Makan angin dengan motor atuk
Makan angin ni kita faham sebagai pergi bercuti kan? Naim yang belum belajar pasal simpulan bahasa ni memang menganggap makan angin sebagai nganga mulut dan berlagak seolah-olah makan udara(angin).
Kalau berjalan di kawasan rumah kami, dah biasa Naim minta buka tingkap dan dia buat gaya buka mulut dan seolah-olah makan sambil buat bunyi 'amm' berkali-kali. Kali ni balik kampung pun, beberapa kali Naim minta nak naik motor atuk sebab dia nak makan angin.
Ada sekali tengah hari ni, tengah panas pada pukul 12 tu Naim ajak mama, papa dan adik sekali, empat beranak makan angin sama-sama naik motor atuk. Sabar jelah melayan anak ni. Tak nak naik, dia merayu juga, jadi akhirnya empat beranak pun sama-samalah naik motor ni. Dahlah ada benda kat belakang tu, memang bersempitlah empat beranak masa pergi ke kedai runcit yang dekat dengan rumah Opahnya ni. Dalam perjalanan, Naim dan Nazif sama-sama buat suara 'amm" kononnya tengah makan angin..siap buka mulut lagi masa tu. Macam-macam Naim ni..
Boleh pula dengan muka gembira lepas balik tu, Naim kata yang "best kita makan angin tadikan adik?"
ooh.kat kampung ke?Bestnya mkn angin di kampung..Bakpo tak snap gambar atas motonye?hehe
ReplyDeleteHaha.. gambar macam sardin atas motor 4 beranak? Tak payahla.. muat pun mujur.. haha..
Deletenaik motor ronda2..mmg depan blkg angin masuk..seronok sgt..
ReplyDeleteNaim senyum lebar Knor..mmg seronok sangat
Deletekih kih kih.. naim 2, telatahnya bikin aunty senyum lebar...
ReplyDeleteBetul dah maksud makan angin tu... siap ada sound effect lagi :)
hahaha... "amm"..... melucukan kaletah bebudak ni kan.
ReplyDeleteBestnya dpt merempit, Auntie Sam dah lama tak merempit
naik motor keliling kg.
AN, ekon semulajadi gitu..!!!hehe
ReplyDeletehehe ..... makan angin maksudnya masukkan angin dalam mulut yeh Naim.... betul jugak anggapan dia tukan AN.....Eh..mmg best apa naik motor round round....jangankan 2N yang suka OKje pun suka gak pusing taman rumah ni ha hehe
ReplyDeleteKenyang tak makan angin tu Naim? Hehehehe!
ReplyDeleteComelnya :)
ReplyDeleteBetullah tu AN. Makan angin = nganga mulut luas-luas + 'kunyah' segala udara yang masuk mulut. Itu teori matematiklah. Hahaha...
Muat juga ya 4 beranak ni naik motor sekaligus. Kalau saya 4 beranak, mahu anak-anak tercicir kat jalan nanti :)
seronok dua beradik dapat makan angin ye AN..
ReplyDeletemak aii tgh hari rembang di ayak meronda ye naim.sabor aje la. hihi.
ReplyDeletesuka lettew :)
hahaha bebudak punya akal kan. eh I dulu kalau pergi kenduri malu nak ambil pencuci mulut. Boleh teka tak kenapa? muahahaha
ReplyDeleteahahaha...kelakarlah naim kamu ni,acik senyum2 baca cerita mama naim nih..
ReplyDeleteahahaha.. kelakar la. dh besar nanti tau la nk makan angin merata-rata kan
ReplyDeletesama mcm asya, suka ajk papa dia naik motor..
ReplyDeletelya lak dh serik..lps kna langgar aritu dgn fain.. huhu