Daging masak hitam
Rumah kami ni jenis makan nasi sikit. Biasanya kalau masak nasi satu pot setengah, itu pun pot yang kecil hadiah daripada beli periuk tu, memang kami laki bini dan anak tak habis makan masa berbuka. Maka untuk sahur, dapatlah jimat tenaga, tak payah masak lagi, panaskan baki nasi tu je. Asalkan makan sikit nasi, pun jadilah. Kalau tak makan nasi masa sahur, perut ni mulalah rasa lain macam.
Itu biasanya, tapi dalam minggu ni dah 2 kali saya bangun masak lagi nasi untuk bersahur. Tetiba laku pulak nasi masa berbuka. Rasanya masak biasa je. Hari pertama yang nasi habis tu, sebab saya masak daging bakar cicah asam kicap. Macam hirup kuah kicap tu rasanya pada petang tu. Hari kedua yang habis nasi pulak sebab masak sambal belacan, dicicah dengan bendi celur dan lauknya sup tulang dan daging masak merah ala thai.
Hari ni pun sama. Nampaknya habis lagi nasi. Kenalah bangun 4.30 pagi untuk masa nasi untuk bersahur. Kalau tak biasanya saya bangun pada pukul 4.50 pagi dan cuba minum secawan air sebelum makan sahur. Rasanya sebab sebelum ni saya makan sikit, nak minum air banyak pun tak tertelan. Lagi-lagi masa sahur, kalau isi lebih daripada dua cawan je dah mula nak keluarkan balik isi perut.
Masakan hari ni yang menyebabkan makan lebih. Daging masak hitam. Masak dengan rempah yang dibeli daripada kawan sekolah, Kak Nurul. Mudah dan cepat masaknya. Mamamia dah jauh, dulu penah beli daripada Mamamia. Kebetulan pula tiga kali makan banyak ni ada masak daging. Rezeki Kak Bie sekali tadi, dia panggil saya ke rumahnya, jadi saya bawakan sikit lauk ni untuk Kak Bie rasa. Lepas berbuka puasa, saya tanya dia terus Kak Bi jawab sedap rasa daging ni.
Apa pun, abis diet saya selama ni.. huhu
Teringin jugak nak rasa :D
ReplyDeletekalau akak satu setengah pot saya pulak satu pot je kak. mg x bertambah kalau mkn nasi time berbuka. sahur tgk lauk, kalau ada ikn masin, ikn bilis goreng, telur mata letak kicap laju je..kalau x setakat minum horlick dgn cicah roti je la.
ReplyDeletesepupu cik abe nk blk sabah.so, singgah sekjap di rumah esok. adik saya pon dtg esok jga. setakat msk mkn bdua okje. reramai ni x tahu pulak selera dorng kan. saya mask ala kadar je.
saya tak buat lagi rempah hitam yg terbaru beli dgn izan mamamia. lama sudah menyepi kakak sorng tu. sronok di kg agaknya :)
a’aa kak.. mmg mahei btoi bunga kntan. kalau saya x gigit itu yg sayang tu.ksik blender terus.senng.. hihi..
Lebih kurangla tu gaya makan kita ni kot. Masa berbuka, kena standby nasi utk budak berdua ni juga. Ada masanya, lebih banyak yang tumpah daripada diorang makan. Nazif terutamanya, suka tabur nasi. Nak disuap, dia tak nak, nak makan sendiri pulak.
DeleteSedap nampaknya daging masak hitam tu...mana resipinya?...Bunda pun biasa beli rempah masak hitam dengan mamamia...dah habis pun...yang ni AN beli rempah dari KN pula ke?..
ReplyDeleteAa.. rempah ni kawan saya Kak Nurul yg jual..
Deleteooh.tgh diet ke?sedapnya nampak daging masak hitam.
ReplyDeleteHaha.. diet sikit la sblm ni. Kononnya nak perut kempis pakai baju raya..nk perut flat mcm che wan sebelah i tu..tapi entahla kalau minggu ni makan sesedap hati je
Deletekaan..nasi mmg xlaku dibulan2 pose ni!
ReplyDeleteala, saya pon xdapat nak bgitau macam mana rasa umai tu.
ReplyDeletetapi suami kata sedap la.ikan fresh kan.
mmber sarawak yg buatkan.sy mmg x jamah pon.
umai kan guna ikan mentah pastu perah asam limau, letak cuka, cili..
Okje 2 pot lebih sikit AN....mmg termasuk sahur sekali...malas nk bangun awal sgt masak lain......hehe...
ReplyDeletewah....2-3 hari berturut nampaknya makan daging....tak pe org muda lagi....belasah selagi boleh....okje lama dah tk beli daging....mmg teringin gak ni nak buat masak kicap...
Alah tak yahlah nak berdiet sgt....dah cantik dah tu slim melim ...
Haha.. itulah..risau juga makan daging berturut2.. tapi saya dah mula nuak nk telan ayam dan ikan.. asyik tu je. Rumah kami yg ahlinya spesis alergik seafood ni, mmg tak beli makanan laut. Tu yg boleh telan 3 kali tu..
DeleteRumah saya makan tak makan, memang masak dua pot aje. Kadang habis, kadang tak habis. Tengok mood seisi rumah juga. Tapi kalau waktu sahur memang tak ada sesiapa yang makan. Setakat bangun nak minum air je. Saya pulak terbalik. Pernah sekali makan nasi waktu bersahur (semata nak menghabiskan lauk-pauk yang ada) bila berpuasa je teruslah lapar yang amat mengalahkan budak-budak. Itu jelah sekali bersahur nasi. Lepas tu balik macam biasalah, minum je tak makan apa-apa.
ReplyDeletekt rumah ni pun msk dua pot..kadang habis kadang tak..klu hari tak puasa tiga pot tu mmg biasanya clean n clear..bulan posa je mkn kurang..kata en suami usus mengecut.hehe..
ReplyDeletebila ada lauk yg menambat selera tu mmg byk la makan..sama juga macam org kt rumah ni..
nak diet apa lagi..sy tgok AN ni mmg dah tahap slim gila..hehe