Mulakan dengan senyuman

Assalamualaikum semua.
Pasti ramai yang kalut pagi ni ya? Hari persekolahan baru bermula ni macam-macam nak buat ya? Mujur juga hari ni saya rajin nak hantarkan Nazif ke sekolah, tak tahu pula sekolahnya ada pelik sikit. Belum buka secara rasmi untuk sesi persekolahan rupanya. Agak pelik bila pukul 7.30 pagi tak buka pintu lagi, tunggu punya tinggu akhirnya kul 8.18 baru boleh masuk. Kata cikgunya, Rabu baru mula kelas.. masih dalam sesi pengurusan kelas dan mesyuarat staf katanya. adoi, pelik ni.

Bila balik, saya teliti mesej lama, baru perasan yang memang cikgunya dah bagitahu kelas mula 7 Jan. Hari tu masa nak pergi umrah saya memang tak sempat baca mesej pun. Tapi pelik jugala, kenapa tak kemas dam buat mesyuarat awal-awal?

Dahla, cikgu-cikgu di sekolah Naim pula bertanya kenapa Nazif tak datang ke sana? Katanya dah suka sangat dengan Nazif, lepas seminggu ditumpangkan ke sana masa mamanya ada mesyuarat pengurusan hari tu.

Tak apala, kita mulakan dengan senyuman. Bersangka baik-baik. Moga Allah berikan semua yang baik di tahun 2016 ni. Moga persekolahan berjalan lancar untuk semua.. terutamanya utk Nazif dan Naim.. belanja gambar Nazif sekeping, dah lunyai unta tu pun masih lagi dia angkut ke sana ke sini..

Comments

  1. Unta fav tuh..sebab angkut jer pergi mana mana even dah lunyai..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni mmg mainan yg jadi fav dia.. biasanya dia tak pegang apa mainan lama2.. ini mmg kemana pun dia bw.. pernah bw mandi, jenuh nak keringkan..

      Delete
  2. Akak antara yang kalut pagi ni..pada hal bercuti hahaha adoii penangan ank sekolah.
    Oh lambat pula buka sekolah nazif ya.. Itulah sangka yang baik2 agar hari jadi lebih ceria

    ReplyDelete
  3. Lupa pula...untuk cikgu aisy..selamat memulakan tugas ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok terima kasih akak.. mcm tahu2 lak mood orang kat sini!

      Delete
  4. amboi buah tangan dari mama ke unta tu..ptot la diusung kesana kesini.comel pulak..

    owhh pelik pulak rabu baru start..takpelah lgpun cikgu dh inform..AN yg tak perasan.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, takleh salahkan cikgu sb dh inform awl2.. tapi tetap jadi satu benda pelik bg saya.. kenapa tak buat awal?

      Delete
  5. Lambat pula bukanya ye AN..
    Betul gak cakap AN tu..
    Mengapa tak diuruskan masa cuti sekolah tu..
    Bersabar je lah AN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenala redho jela. Saya plan utk esok nak htr kul 11 je, sekali saya kluar pegi kerja.. takla htr awl2 mcm tadi

      Delete
  6. pagi2 kalut..anak balik sekolah pun kalut lagi sebab nak ke sekolah petang pulak...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Yang tu saya tak rasa lagi.. tadi kawan kalut sb anaknya transit kat sek, kecoh nak uruskan anak ke sek agama pulak..

      Delete
  7. Saya pun tumpang kalut juga walaupun anak dua aje. Maklumlah first time katanya kena prepare dua bekal untuk anak-anak. Si kecil masuk tadika buat kali pertama, memang havoclah Mommynya. Anak buat hal tak sampai lima minit pun ...

    Untunglah Nazif lambat start belajar! Best apa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalut ye sb si adik pula mula sekolah tahun ni.. ala, mommy dia tu si abang dh darjah 4 pun mmg abang baru darjah 1..apa lagi si adik baru masuk sek.. semua tahu

      Delete
  8. Unta ole2 Mekah kan tu Aisy?. Teringat masa Ain kecik..Abah dia belikan 1, bila on button ada lagu ala2 nyanyian Waheeda (lagu Arab). Mmg comel pun.. patut la bebudak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. dulu2 sampai skrg unta ni jd ole kalau ke sana .. huhu..

      Delete
  9. Sapalah tak geram dan rindu dgn budak comel mcm Nazef tu....

    Betullah...patutnya nak bermeeting pun buatlah sebelum tahun baru. Ni budak budak dah start nak sekolah time tu pulak nak meeting huhu....

    Cikgu bercuti kot AN masa tu....ke semua cikgu baru kottt... Yelah, sangkabaik jerlah hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?