Penagih janji

Dengan Nazif ni, janganla sesekali buat janji sesuka hati. Kalau nak pujuk dia, kena pandai buat ayat lain supaya tak berbentuk janji, kalau tak, ai akan dimintanya. Dia ni memang jenis ingat apa yang orang lain cakap dan bila sampai masanya akan ditanya berkali-kali. Elok juga kan, buat mama dan ahli keluarga yang lain tidak berjanji kosong.

Satu lagi Nazif ni jenis suka makan. Mulanya saya susah hati tengok badan kecilnya dan berat tak naik, tapi alhamdulillah tahun ni bila jumpa sedara mara kami, ramai yang perasan Nazif dah bertambah tinggi. Lega juga sebab berat dia dah 12kg lebih. Harapnya lepas ni akan membesar dengan baikla. Jadi, kalau ada makanan sedap yang dia makan, dia suka minta saya masakkan lagi untuk dia sarapan sebelum ke sekolah.

Jadi, pagi ni, untuk memenuhi permintaan anak bujang kecil ni, saya goreng kerepok lekor. Bimbang kalau tak goreng, petang nanti abis la saya 'disoal-siasat.' pasti si kecil ni akan senang hati dapat makan apa yang dimintanya semalam.

Comments

  1. Hahaha...bagus tu nazif, janji mestilah ditepatikan.

    Seronok bila anak minta nak makan macam tu, mama pun jadi rajin, tengok ank makan habis terus mama rasa alahai bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. kebelakangan ni mamanya memang rajin sikit masak sb naim dan nazif minta nk makan. Sebelum ni, oayah makannya. Musim lalu makan, agaknya dalam proses nak membesar ye

      Delete
  2. Oh I see. Bagus tu.
    Budak2 laki memang mcm tu.. especially bab makan. Dia akan terkenang2 selagi tak dimasakkan. Sama la dgn anak bujang ai yg sorang tu.. tp badan tetap juga mcm tu, tp ketinggian badan alhamdulillah, mamanya dah hampir kalah.

    ReplyDelete
  3. bijak sgt!! pandai dye buat org berpengang pada janji ;)

    ReplyDelete
  4. bagus..buat org berpegang pd jnji..

    ReplyDelete
  5. Baguslah selera makan..klu tak makan kang nti adk baby lg besar dr abg.tak sabarnya la hai nk tggu adik baby depa deliver.haha

    ReplyDelete
  6. tapi kebiasaan budak memang gitulah AN
    diorang tak pandai pusing lagi
    afif ke aisyah ke, kalau dah kata, mesti tuntut...hehe

    eh seronok kan kalau anak minta makan
    saya anak-anak saya pun gitu. kita rasa seronok walau yang kita masak tu
    biasa aje sebenarnya kan

    ReplyDelete
  7. baguslah tu kak selera makan hihi

    ReplyDelete
  8. hehe.. sama mcm kak fasya ni.. kalo dah berjanji..selagi x tunai selagi tu dituntut

    ReplyDelete
  9. Nasib baiklah dia minta keropok lekor. Senang mamanya nak buat ^_^

    Itulah, dah dia suka makan, kita akur ajelah AN. Kalau tak suka makan nanti, kita juga yang susah hati.

    ReplyDelete
  10. Fhhhhh sedapnya kopok leko...... nak goreng kopok keringlah pulak. Hihi....takut jugak cikgu kena soal siasat dengan anak rupanya yek...
    Beli Terengganu ke beli pasar malam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat mydin aje Okje.. haha buat Okej terliur ye

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1