Ubah suai ikut keadaan semasa.

Assalamualaikum semua.
Ikutkan hati terasa tak ada idea nak menulis ni. Tapi memikirkan para silent readers blog suam-suam kuku ni, mehla tulis sesuatu. Moga silent readers yang nak belajar tu dapat motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh dan yang sedang nak pam susu tu moga penuhla botol korang sesambil baca entry saya hari ni. Haha, kemain ya intro padahal para silent readers yang saya tahu ni bukan ramai pun, kawan-kawan dan juga anak-anak buah saya je pun. Poyo kan? Haha, asalkan ada seorang yang baca pun dah rasa gembira sangat tau!!

Eh, alang-alang teringat pasal pembaca ni, rasanya saya kena tambahkan entry pasal tajuk dalam buku teks BM ni. Bukan apa sebenarnya, sejak beberapa minggu lalu saya dapati ramai pembaca buka tajuk ini dan ini. Bila saya periksa, rupanya ada satu blog akademik yang dah meletakkan link notanya ke blog saya ni. Mulanya saya macam rasa tak puas hati, macam orang curi hasil kerja kita pulak rasanya. Contoh soalan yang ada tu, semua soalan yang saya fikir sendiri, maklumla konsep KBAT sekarang. Mana boleh hafal soalan atau jawapan daripada mana-mana buku, sebab soalannya pasti pelbagai dan menguji fikiran anak-anak kita. Tapi, lepas tu saya ingat balik tujuan menulis, jadi tak apalah macam tu pun. Anggap je macam salah satu cara untuk menyebarkan ilmu yang ada. Kalau harapkan dari blog saya semata-mata mungkin tak ramai murid yang dapat manfaatnya. Kalau dengan ada link dari blog akademik macam tu, pasti lebih ramai lagi yang mendapat manfaatnya.. insyaAllah.

Eh, lama sangat pula menyimpangnya. Kalau ikutkan tajuk asal tadi saya nak bercerita pasal diet. Hush.. kena diet ke tidak dah menjadi satu tanda soal besar ni. Berat saya sehingga minggu mula SPM tahun lepas dalam 46kg. Minggu lepas dah 49++kgnya. Sudah tentulah tak banyak naiknya, tapi risaula juga eh.. yang kenaikan 2kg terakhir ni dalam masa dua minggu terakhir ni je. Itupun dua minggu lepas saya dah mula sebut-sebut nak diet, makan pun dah berkira kononnya. Tapi keciwa kawe weh, seminggu kawe makan nasi kurang, berat kawe naik juga. Nak kata penimbang tu dah tak betul, tapi insan-insan kesayangan di sisi beratnya ok aje. Naim kekal 16kg, adik pula masih lagi 11.6kg. Papa N pula turun 1 kg sebab bini kurang masak nasi malam. Huhu, tak ke rasa terbako gitu?? Haha, korang gelak la tu ya? Tak pe tak pe..

Apa apa pun, minggu ni saya teruskan lagi jaga pemakanan, kuantiti nasi dikurangkan untuk satu kali je sehari. Selain tu, banyak minum air kosong walaupun kantin sekolah sekarang dah sedap menunya, saya takkan terpedaya nak makan waffle, pau atau makanan goreng yang nampak menyelerakan tu lagi. Kita bagi peluang berat ni turun ye,kena fikir positif.

Kalau hujung minggu ni masih lagi bertambah kg timbangnya, rasanya kena ikut hastag anak buah saya la pulak.. minah bujang ni, makannya sedap aje, almaklumla orang bujang lagi.. boleh je makan macam-macam sebab orang muda metabolisme tinggi. Hastag dia selalu pakai kalau ditanya makan banyak tu ialah #takutkurus ... haha.. jangan sampai aunty ni pun pakai hastag yang sama!!

Tengokla antara menu mek sorang ni....best an?

