Belajarlah realiti hidup, anakku

Malam ni kami satu famili berada depan tv menyokong perlawanan DLCW. Pada mulanya yang nampak bersungguh ialah Papa N. Tapi, bila game makin rancak, tak sangka Naim mula menunjukkan minat dan dia tak lepaskan pandangannya dari kaca tv.


Anak kecil 6 tahun ni dah tahu nak bergembira setiap kali si baju biru(itu yang digelarkan kepada LCW), mendapat mata. Malah, Naim juga sangat bersedih bila Cheng Long mendapat mata. Yang paling saya terasa adalah bila Naim bersedih apabila diumumkan China menang. Gaya dia bersedih dengan menutup muka, sambil berkata "kenapa biru tak menang, jahatla si merah ni". 


Duhai anakku, inilah realiti kehidupan.. 
Tak semua perkara bakal berlaku mengikut kehendak kita.
Kalah, menang semuanya kuasa Allah menentukan.
Begitulah juga harapan mama papa yang tinggi pada kamu, tiap hari doakan yang terbaik buat kamu!
Tapi, andai kamu gagal atau tak mencapai tahap yang terbaik, kami tetap sayang kamu, kami tetap menyokong kamu, kami tetap percayakan kebolehan kamu!


Buat DLCW, kami rakyat Malaysia berbangga dengan pengorbanan yang ditunjukkan malam ni. Mungkin belum masa nak genggam emas lagi.. 

Menu yang saya masak utk Papa N masa mula siaran perlawanan akhir malam ni. Masak menu cepat dan mudah sebab tak nak tinggalkan tv lama..

Comments

  1. Amboi megi pun nampak sedap tu.ibu gorengkan coq jagung je tuk anaknda berdua tu sambil tgok badminton malam tadi.hehe..

    Bagus naim ada semangat kesukanan..sy dengan aiman je layan match semalam..Afia dok bising suruh buka kartun.stress jadinya dok nangis tak faham bahasa ni perlawanan penting.hihi

    DLCW dah penat tu semalam..ye la lawan demgan LD dah abes tenaga byk mana.takpelah perak pun kan..1 malaysia bangga dengan beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak sangka naim minat sukan, biasanya jarang dia minat nk tgk dgn khusyuk mcm semalam.. agaknya dia dpt rasa aura perlawanan penting tu..

      Betulkan PK, walauapa pun, kita tetap berbangga org 34 tahun dpt sampai tahap tu dlm olimpik.. lawan pulak budak jauh lbh muda kan..

      Delete
  2. Saya tak tengok AN. Seriau! HD dan Bubbly Abang aje yang tengok. Beria-ia mereka berdua dok hentam Lin Dan, hentam Chen Long. Saya buat derk aje sampai HD beritahu DLCW dapat silver lagi kali ni. Takpalah dia dah berusaha sedaya upayakan.

    Betul tu, AN. Kalau anak-anak berjaya, kita tumpang gembira dan bangga. Kalau tidak pun, kita tetap bangga dan gembira menjadi ibubapa mereka!

    ReplyDelete
  3. Anak seusia 6 tahun pun dah ada semangat patriotic Aisy

    Terima kasih titip doa buat almarhum bapak kakak.

    ReplyDelete
  4. Adoiiii ...tu yg seram tu kalau Cikgu BM dah komen, bercakap pasal kelongsong, benda tu kena tertutup habis ye....ingat tu hihi....kalau tak tak de markah hahaha.... Betul jugaklah cikgu! Markah kesianlah tu ek hihi...

    Adat dunia....kalah menang.....
    Trainlah Naim main badminton dari sekarang AN kalau dia nampak mcm minat tu. Kotnya boleh jadi mcm DLCW tu....Harta banyak weyh!

    Rajinnya buat maggi pun ada sayur cili bagai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. usik sikit je tu.. jgn marah.

      Ha, masa diorang kecil ni la kita boleh ada mcm2 cita2 kan, nak anak jadi pemain badminton tkenal la, nk jadi ustaz la bila tgk dai', kalau tgk doc nak suruh anak jd doc.. haha. Asalkan xjadi orang jahat, ada pendapatan tetap ok la tu. Kalai makbul doa jg orang ternama lagi bgus. Boleh mamanya tumpang glamer nanti.. 😍😅

      Ahli kat rumah kami ni mmg suka makan sayur.. kalau xde sayur rasa tak lengkap hidup.. susah membuang bagai.. tu pasal masak megi pun masuk bayam.. haha.

      Delete
    2. Haha.. usik sikit je tu.. jgn marah.

      Ha, masa diorang kecil ni la kita boleh ada mcm2 cita2 kan, nak anak jadi pemain badminton tkenal la, nk jadi ustaz la bila tgk dai', kalau tgk doc nak suruh anak jd doc.. haha. Asalkan xjadi orang jahat, ada pendapatan tetap ok la tu. Kalai makbul doa jg orang ternama lagi bgus. Boleh mamanya tumpang glamer nanti.. 😍😅

      Ahli kat rumah kami ni mmg suka makan sayur.. kalau xde sayur rasa tak lengkap hidup.. susah membuang bagai.. tu pasal masak megi pun masuk bayam.. haha.

      Delete
  5. Yelah demam olympik n LCW dah berlalu..
    Sedap jer tengok megi tu...

    ReplyDelete
  6. yummss...sedap layan megi..smbil2 tgk badminton..
    lya tlps tgk aritu,..

    btul tu..adat btnding..ada menang n pasti ada pihak y kalah.. itulah realiti khidupan..

    ReplyDelete
  7. Sedap pulak tgk megi tu..
    Hehe.. komen psl megi pulak..
    Betul tu.. kalah menang adat bertanding.. dlcw da buat yg terbaik, wp xdpt emas, kita tetap bangga..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts