke mana.. Hihi..
    Dulu masa LRT baru2 beroperasi pun ramai org juga.. Ye la kan, org yg tak de tujuan nk naik, ambil kesempatan la masa percuma ni.. Kalau saje2 nk naik then patah balik waktu berbayar nnt, mesti takkan naik la.. Hehe..
    Baby nazmi pun ikut jugak ke? Kesian dia bersesak2..

    ReplyDelete
  3. Wah dapat juga merasa naik mrt ye...ramai tengok kawan2 akk yg naik tu, sekarang baru tahu kenapa ramai2 naik rupanya tengah percuma...adehh asyik sibuk dgn kerja je akhir2 ni

    ReplyDelete
  4. Tak banyak lagi stesen dibukakan? FREE memang ramai la nak merasa ye dak?

    ReplyDelete
  5. Dalam pada beranak kecik sempat lagi ye naik MRT....mak jugak yg belum merasa.
    Ganjaran pahala besar tu AN ikut cakap suami campur lagi bersesak sesak tu mmg confirm banyak dapat pahala tu haha...

    Lauk atas tu yg kuning mcm serbuk tu apa .... jenuh le mak zoom hihi...

    ReplyDelete
  6. hehe.. g KL bru ni igt nk naik gak MRT free tu.. last2 tak naik pom.. hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, AN!

    Selamat tahun baru 2017! Hehehe... baru nak ucap. Baru 'ngap' kata omputih!

    HD pun ada hati nak ajak naik MRT tau tapi saya malaslah, AN. Buat penat badan aje. Benda percuma ni memang tak boleh tahanlah, tentu bersesak.

    Saya baca sekali lalu aje tau walaupun faham isi cerita sebabnya gambar kerang tu tak menahan buat saya teringat-ingat nak makan kerang juga ^_^

    ReplyDelete
  8. setuju sangat.. bende free sape yg taknak kan.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1