Sambal belacan masak

Rasanya kes makan lebih ni sedikit sebanyak disumbangkan oleh adanya sambal belacan masak yang kali pertama saya buat. Makan kat luar dah selalu juga, terutamanya kalau saya ke Hazrul November, sebuah restoren berdekatan dengan sekolah kami yang memang ada sambal belacan macam ni.

Kebetulan saya terjumpa resepi ni, lalu saya cuba memasaknya pada hujung minggu lepas. Memang buat untuk makan beberapa kali. Bolehla Papa N makan setiap kali berbuka dan bersahur.

Bahan - bahannya :

Belacan
Cili padi
Cili merah
Bawang besar
Bawang merah
Ikan bilis
Garam
Gula
Minyak

Cara menyediakan:

1. Kisar semua bahan. Kalau nak tumbuk pun lagi sedap. Saya buat versi malas je.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tadi untuk seketika dan bolehla makan selepas itu.

Bahannya macam sambal belacan biasa je, kecuali ditambah sedikit ikan bilis dan dimasak kesemua bahan di dapur seketika.

Ok, mula nak masak untuk berbuka. Terfikir nak makan kat luarlah pula, padahal sup dah dalam proses.

Comments

  1. Nmpk gaya cm sedap, nnt akak cuba..

    ReplyDelete
  2. mcm sambal ulek yg makan dgn nasi ayam penyet .
    cma beza makcam akak kata letak ikan bilis.
    saya kalau buat nasi aym penyet je saya tumis sambal belcan .mmg sdp kan.

    sudahnya makan di mana hri ni kak?

    sy lgi syiokk. tetamu yg ditunggu sampai tp memasing keluar. sepupu cik abe ke jln tar. adik saya kluar dgn kawn nnya. sudahnya bdua lagi le berbuka hri ni.. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan kat rumah juga. Petang sikit sambung masak. Risau tak abis bahan makanan dlm peti sejuk..dah nak cuti lama balii kg kan

      Delete
  3. uish sedap tu sambal belacan..saya nak try la..

    ReplyDelete
  4. Nmpk mcm sedap.. Klu xde bilis ala2 smbl belacan indonesia.

    Kalau digoreng ni bau dia wangi, tu yg sedap tu

    ReplyDelete
  5. Ikan bilis nak kena goreng dulu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah.. dh blend sekali tu benda2 dimasak tumis gtu je. Tak letak byk pun ikan bilis ni tau..penyedap je

      Delete
  6. sedap ni aisy, jadi pembuka selera :)

    ReplyDelete
  7. knor suka sgt sambal belacan apa2 versilah..mmg super..

    ReplyDelete
  8. anak sedara acik kalau buat pun di goreng semua bahan tu baru dimesin guna air limau kesturi

    ReplyDelete
  9. akak tengk kat azam ramadan su,depa goreng sumer bahan2 tu ngan minyak n belacan bakar pastu tumbuk la..

    ReplyDelete
  10. Selalunya buat sambal belacan biasa je. Ala-ala tradisional main tumbuk segala gitu. Lain kali bolehlah buat sambal belacan masak cam ni, Kalau teringin je dah ada stok. Malas nak menumbuk bagai.

    ReplyDelete
  11. dulu2 selalu juga buat sambal belacan utk en suami..sy ni jenis yg tak berapa minat sgt sambal belacan..skang ni en suami pun dh tak tahan perutnya dengan cili pedas..jadi dh lama tak buat ni..:)

    ReplyDelete
  12. ni penambah selera..biasanya lya main tumbuk je.. xpernah lak masak mcm ni.. blh cuba

    ReplyDelete
  13. Asalkan nama sambal belacan pasti terliur dah.....
    Ambil sikit campur dalam bahan nasi goreng pun sedap ni...

    ReplyDelete
  14. Tak pernah makan ni ...kalau makan pun tak perasan kot hehe.....Yelah ada ikan bilis ek....
    Nampak mcm tak berminyakkan AN...
    Boleh cuba jugak ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1