Comments

  1. ohh itu semua makanan di kedai, mmg la nampak sedap..

    eh klu AN nak slim, banyakkan lemon ke, limau kasturi ke, boleh pecahkan lemak2 'jahat'..[kot]
    takpun ikut kevin zahri ke, cabaran #jomkurus1malaysia
    'carasihatuntukkurus' hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. 3 tahun kantin xbest..tetiba kantin baru ni best, tu yang jakun asyik nak melawat kantin je..

      Tulah, ada juga fikir yg kena lebihkan exercise, sb kalau tgk makan tu takla setiap hari makan byk benda mewah lemak dan kalorinya, cuma kurang exercise yg buat naik berat ni.. hihi..alasan pujuk diri..

      Delete
  2. Replies
    1. Ceh.. u takpe la muda lagi.. cer tambah umo mcm aunty ni, takde dh hastag gitu.. susah hati weh.. kang jadi badan mcm mokngoh r mokbi pulok.. huhu..

      Delete
  3. Apalah AN ni... 49kg dah gigil-gigil kepala lutut takut gemuk? Memang patut pun guna hastag anak buah tu #takutkurus ^_^ Melampau weyh :)

    Saya pun dah tak makan malam di rumah. HD tak mahu makan. Abang pun tak mahu makan malam. Sebab itulah saya bertukar arah memasak di pagi hari. Ada juga kebaikan rupanya walaupun letih weyh nak bangun pepagi memasak. Tidur tarik selimut lagi sedap rasanya!

    Kalaulah AN ni mengajar di sekolah rendah, memang saya minta personal request sebagai sahabat alam mayalah, usulkan banyak entri tentang subjek yang diajar. Dapat peluang kita makpak yang katanya sukatan pelajaran yang kita belajar dulu-dulu dah tak bernilai lagi ikut sistem sekarang!

    Lebih eloklah kalau orang guna blog kita sebagai rujukan beritahu kita. Walaupun niatnya untuk berkongsi ilmu, sekurang-kurangnya kenalah berbudi bahasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itulah maksud sy.. kalau ada 1 mesej kata sssuatu yg link ke blog ni pun dh ok kan? Tapi xpela, dah niat nk sebarkan, kira jela.. lagipun dia tak copy tp dia link ke blog saya.. kira ok tu.

      Kalau MD kata nk tahu pasal silibus sekarang ni, rasanya boleh suarakan kpd guru, sebab saya dapati sekolah area USJ ni dah ramai buat mcm tu tau.. kumpulkan parents dan ajar parents apa yg anak mereka belajr di sekolah, dlm setengah jam 1 subjek.. benda ni buat bwh program SARANA IBU BAPA, SARANA GURU..

      Haha.. gigil weh.. naik demi naik ni.. kot nati angka 5 depan.. kang lepas ni tak bergetah dh wei.. haha..

      Delete
    2. Saya sendiri pening tengok sistem pembelajaran sekolah sekarang ni. Dek kerana risaukan anak memandangkan saya tak boleh baca Mandarin, saya sanggup beli bukukerja untuk sekolah SK supaya sekurang-kurangnya saya tau apa syllabus yang mereka belajar. Buku Sejarah pun dalam bahasa Cina, peninglah akak nak mengajarnya! Hahaha...

      Kalau takut getah longgar mahu pun putus, apa kata pakai kain guna yang berziplah. Tak payah bergetah-getah bagai. Hahaha!

      Delete
  4. Yeayyyyy sama ngn saya, makan apa yg disukai sbb xmo kurus.. biarlah berisi sikit...

    ReplyDelete
  5. Bunda masa muda2 dulu dalam 45 - 47 kg... sekarang dah 50 - 54 kg..

    ReplyDelete
  6. Tak cecah 50 kg tu selim la AN. Tinggi awak brp?

