Family Day 2016

Tahun ini MIL saya memilih mengadakan hari keluarga di Melaka. Sebelum ni tiga tahun berturut-turut kami ke Pulau Pinang untuk hari keluarga ni. Namun, kemeriahan tetap macam biasa. Bila semua dapat berkumpul, mana tak meriah kan?

Dua Ahmads ni kemain lagi pada masa tu. Opahnya singgah bermalam di rumah kami, diorang minta dengan Opah nak ikut Opah kerana nak pergi ke Melaka awal untuk berkumpul dengan abang sepupu yang dah ada di sana. Muka gembira masa melambai kepada mama dan adik hari tu, amboi dah macam budak besar pulak gayanya. Siap angkut beg masing-masing berisi baju dan mainan sendiri lagi masa tu.

Program tiga hari dua malam ni berjalan lancar sebab perancangan teliti oleh MIL. Kagum betul saya. Bekas guru besar ni, memang jenis fikir keseluruhan perkara dengan teliti. Esok-esok kalau saya jadi nenek macam mana la pulak gayanya. Huhu, ITU fikir nanti ajelah.. lama lagi..
Ai, angle kamera tu yang buat ahkak nampak gedabak besar. Tapi masukkan juga gambar ni buat kenangan sebab ini je kot ada bergambar dengan kedua dua mentua masa aktiviti kami hari tu. 


Kebetulan pada masa ni cuti sambutan Maulidur Rasul, maka bersesak sajala kami dengan pelancong yang lain.

Antara aktiviti masa tu, geng baju biru ni beramai-ramainya Naik bot Sungai Melaka. Mujur ada biras tauke homestay, dapatla Naik bot cepat, tak payah beratur panjang di tengah panas terik tu. 


Kecil besar semua bersama. Itulah makna keluarga Kan. Dengan kesibukan masa seharian, kalau tak dibuat aktiviti macam ni, agak payah semua orang nak berkumpul.
Dua hari pakai baju biru ni. Namun, berbasuh tau. Makan-makan pegi hantar cuci di dobi. 

Si Ahmads ni pun elok aje anginnya bila ada di tempat ramai. Lega sangat..Lain tahun berkumpul lagi. Semoga semua panjang umur dan sihat selalu.

Comments

  1. Alhamdulillah seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni kan...aktiviti yg perlu diadakan bersama keluarga bg mengeratkan silaturrahim nih

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    seronokkan kumpul n buat xtvt camni dgn family..bkn sng nk plan n kmpul sama2 camni..

    ReplyDelete
  3. Sesekali seronok juga kalau dpt bergader gader dengan mertua. Tapi janganlah selalu hihi..

    Alahai shomelnya menantu dengan mertua tu. Menantu mcm nampak malu malulah... Apa agaknya yg di bualkan tu ye

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1