Dua beradik berpakat nak polis tangkap mamanya

Ai semua. Tengah bershopping ke di hari cuti ni? Kami tiga beranak duduk bertomoih di dalam rumah je. Papa N kerja pula hari ni. Alahai, tak best langsung. Hari cuti patutnya kita dapat la pergi jalan-jalan, kan?

Dua beradik ni pun dah mula tunjuk bosan. Naim dah beberapa kali mengajak pergi ke shopping mall, nak beli kereta baru katanya. Nazif pula asyik jom mama, entah dia nak ajak ke mana tu.

Yang paling kelakar, baru je tadi, dua beradik ni berkomplot nak suruh polis tangkap mama. Naim punya idea, sebagai perancang utama. Saya dengar Naim cakap, " Adik, jom kita panggil polis tangkap mama ya. Mama tak nak bawa kita pergi masuk(shopping mall)". Ada ke si adik ni pula jawabnya, " ocay" .. itu tanda Nazif bersetujulah tu. Sabao jelah. Mama kamu memang takkan keluar jauh dengan bawa budak kecil berdua ni. Kita tunggu papa baliklah ya apapun.

Comments

  1. amboi2 2 beradik tu, abis kalu mama kena tangkap sapa nak jaga kalian berdua??anak2 kecil, itulah penghibur hati kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lagi2 si adik ni, dia setuju aja.. nanti nak menyusu macam mana?

      Delete
  2. Hi hi..ada2 je 2 beradik tu ye AN..anak sulong acik dulu pun macam tu..kalau ayah dia marah..panggil polis tangkap ayah..dera anak katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. boleh dijadikan kenangan ya.. bila diorang dh besar seronok kenangkan apa diorang penah buat masa kecil.dulu

      Delete
  3. Haha......kelakarlah 2 N tu....tak dpt jln punya pasal ada strategi rupanya. Tulah....nyampahkan, kita yg teraniya kalau depa kerja ni....mcm okje mmg buta jalan AN....Nak gi Jalan TAR pun tak reti...huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalh kita hari ni kan? Macam tak cuti pulak.. jalan tar tu, mmg sesuai ibu2 tak reti nak ke sana. Kalau reti takut nanti tak balik masa berbuka pula...

      Delete
  4. hahaha.sabaq je la.dh bosan le gamaknya tu.
    mmg kan bila si ayah tiada nak bawa anak anak berjalan rasa semacam aje ye..

    ReplyDelete
  5. Hihi smpai Mcm tu sekali ye bebudak ni, sy tak p shopping pun , semua dh settle before puasa. Ttg dapur tu nnt sy buat entri gambar penuh ye.. Sbb meja Mkn ikea baru je en babah abis Psg , tak sempat snap pic lg ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya tu cara nk ugut mamanya bawa berjalan.. ingat mama takut..

      Delete
  6. hahahaha... ocay!!! amboiii plan. tapi nak ke abam polis layan laporan kome berdua ni nnt? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Balai polis pun diorang ni tak tahu..

      Delete
  7. Hahaha..
    Bosan tahap serious dah tu sampai nak panggil2 polis bagai.
    Cuti Nuzul Quran ke Aisy?. Kami kat johor tak cuti arini.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha.. kami cuti sempena nuzul Quran hari ni..johor dah ambil cuti 1 ramadan kan.. adil lah tu..

      Delete
  8. kelakar 2 ahmad ni..

    ReplyDelete
  9. hihi..camner bleh terpikir smpai kesitu lak bebudak ni AN?ocay..!!

    ReplyDelete
  10. comelnya sembang budak 2 orang tu..

    ReplyDelete
  11. hahaahah siap panggil polis tangkap mama tu.... tu lee aisy semalam mmg ramai org kat mall...ramai yg amik kesempatan cuti2 ni pi soping raya...termasuk laa lieya hahahaaah.. tapi tak ramai sgt leee..masih boleh soping laaa....carikan handbag utk mak lieya...kasuk tuk mak mertua.....adiah raya utk dieorg tiap2 tahun mmg takpenah lupe....mane yg termampu laaa kite bagi kan....

    ReplyDelete
  12. hahaha..pandai pulak dorang ye siap nak panggil polis tangkap mama sbb tak bawa jalan2..

    ReplyDelete
  13. Pandai ke tidak tu nak dial nombor abang polis suruh tangkap mama mereka? Hehehe ... Anak-anak sekarang memang comel-comel belaka keletah mereka. Kalau kita dulu, nak bergurau senda dengan makpak memang seriau takut :) Nasib baik plan mereka tergendala. Kalau betul terjadi, siapa yang susah? Naim dan Nazif ler yang susahkan ....

    ReplyDelete
  14. hehehe.. nk jd polis pulak ye 2 ahmad ni. comel je

    ReplyDelete
  15. hihi..
    so sweet dua beradik ni..

    ReplyDelete
  16. haha comel sungguh agneda budak berdua ni..kelakar pula bila berpakat nak hantar mama ke pak polisi..takde mama nti mau nangis tak berlagu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1