    LM ni 158 cm. berat 56 kg dah rasa mcm berat sgt. Nk turun lima kilo rasa cam mustahil utk ibu fully bf cam saya yg asik mkn mkn dan mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM tinggi tu..saya xsampai 150cm pun..tu yg risau kalau berat lebih 50

      Delete
  7. Nak turun berat badan perlu cekal dan berdisplin. Kalau tidak melantun berat badan.

    ReplyDelete
  8. Hashtag tu sesuai utk I.. Aisy. Hihi.. Tp kdg2 tengok jenis baju.. ada baju yg buat I nampak terlampau kurus, ada baju yg sebaliknya.. Tp timbang tetap tak berganjak.. 46kg.. tu la yg peliknya tu.

    ReplyDelete
  9. enjoy yr life dear. nak kurus sesangat wat pe ek..
    i love that hashtag lah..

    ReplyDelete
  10. Wah tahniah yer....nampaknya semakin meluas empayar tu

    Laaaa....dah kurus cenggitu pun nak kurus lagi ke???? Tak payahlah....kang kurus sangat, risau Papa N, mak pun risau, sebab jeles hihi....

    AN berat tu zaman mak anak dara tau, tu pun sekali jer cecah 49kg, selebih 53kg.....kalaulu tak silap. Lepas beranak pinak, mencanak canak naiknya weyh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ku terima ucapan tahniah ni dgn hati lara.. kah kah.. ni yg lg teebako ni tau.. tahu dah mak bg tahniah tu tak ikhlas ..sb jeles kan?

      Delete
  11. ehhhhhhh aisy mesti kecik molek orgnye kan...berat 46 tuu berat lieya mase anak dare tauuuu...sedey tgk time tu...bontot puntade...pakai kebaya tak lawooo...gigih telan susu weight gain...skranggg plak sibuk2 nak diet hahaahaha... ye laa kalo takdiet lehcecah 55kg berat lieya ni mule laa risau gelabah heheheeheh....alaaa lieya percaya, aisy jenis pandai kawal makan....

    ReplyDelete
  12. Knor bykkn minum air skrg ni...#takutbuncit..
    Thok pd bdn aishy tu...sedang eloklh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. ayat Knor ni lagilah menyokong #takutkurus ya. Haha.. tgkla mcm mana nanti..

      Delete
  13. kalau dia ada letak link ke blog cikgu AN
    itu bukan kategori plagiat. at least dia ada initiative bagi kredit
    kalau tiru bulat tanpa sebarang kredit tu yang hangin tak hingat
    saya penah kena satu entry dulu
    ribut google aje....habis cite

    alahi keciknya. meh saya bagi lemak saya ni
    saya banyak lemak ni. berbesar hati nak sedekah lemak ni
    nak juga jadi kurus cam cikgu AN tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga besar hati nk sedekah lemak badan ya? Haha.. xnak..

      Delete
  14. Berat zaim 11.5..ehehe...elok lah tu.alahai macam mana gemuk tu.tadi kan bdk tegur kurus.

    ReplyDelete
  15. Elok lah AN ada niat macam tu utk menyebarkan ilmu..
    Inilah ilmu yg bermanfaat yg digunakan oleh semua orang akan berkekalan pahalanya hingga keliang lahad.. InshaAllah..

    ReplyDelete
  16. hashtag takut kurus tu releven untuk AN..awak kurus sgt la..patut kena naikkan sikit berat badan tu.hehe..

    kena kenalu badan kita dulu sebelum mula plan diet.haha ye2 je sy komen

    ReplyDelete
  17. AN, no depan masih 4 ok lagi la tuh... huhuhu *jeles*

    ReplyDelete
  18. Takpelah...bila niat kita betul inshaAllah ada ganjaran yg lain..

    Ehem akk juga dah berjaya naikkan berat badan,klu tak berat tak sesuai dengan tinggi, jd kena kekalkan berat yg sekarang

    ReplyDelete
  19. Merujuk reply komen tu, mak nak gelak ni....kihkihkih....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?