Catatan hari ini
Lewat malam pun menulis lagi nampaknya. Saya tak dapat nak lelapkan mata lagi selepas menenangkan Naim tadi. Panik juga melihatkan Naim yang sedang tidur tiba-tiba menangis sambil kedua-dua belah tangannya tunjuk ke dada. Lepas sapukan minyak panas dan ditepuk-tepuk beberapa minit, Naim kembali tidur. Agaknya angin kot. Harapnya tak berulang lagi. Jenis payah makan ni, memang merisaukan saya. Nazif memang mudah makan. Tapi Naim ni, nak suapkan nasi kena pujuk dulu. Itu pun sikit je dia makan.
Jadi mak ni, memang banyak kerisauan kita. Mula saya terfikir esok ni wajib bawa Naim ke klinik. Ini dah kali ketiga Naim terjaga di tengah malam dengan keadaan macam tu. Bimbang. Hati mak mana yang tak bimbang kan? Pastinya suka melihat anak sihat, riang dan gembira walaupun ada masanya memang memerlukan kita buat pengorbanan dalam pelbagai segi.
Siang tadi elok je Naim bermain gembira. Ikutkan hati mak pak ni, di bulan puasa ni, memang nak bertapa dalam rumah je. Baju raya dah ada, walaupun ala kadar je baju kami. Biskut raya, saya tempah dengan kawan-kawan, dah banyak yang dapat pun. Tak ada alasan nak keluar pada minggu ni atas nama raya pun. Tapi, anakanda berdua ni, pukul 10 pagi je dah mula tunjuk muka bosan. Ada saja tak kena.
Jadi, alang-alang nak pergi beli barang dapur untuk seminggu lagi, kenalah fikirkan apa aktiviti untuk membahagiakan anakanda-anakanda tersayang.
Hari ni, kami singgah di One City dengan tujuan nak jenguk SkyParknya. Saya ni, dah lama tak buat aktiviti lasak agaknya, masa naik dan turun lif ke tingkat 10 tu pun, saya terasa gayat. Naim sukalah, gelakkan mamanya yang berkelakuan gitu.
mmg lh sis klo anak mcm tu mane2 ibu pn akan ssh hati.arap xde yg serius
ReplyDeleteNaim ok tapi nazif lak dedor hari ni. Tapi masih lagi cergas bermain
Deletekat subang skypark ni mcm bes je..
ReplyDeletetgk kwn2 ramai gak upload psl tmpt ni..
err tp sy mcm gayat je nak berdiri situ hehe
Haha.. mula2 mmg rasa gayat n jangan tgk bawah sgt, kurangla gayat tu
Deletehihi..best gak g sana AN..bukan budak2 sj suka tau...
ReplyDeletemana mana ibu pasti risau kak.
ReplyDeletenaim susah makan ye. cer bg vitamin tgk..
alahai kalau saya confirm gayat yg tgk cermin tu.. hihi..awai2 je la.lps tu oke kot.
maap, kak hri ni sy x bw pon.
pepagi dh kluar ke jln tar, bawa adik nengok apa yg patut. beli dodol n btg buruk sikit. tgh hri sampai rumah dh lembik.hikhik..
Mmg suspen jugak tu kalau anak nangis bangun tgh malam....eloknys check doktor, okje ni pandai suh org tp kalau anak sendiri yg kena pun tak tentu lagi...
ReplyDeleteKat mana yek One City? Tempat baru ke AN? Budak budak janji dpt keluar rumah.mmg dah suka sangatlah...
Kat usj 26 okje.. kalau lalu hway elite, boleh nampak bangunan onecity ni..
DeleteSaya pun spesies gayat juga ni. Mahu saya tak jejak tempat cam gini. Rasa macam tetiba je lantai pecah berderai dah jatuh ke bawah. Imaginasi hal-hal gini memang tinggi sesaja.
ReplyDeleteJangan jadi macam tabiat makan Abang Luth di sini sudahlah, Naim ya. Siksa nak mengikut selera hatinya. Kejap suruh buat ni, kejap suruh buat tu tapi bila dibuat, langsung tak dijamahnya.
anak ssh makan ni mmg risau..sama macam aiman dulu..harapkan susu je..dia mmg dr baby tak suka makan..masak dah macam2 tak nak..masa tu risau sgt..pengasuh asiman dulu smp marahkan en suami soh bawak jumpak doc..la doc kata benda perkara biasa.dia sihat je..start umur 2tahun lebih baru selera..tu yg badan chubby tu..hehe
ReplyDelete