Diam diam berisi

Assalamualaikum..

Dah masuk hari raya haji ketiga ni, korang dah masuk kerja ke ramai yang masih bercuti ye? Apapun moga semuanya dalam kegembiraan dan keceriaan ye.

Keluarga kecil kami tak balik beraya di mana-mana kampung kali ni. MIL dah kembali ke Tapah sebulan lebih yang lalu tapi kami tak balik ke sana. Ke kampung Kelantan apa lagi, sebab jauh tak balik juga. Di saat menunggu hari ni, tak berani nak ambil risiko berjalan jauh-jauh. Haha, diam-diam berisi yang dimaksudkan ni ialah dalam masa beberapa hari lagi, insyaAllah saya bakal jadi mama anak tiga. Hush, kemain lama baru ada idea nak menulis pasal ni. Patutla mood berblog kurang tahun ni ye?

Begitula al-kisahnya. Lama tak ada mood menulis sebab mood mengandung rasanya. Kami plan nak tambah ahli tahun lepas asalnya. Tapi, bila ada rancangan nak buat umrah, kami tangguhkan dahulu kerana bimbang alahan masa mengandung mungkin menyukarkan amalan kat sana. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami, balik dari mengerjakan umrah sebulan lebih dah ada rezeki untuk bayi ketiga ni. Sesungguhnya perancangan Allah yang paling baik.

Pengalaman mengandung kali ketiga ni mencabar sungguh. Masa trimester pertama, muka pucat, penat dan tak larat sepanjang hari, dan yang paling dirasakan ialah alahan pada makanan berkuah dan berminyak. Yang mampu ditelan pada trimester pertama hari tu ialah ikan bilis goreng kering sahaja. Makanan berkuah atau bergoreng yang lain, saya tengok pun dah terasa mual. Yang paling tak dapat saya lupakan ialah bau nasi yang sedang dimasak pun terasa tak boleh tahan. Sebelum ni mengandungkan Ahmads berdua tu tak pernah pun merasa pengalaman macam tu.

Antara makanan kegemaran masa mengandung kali ni. Mee tarik. 

Alhamdulillah juga menjelang bulan puasa, saya dah kembali macam biasa, dapatla masuk dapur dan masak makanan berbuka dan bersahur. Puasa pun dapat laksanakan dengan baik, kecuali ada tiga hari yang terasa menggigil tersangat maka saya buka puasa untuk mengelakkan terjadi kejadian yang tak diingini. 

Untuk bayi yang ketiga ni juga, barang serba baharu dibeli. Maklumla, Nazif jenis kecil jadi bajunya dapat pakai lama. Dah buruk sangat nak bagi adik pakai pula. Lagipun pernah satu masa yang lalu terasa cukup la anak dua, jadi tak simpan banyak barang. Haha, mana tahu tetiba nak tambah lagi sorang sebab terasa elok anak lebih sebelum makin tua ni. Haha, sekarang pun dah tua sebenarnya. Beranak sekarang, nanti di usia 40an anak semua dah mula sekolah, maka mama dapatla goyang kaki macam akak-akak senior kat sekolah tu. Haha, al kisahnya begitulah. InsyaAllah dengan izin Allah dimudahkan urusan. 

Berani tunjukkan gambar ni sebab gambar ni tak menampakkan saya gemuk sangat. Padahal masa ni berat saya dah naik 10kg, di 32minggu rasanya. Haha, kali ni, masa kandungan masuk lima bulan dah tak boleh nak pakai baju kurung. Perut cepat sangat membesar. Maklumla anak ketiga agaknya. Redo sahajalah, moga baby kat dalam sihat-sihat sahaja.

Untuk anak ketiga ni kami buat semua scan, nak merasa detail scan, 4d scan. Maklumlah dah anak bongsu ni, kalau boleh tak la terasa ralat nanti sebab dah merasa semua. Masa buat detail scan di Hosp Umra, doktor sahkan kami bakal terima baby boy lagi. Takpelah, rezeki anak lelaki nampaknya. Nama bayi lelaki la kena fikir nampaknya. Setakat ni, tak ada nama yang tertentu lagi dan sedang tunggu nak tengok wajah bayi dulu sebelum tetapkan namanya.

Nampaknya dah panjang sangat penulisan kali ni. Kedua abang tu dah tak sabar sangat nak melihat adik diorang ni.  Setiap hari asyik bertanya bila baby kita nak keluar ni.. haha.  sabar ye abang-abang, tak lama je lagi. Barang bayi dan mama dah lama dimasukkan dalam beg, tunggu nak angkut ke hospital sahaja ni. Doakan saya dan bayi selamat menjalani pembedahan pada minggu hadapan ye. 
Moga yang baik-baik je berlaku untuk kita semua.
Moga Allah tak menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak hadapi. 
. Masa menunggu hari ni, semua perasaan ada ni tau.  😂😉😭

