Usaha membiasakan diri dengan makanan sunnah

Makin bertambah usia ni, alhamdulillah saya rasa gembira kerana didedahkan dengan pelbagai ilmu. Sesungguhnya teknologi sangat membantu kita semua. Banyak info yang baik yang kita peroleh dengan mudah, namun rasanya persoalan yang lebih penting ialah antara kita ni nak atau tidak berubah.

Antara perubahan yang kebelakangan ni saya buat ialah cuba secara perlahan-lahan mendidik diri dan keluarga mengamalkan makanan sunnah. Jika diikutkan, kat rumah kami ni jarang ada makanan sunnah. Buah kurma sekali sekala bila musim puasa dan sedara mara ke Mekah, akan adalah bendanya kat dalam rumah. Itupun bercinta nak habiskan.

Kalau minyak zaitun pula, adanya bila masa nak masak spageti dan salad sekali sekala. Kalau terbeli, saya guna sahajalah sampai habis. Lepas tu, berbulan pula nak beli lagi, sebab rasa mahal berbanding minyak biasa.

Madu pun sama. Kalau ada, sebagai hiasan dalam peti sejuk, tak amalkannya setiap hari. Sebenarnya pernah amalkan, tapi dah lama saya tak buat. Tak istiqamah pula.
Kalau cuka epal atau delima pula, pun sama.. buah delima belilah juga setahun sekali bila tiba musim. Kalau pasal cuka buah sebagai makanan sunnah, saya baru je tahu sebulan yang lalu.

Bukan mudah nak mengubah kebiasaan seseorang kan? Nak tak nak bila dah beli, bila dah baca dan faham kebaikan makanan ni, saya kena buat sesuatu. Nak kesihatan terjaga di samping keberkatan juga. Maka di bulan puasa ni, saya bancuh siap-siap air madu ditambah dengan cuka epal dan saya selang selikan dengan air pati delima. Minum setiap kali sahur. Susu pun sama, masa saya minum, sekali sekala saya paksa suami minum sama. Kurma pula, nak cuba amalkan juga walaupun dah habis bulan puasa nanti. Bagi anak-anak pun sama. Saya cuba biasakan diorang dengan benda-benda yang ada secara perlahan-lahan. Sikit-sikit berubah ya, untuk kesihatan dan keberkatan. 

Comments

  1. in shaa Allah..alang2 berdakwat biar hitam.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.kurma sentiasa ada dirumah saya.pati delima pon saya amalkan sejak demam bulan januari hari tu.sampai skrg kalau hbs mesti beli.dh jadi minuman wajib pulak.
    minyak zaitun guna bila buat spaghetti aje..
    kismis saya amalkan yg ustaz kazim tu..
    mmg agak sukar utk mulakan kak tapi lama lama bila kita biasakan in shaa Allah jadi mudah..

    cuka epal je blom penah try lagi..
    nti akak share la erk cmna nak gunakannya..boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni kami gunakan cuka epal ni utk minum..
      Masukkan setengah sudu cuka epal, madu setengah sudu juga dan air suam semug.. minum macam tu je.
      Ada kawan bagi tahu cuka ni kalau nak gunakan buat jeruk cili atau jeruk bawang putih dengan rebus dulu cuka ni sebelum digunakan untuk rendam benda yg nak dijeruk. Yang lain macam buat jeruk biasa je bahannya..Cubalah.

      Delete
    2. cuka epal tak tajam ke kak?

      * hi hi i sama la saya.pon blk kg en suami gak.kuala kangsar. itu yg gantung kuali. makan mak mertua masak juga..

      *a’aaa.. saya rebus dlu daging tu.
      susah ye nk dpt dgg tmpat akak.cik abe sllu beli kt pasar keramat.setakat ni alhamdulillah.stok ada sokmo..

      Delete
  3. bagus la AN ni..teruskan dgn usaha itu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah byk pendedahan tk kira dimna..kn

    knor amalkn dr anak2 dlm kndungan..hingga kini..dr mknan hingga amalan..mudah2an istiqamah..sama2 kita mdpt redha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..saya pun . Kalau masa tgh pgnant, makan kurma, susu, kismis dan madu. Lepas bersalin tak de teruskan.

      Itulah..moga kali ni lebih istiqamah..

      Delete
  5. Sama jer kita AN.....tau benda tu sunnah tp tk jadi amalan...Kat rumsh ni kalau ada pun kurma dan madu... kurma tu pun sebab puasa.....kalau yg ada pun mungkin madu le sebab nak buat puding roti hehe. ..
    Olive oil tu jauh sekali sebab mahal.... pakai spagheti pun belasah je minyak biasa AN hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ada juga kurma dan madu.. oklah juga.

      Delete
  6. Lebih kurang aje, AN. Masalahnya di rumah saya tu makanan sunnah memang ada selalu dah tuan rumah rajin sangat membeli tapi makannya saja yang tak menentu. Ikut bila teringin. Nak mengamalkannya kenalah perlahan-lahan ye.

    ReplyDelete
  7. berubah ke arah kebaikan itu bagus...akakpun nak cuba juga la

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah berubah utk kesihatan n kebaikan..kt rumah ni selalu ada kurma n kismis je la..tp tukang makannya sy n afia je..sbb selalu msukkan dlm makanan afia..klu aiman asyik terlupa je nk makan.huhu

    ReplyDelete
  9. Sedap mariami. LM mmg mkn dr umur 18 thn lg. che abe mkn rotab bam la apa la.. Tp klu tuk LM dia tau dah, mmg sentap klu xde mariami time puasa, nk bersalin atau dlm pantang. Kering dan x manis sgt

    ReplyDelete
  10. miyak zaitun kat sini tak der la mahal mana, tapi tu la.. jarang jugak saya pakai, kalau buat salad atau pasta jer guna tu. kurma mmg selalu ada tapi cepat habis dek jj ngan papa nyer.

    ReplyDelete
  11. Salam, betul tu...kadang tu bukan kita tak tahu tetapi tak berusaha untuk membiasakan diri tak usaha untuk konsisten dalam pengambilannya...

    Satu yang bunda pernah amalkan untuk anak2 semasa kecil adalah pengambilan kismis...boleh katakan tak putus lah mereka amalkan makan kismis...

    ReplyDelete
  12. btl tu kak..mmg agak sukar utk menukar rutin biasa kita.. lg2 nk menuju k arah kebaikan.. lg ada je alasan y mghalang.. y psl qaseh gold tu pon lengkap dgn makanan sunnah.. ada gak qaseh gold junior utk ank2 n utk kaum lelaki qaseh gold kanda x silap..

    makanan sunnah ni klo diberi pd anak2 byk khasiat n kebaikkannya..terutma dlm mbetuk peribadi dri..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?