Pandang ke belakang demi ketenangan

Dah 50 hari saya bergelar ibu anaknya tiga ni, tapi rasanya saya masih belum ada rutin. Setiap hari cuma ikut je keadaan semasa dan kena redho je apa yang jadi. Ada masa baby elok tak meragam, lega la sangat. Tapi kalau ada masa yang dia berjaga malam atau pada siang dia kembong atau tak nak tidur maka aktiviti lain terganggula sikit. Dengan ada dua abang yang tak berapa besar lagi tu memang menambahkan stress kadang-kadang. Lagi-lagi Nazif ni. Dia memang bijak je kalau bab bercakap. Maka, keluarlah ayat-ayat bijaknya. "Mama tak main dengan abang cik pun, abang cik sedih ni!" . Mau tak sentap jiwa mak kau nak!! Abis, korang asyik usik adik supaya bangun tu, macam mana mama nak bagi lebih masa untuk korang😭😭😭😭. Mama yang menangis tau !!!

Minggu lepas, seminggu kami kat kampung. Balik Pasir Mas untuk tunjukkan baby kepada atuk nenek dan saudara-mara. Wah, bahagiaaanya rasa hati!!! Bila ramai orang kat rumah mak di kampung, terasa perjalanan hidup jadi tersusun. Masa banyak terluang. Baby pun tak meragam, seronok saja dia diriba dipeluk oleh ramai orang. Si abang berdua pun tak kurang seronoknya diorang. Dapt tidur peluk mama, apa yang jadi boleh mama uruskan, makanan dan mandi semua mama uruskan...

Jadi, bila dah balik ke sini, mula la rasa kekok semula.. kalut dengan urusan nak siapkan kelengkapan sekolah tahun satu Naim ni pun ya, nak biasakan semula diorang ni dengan situasi rumah kami pun satu cabaran juga. Padahal baru je balik kampung satu minggu. Betapa bahagianya kat kampung aritu. 

Namun, kita memang kena tengok ke belakang. Kena jadikan panduan semua pengalaman yang lalu. Bila tengok Naim mencuba baju seragam sekolah tahun satu semalam, hati kecil mamanya ni tetiba rasa sayu.. macam baru sangat je menjaga Naim sebagai seorang baby, ini dah nak mula sekolah. Terus rasa insaf, insyaAllah pengalaman yang sama bakal dirasakan bila Nazmi makin besar nanti. Masa susah nak uruskan ketiga tiga hero ni pasti akan cepat sangat berlalu nanti.. jangan stress mama, pujuk diri sendiri.

Kejap masa berlalu dirasakan bila tengok Naim dah sebesar ini dan dah boleh harap bila diminta buat sesuatu.

Hero sangat budak ni skarang.. masa mama mesti ikut jadual dia.. 

Comments

  1. I can feel you AN..
    Macam tu la hidup dengan anak kecil.. nak luangkan masa utk diri sendiri pun tak sempat... nak berbagi kasih dengan abang2 yg besar lagi...

    Tapi, bila baby besar.. rasa kejapnya dia besar.. hahaha.. Macam aina la.. Rasa tak puas lagi nak gomol dia masa baby2.. Skrang ni dah makin melasak satu rumah...

    Bila anak sulung nak masuk sekolah, ada satu perasaan "lain" kan... Saya pun mcm tu bila Irfan mula2 nak masuk sekolah dulu.. Terasa sebak semacam bila tgk dia gayakan baju uniform sekolah baru... Owh, anakku dah makin besar... The same feeling bila dia nak berkhatan nanti.. hahaha, get ready yer mama AN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak hadapi detik naim bersekolah nanti.. mak pulak excited lebih.. aina dah pandai berdikari kn? Lega la di tahap usia aina tu.

      Delete
  2. biase mcm tu laa aisy...ade baby kecik jadual semua berubah...takpe...lame2 nanti biase laa dgn timing seharian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. moga banyakla kesabaran saya nk tempoh detik ni..

      Delete
  3. Betul tu aisy..
    Masa ramai org keliling kita yg membantu, lega rasanya.. bila da duduk rumah sendiri, hihi xtau nk kata apa.. lama2 nnt biasa la kan.. ira pun kdg2 stress jgk dgn bdk berdua ni, lebih2 lagi bila si aisyah ni xnk letak, nk berkepit je..πŸ˜₯ lps tu terfikir sendiri, dulu masa aimy mcm ni jgk, boleh je handle..
    Sekejap je da 50 hari ye..
    Kalau keje swasta, 10 hari lg da nk naik kerja.. mula la sedey nk tgglkan baby.. hehe..
    Abang cik pnya ayat.. hehe.. pandai dia ye.. aimy pun selalu jgk ckp, ibu x sayang kakak ke? Kalau cium adik, ckp syg adik, dia akan tnya, kakak? Lps tu dtg dekat2 supaya kita cium dia pulak..kdg2 terasa juga mcm lebihkn adik je.. huhu.. πŸ˜₯πŸ˜₯

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah situasi kita kan Ira.. dilema btl.. ada masanya rasa serba tak kena sangat.. sampai saya tefikir nak mohon cuti tanpa gaji tahun depan.. tapi bila fikir waras rasanya menjelang beberapa bulan lagi situasi dah lain.. abang2 dah makin biasa dengan kehadiran adik.. si adik pula nati makin banyak kepandaian akan makin mudah dijaga biasanya..

      Delete
  4. Buat permulaannya memang begitu, InshaAllah lama-kelamaan nanti pasti akan dapat sesuaikan diri sama ada aisy atau Naim dan Nazif. Memang mereka akan nampak kita lebihkan si baby. akak juga pernah alaminya dulu, masa adam bertanya..jawab akak baby kan tak boleh berjalan lagi, sebab tu mama kena dukung baby selalu...bolehlah adam terima jawapan tu.

    memang bila tengok anak masuk sekolah mama pula jadi emosi terlebih, rasa macam cepatnya mereka membesarkan. mujur lah walaupun dah besar dan sekolah ni mahu dicium mama, risau pula bila dah besar malu nak cium mama dia ni lagi..

    ReplyDelete
  5. Nak masuk darjah satu dah si naim yer...cepat masa berlalu

    ReplyDelete
  6. ada baby baru, mata panda la mama nye..
    nabilah pun risau jgk, pengalaman mcm ni pasti akan ditempuhi lagi, huhu..

    ReplyDelete
  7. Hah, okey! Saya boleh faham perasaan tu. Bila anak kecil, kita rasa nak cepat besar. Terasa 'siksa' menguruskan anak-anak yang masih kecil. Tapi bila anak-anak dah makin besar, kita pulak yang berpaut pada kenangan lalu! Rindu serindu-rindunya saat bawa mereka tidur bersama, terjaga malam untuk tukar lampin dan buat susu, mandi dan beri makan. Bila tengok anak dah mula berdikari, lagilah terasa sedih! Kenangan yang dah berlalu tak mungkinlah boleh kembali, ya tak?

    Bab anak masuk sekolah ni, memang ada satu perasaan terharulah, AN. Masa tengok mereka kali pertama pakai uniform, masa kali pertama kita hantar ke sekolah dan masa tengok mereka balik dari sekolah, semua pun boleh buat merah hidung menahan sebak tau!

    ReplyDelete
  8. Samalah AN sementara nk biasaka diri..sy masa Afia dulu Aiman dh besar tak terasa sgt..mai anak 3 ni stress jugak mula2.dengan kak pia yg suka cium adik..abg aiman kak pia perang mulut..haru biru jadinya semua bnda kita nk buat.lama2 dh makin ok la.dh bileh biasakan diri..Alhamdulillah Aryan pun budak baik..jarang sgt la buat perangai.cool macam kak pia dulu.huhuhu

    ReplyDelete
  9. Alahhhhh emosi pulak dah hihi..... Tapi mak dulu masa yg sulung masuk tadika, mmg sedih pun hihi.....dia ok je maknya pulak yg lebih haha.... Biasalah tu ..

    Ohhh cemburu jugak si Nazef tu ye.....maklumlah sebelum ni dia yg puas diulek dek mama haha....

    ReplyDelete
  10. Olor...comeynya baby.....
    Ye lah..permulaan kna ambk masa skit utk pyesuaian diri dgn btmbah bil anak n t/jawab

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts