Raya puasa 2016

Raya kali ni, buat pertama kali kami beraya sepenuhnya di Tapah, rumah MIL. Mencetuskan kesedihan di hati weh. Biasanya akan balik juga ke Pasir Mas walaupun raya ketiga. Redo ajelah tahun ni. Orang Tapah ni, hari raya pertama menunya memang tak wujud langsung benda bernama nasi tu. Apa yang ada rendang ayam, rendang daging, kalio limpa, nasi impit dan kuahnya, lemang, soto dan satay. Ambe orang kampung, rindula masakan kampung sendiri. Kalau pagi raya kat Pasir Mas, makannya nasi dagang, nasi minyak, ketupat palas, laksam dan yang lain tu adalah juga.

Tapi kan, sebab dah otai, tujuh tahun dah bergelar menantu kat sini, maka dengan selamba saya makan nasi putih dengan rendang ayam di masa orang lain makak semua menu yang ada berkali-kali. Haha.  Awal-awal kahwin dulu, segan juga nak buat macam tu. Sekarang, takle. Ambil je nasi, letak ayam rendang tiga ketul, cili yang orang lain buat makan dengan soto saya tuang sekali dalam pinggan, haa puas hati. Kali kedua makan, campur pulak dengan sup yang orang lain makan dengan soto. Haha.  Selesai masalah saya.

Sambil makan tu, saya terdengar PIL macam mengeluh kegembiraan. Haha, ada juga ye istilah gitu. Hari raya pertama memang satu family tak ke mana-mana, aktiviti kami makan, tengok tv, bergambar, makan, tengok tv, makan dan itu aje. Bila berkali-kali makan menghabiskan menu yang banyak yang pada mulanya kelihatan agak mustahil nak habiskan, tapi rupanya memang licin! Masa melihat anak cucu makan inilah, saya terdengar PIL mengeluh, "kalau tak panjang umo atuk, nilah kali last kita berkumpul makan beramai-ramai macam ni". Katanya tahun depan giliran anak-anak beraya di rumah mentua, jadi kalau nak tunggu dua tahun lagi entah ada ke tidak lagi hayatnya. Aduhai, sedih weh. Esok-esok kita dah tua, jadi nenek pastilah kita pulak yang merasa macam tu. Lap air hingus jab!!

Takpe abah, insyaAllah panjang usia abah dan sihat selalu untuk melihat lagi anak-anak dan cucu-cucu membesar. Kami doakan bebanyak macam tu.

Jadi, pendekkan cerita satu hari habis giti ajela.. dua Ahmads ni pastilah insan yang paling bahagia sebab ramai sepupu boleh diajak bermain sama. Sampaikan tak nak tidur malam, asyik nak main aje kerjanya.

Ok, itu aje.. meh nak selitkan gambar raya kami sikit. Family kecil kami taklah bertema sangat, ala-ala aje..

Baju melayu dua beradik ni saya beli kat kedai online je. Cotton Hana, nama kedai, nampak ok aje budak berdua ni pakai. 

Ahmad kecil dan kuih baulu oren kegemaran. 

Gambar satu keluarga di pagi raya. 

Ini pulak gambar diambil dengan fotobooth biras saya. Untung ada sedara tauke fotobooth ni, ada majlis atau sanak saudara berkumpul je, boleh bergambar percuma.. I Like!!!

Moga panjang umur semua untuk beraya lagi pada tahun seterusnya. Tahun depan pastilah kat Kelate kita.. best la..

Comments

  1. Selamat hari raya aisy..

    Kamipun kali pertama beraya diperantauan, x berkesempatan nak balik kg...

    Meriah tetap meriah..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aisy..mohon maaf zahir andai ada tersalah kata semasa akak komen2 kat blog aisy ni ye.

    Ye tentulah terasa sedikit sedihkan sebab tak dapat beraya dikampung sendiri, teringat pula juadah biasa yang dimakan bertahun pada hari raya, tapi alhamdulillah tu dah boleh sesuaikan diri, kalau akak pun nak isi nasik juga, macam tak puas je perut ni ha kalau tak dapat nasi.

    Sedih pula bila dengar abah mertua cakap macam tu, inshaAllah bersamalah doakan moga panjang usia mereka hendaknya, dapatlah menyambut syawal bersama2 lagi nanti.

    Comel baju ahmads tu. akak bertema biru biru tapi biru yang tonanya berbeza, susah nak mencari yang betul2 sama.

    seronoklah dapat bergambar di photobooth tu, untung ada yang sediakan, meriah nampaknya raya tu

    ReplyDelete
  3. Org kelantan ni ang tak jauh dengan nasi.tp heran kan AN tetap selim melim.hehehe

    Lawa baju raya ahmads..nmpk selesa warna pun cantik.beli on9 pun puas hati la..

    Selamat hari raya AN..cuti kan lama kenapa tak balik dikedua2 kmpg..mula2 raya kelantan dulu..pastu baliklah tapah..sedih kan bila dengar ayat org tua camtu..sy pulak emo lebih.huhu

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya AN dan keluarga. Sedihnya bila baca part abah berkata begitu. Huhu. Masing-masing ada keluarga mentua. Begitulah kisahnya..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri aisy.Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya maaf zahir batin AN....

    Yelah ..... menu tu lari dari kebiasaan tempat sendiri haruslah lain macam jadinya ye dak hihi....

    Kira banyaklah menu Raya awak tu AN. Mcm mcm ada.... Nasi tu kira masak utk diri sendirilah ek hihi...

    Tak de org yg datang ke Raya pertama tu AN?

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya sis.. Salam ukhuwah.. Singgah dan follow blog sis.. :D

    ReplyDelete
  8. selamat hari rayaa aidilfitri kak
    maaf zahir n batin..

    betullah kak..kt org pata timo ni kalo raya pertama msti cari juadah nasi..x kiralah nasi dagang ke..nasi minyak ke...

    ReplyDelete
  9. Salam Aidil Fitri, AN!

    Wah, langsung tak balik ke Kelantan ke? Sure hiba sangat ni! Takpa, raya dah berlalu. Tunggu tahun depan InsyaAllah dapat beraya di Kelantan pulak. Makanlah nasi puas-puas. Hahaha!

    Raya di rumah kakak saya pun kali ni meriah sebab kali pertama semua balik beraya di kampung. Meriahlah dengan hiruk pikuk keluarga besar kami. Paling seronok berebut itu ini dalam segala hal! Bukan selalu berlaku, biasanya kehidupan kami aman damai aje empat beranak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1