Comments

  1. Assalamualaikum AN...
    Alhamdulillah.. patut la lama x berblog ye.. Tahniah buat AN dan keluarga.. masa baca tajuk td da agak da..hehe..
    InshaaAllah.. bakal imam & hafiz tu..mudah2an..
    Semoga selamat semuanya ya.. fikirkan yg baik2.. tp mmg betul, kita sbg manusia biasa mmg akan fikir mcm2.. semua perasaan ada..
    Semoga selamat melahirkan.. 😉😉
    Bykkan baca Rabbi yasser wala tuasser dan istighfar semasa procedure.. kalau bius separuh la..
    Panjang pulak komen ira ni.. hehe.. seronok dgr kwn2 pregnant.. masa ira lps cuti bersalin, berderet2 dpt berita kwn2 satu opis pregnant..😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. tq ira atas kata2 semangat dan kongsi kisah..
      Kita dgr kwn bersalin mmg seronok kan? Haha.. diri sendiri nk tempuh ada masanya rasa mcm nilah, mixed feeling, namun demi baby teruskan juga dan kuatkan semangat..

      Harapnya kali ni pun bius separuh mcm yg dulu. Harap xde apa2 masalah, dpt balik segera..

      Delete
  2. Moga selamat semuanya, ibu dan baby sihat sejahtera..aminnn.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tahniah aisy, moga dipermudahkan segala urusan,moga mama dan baby akan baik2 sahaja...akk xde pengalaman dibedah jd tak dpt nak share pengalaman kikiki... Apapun moga Allah berikan yg terbaik.

    Patutlah tak berblog sangat pembawakan la tu ye, akk pun jarang2 dpt berkunjung sebab sibuk skrg ni..best nya tengok kawan2 dpt baby, seronok dua ahmad tu ye nak dapat baby, lepas ni 3 ahmad pula, akk pula yg excited nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. 3ahmads la nampaknya.. moga semuanya selamat.. terima kasih doakn sy dan baby.. jwb komen dlm wad ni, xde idea..nati selamat semuanya sy update ya

      Delete
  4. assalmualaikum AN.. alhamdulillah tahniah...
    patut la diam menyepi. hiks.mmg diam diam berisi
    saya doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan
    aamiin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah an.Jgn diri elok2.mee tarik fav LM skrg ni.nyumss

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah AN dah dapat 3 Ahmads...
    Selamat berpantang...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..rezeki akak...
    syukur dipermudahkan...

    tahniah kak..sbb dh selamat bersalin pom skarang..
    selamat berpantang ye kak..

    ReplyDelete
  8. wahhh.. alhamdulillah..tahniah cikgu.. moga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  9. Alahai baru naik 10kg dah gerun.sy yg 20kg ni smp selarang masak nk turunkan balik..baju semua dah ketat
    Huhu..

    Alhamdulillah dah selamat AN..nanti dah sihat sikit silalah aktif berblog ye..hehe

    ReplyDelete
  10. Tahniah sekali lagi ya, AN.

    Itulah pelik sangat tau bila aktif berblogging tetiba aje menyepi lama-lama. Nak kata dah tak minat, tak jugakan ^_^

    Tak lama lagi meriahlah rumah dengan 3 Ahmad. Seronok juga kalau lebih kurang sebaya aje anak-anak. Bagus juga tu plannya buat anak masa muda, nanti dah tua taklah payah sangat kedratnya, anak-anak dah besar; tak macam saya ni, anak-anak masih lagi kecil ~_^

    Oh, ya! Minta maaflah ya sempat juga gosip ngan jiran sebelah! Dah kata dah kawan-kawan blogger ni kalau menyepi lain macam, lama-lama aje mesti 'buat kerja'. Hahaha!

    ReplyDelete
  11. Memang terasa lama sangat mak tak datang sini gayanya. Yelah mengandung pun tak tau tau...Tetiba dah beranak. Ada ke patut tu? Jiran sebaris tak tau langsung. Taulah buat kerja senyap senyap haha.....

    Yelah tak nampak langsung awak tu mengandung An...Mcm anak dara je. Gemuk pun tidak. Hish jeles betul.

    Berapa kali makan mee tarik ni sepanjang mengandung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Berbelas kali rasanya makan mee tarik, sampaikan kad yg ada cop tu dh boleh tebus, itu pun ada yg lupa tunjuk kad tu.

      Yang tak nampak mengandung tu salah. Gemuk saya kali ni, lima bulan dah tak muat bj kurung ybmg biasanya fasa lalu saya ni muat pakai sampai 8bulan. Bayangkan betapa proses pembesaran kali ni??

      😂Bab xgtu orang tu, entahla.. xrasa nk heboh kali ni. Penuh doa n kebimbangan sbnarnya. Dengan alahan teruk awl tu, dgn kisah zika, dgn rasa sakit dlm perut masa awl n masa peeut dh besar, kes fibroid, saya rasa byk diduga kali ni. Doa aje moga selamat ke fasa bsalin n dianugerahkan bayi sihat dan sempurna sifat..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?