Buah kedondong

Saya beli buah kedondong pagi semalam sebab bila tengok buah tu, tetiba teringat kepada masa kat Johor dulu, ada seorang kawan serumah memang suka bawa buah kedondong dari kampungnya dan kami makan ramai-ramai, sedapnya masa tu. Kalau teringat kenangan yang lama rasa semuanya sedap aja saya ni.

Semalam, saya makan dengan dua anakanda. Pun sedap juga jadinya. Berebut Naim dan Nazif semalam. Mamanya makan sikit sikit je, beli tak banyak pun dan dah saya bahagikan kepada kawan-kawan di sekolah sedikit. Mujur dua anakanda ni jenis makan benda masam. Sebenarnya buah kedondong semalam tu tak masam pun, lebih kepada rasa lemak. Kami tiga beranak makan dengan kicap manis dan sedikit garam. Ada geng mama ni, bestla kalau lain kali nak makan colek buah.. suami saya pula jenis tak suka makan kalau buah yang masam-masam. Memang kalau makan sorang tak best kan?

Comments

  1. kedondong sedap.saya suka.
    saya pula tgk kat satu blog ni. buah manggis. teringin pulak. hihi
    nasib ada smlm..

    akak masak apa hri ni?
    umh saya x da air la. huhu

    ReplyDelete
  2. akak suka buat jus campur asam boi..

    ReplyDelete
  3. buah kedongdong ni xde la masam cam mangga ..kalau yg msk manis jer!ank bongsu akak mmg hantu buah ni...bli jap je sbungkus dah abis..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. syok tu seplastik abis makan.. agaknya kalau dua beradik ni dh besar, kena beli banyak jugalah ya..

      Delete
  4. Betul AN....okje pun reti makan buah ni masa berkawan dgn geng yg rajin bawak buah ni masa belajar dulu.... kat rumah ni yg rajin makan benda masam masak Pak Jilap....okje kurang gemar tp okjekannnn...kurang kurang gemar pun habis 10 biji hehe...kalau gemar harus satu plastik haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Jilap suka makan asam? Bestnya tu. Ada geng la makan buah masam macam tu. Haha.. satu plastik mmg leh habis kalau ada geng ni.

      Delete
  5. Saya pun sejak dah tua (ekekeh) memang tak berapa suka benda-benda masam. Semua yang jadi favorite dulu kala dah tak berapa nak jadi favorite lagi sekarang ni. Saya tengok gambar kedondong ni, saya pulak yang ngilu-ngilu ketap mulut terasa masam. Memang over !

    ReplyDelete
  6. kecur air liur akak menengoknyer

    ReplyDelete
  7. tempohari puas dah sy makan adik ipar bawak balik dr pahang..byk n ada smp kecut jadinya..buat rojak sedap..klu mkn macam AN sy kureng sikit..

    ReplyDelete
  8. Saya suka kupas kulit simpan dlm peti sejuk. Nnt nk mkn senang..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1