Tetiba suka Qu Puteh

Assalamualaikum semua...
Semoga ceria, sihat dan selamat semuanya di pagi Isnin yang berkat ini. Pastikan korang minum air dengan banyak ya, dah masuk musim panas ni!

Ok, sebagaimana tajuk, hari ni saya nak tulis pasal Datuk Seri Vida. Huhuhu.. satu masa dulu cukup saya tak berkenan pasal trademark muah muah muah Datuk Seri Dr Vida ni. Terasa macam peniaga yang saja nak cari glamer je. Tapi, sejak heboh isu penajaan TRW ni, tetiba pendangan saya terhadap Datuk Seri Hasmiza Othman ni berubah. Huh.. betul kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Asalnya saya mencari maklumat pasal penajaan pasukan TRW. Setelah mengkaji pasal Datuk Seri Vida ni barulah saya berubah fikiran. Bukan saya minat sangat kepada bola sepak atau pasukan TRW sebenarnya. Semangat kenegerian tu memang ada, cuma saya takla fanatik sangat. Tercetusnya minat ni bila rasa kelainan memikirkan peniaga kosmetik nak menaja pasukan bola sepak dengan syarat pun agak luar biasa tu. Tak kisahla apa pandangan orang lain, bagi saya agak menarik visi yang ada pada pengasas Pamoga ni. 

Stadium bola sepak Kelantan lepas ni akan berwarna merah jambu tu!!! Ha, ko hade? 
Haha.. kita tunggu dan lihat macam mana nanti keadaannya ya. 


Kebelakangan ni macam-macam versi lawak berkenaan dengan Datuk Seri Vida ni. Terhibur pulak kalau baca ni, kan? Lawak lawak juga kan? Nampaknya niat Datuk Seri Vida ni memang mendapat perhatian ramai. 

Apapun ragam Datuk Seri Vida ni, rasanya kagum dengan beliau makin bercambah. Patutla bisnesnya berjaya, hartanya banyak sekali, amalannya juga banyak.  
Solat dhuha dan solat hajat tak tinggal setiap hari. Patutla murah rezeki. Allah memang akan perkenankan doa hamba-Nya yang meminta dengan ikhlas. Setakat taja RM 17 juta pasukan TRW tu tak hairanla.. Rumah dia aje ada 17 buah di sekitar Ipoh, dan paling kagum sebagaimana  yang ditunjukkan dalam rancangan temubual oleh Pak Nil, Datuk Seri Vida ni sedang menyiapkan sebuah rumah yang baharu yang bernilai RM 22 juta! Ha, kagum ko..kereta pula ada 20 buah.. huhu pengsan!

Jadi, kita ambil yang positif. Nak ambil kekayaannya pastilah tak boleh. Rezeki Allah dah tetapkan sebagaimana yag sepatutnya. Tapi, kita ambil buat amalan supaya amalkan solat dhuha, solat hajat dan gigih berusaha setiap hari. Amalan yang wajib apa lagi kena pastikan sempuran buatnya!! Juga kurangkan atau jangan mengeluh susah dan terus berusaha capai apa sahaja yang dihajati. Juga, jangan kedekut untuk bersedekah dan berkongsi apa yang kita ada. 

Selamat berjaya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman a.k.a Datuk Seri Vida..

Comments

  1. Eleh, cakap ajelah peminat setia TRW! Kita tak ketawakan punya ^_^ Samalah kita AN. Mulanya naik meluat dengan reaksi Dato Vida ni bila menaja siaran tapi bila lebih mendalami biodatanya, nampak sangat dia ni memang seorang yang bersemangat waja. Anak saya Bubbly Abang pun tau dia ni. Dua malam lepas Bubbly Abang beritahu saya dia tengah google pasal kereta Lamborghini tetiba keluar cerita Dato Vida ada Lamborghini Aventado dan ferrari ke apa kata si Abang! Duh, terkesima Mommy mendengar kereta ada 20 buah! Rumah pun masyaAllah, besarnya alahai... berpadananlah dengan nilai hartanahnya ya tak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Minat TRW gitu2 jela.. saja buat modal gaduh manja bila TRW kalahkan Perak.. huhu..

      Wah.. bagusnya Abang, dah tahu pasal Dr Vida ni.. pandai dia search pasal kereta mahal.. tu yg ada jumpa info kereta Dr Vida ,kereta lambourghini tempah khas tu ya..

      Memang nampak mewah betul kan..

      Delete
  2. Itu cara dia..kn..mcm2
    Kdg letih pun ada juga..

    Murah rezeki dia..rajin kerja,rajinn ibadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. kita contohi bab tu jugala, mana tahu tuah manusia ni.. kan?

      Delete
  3. Umat Islam digalakkan utk jadi kaya beginilah yg terbaik Aisy.
    Kita ni nak sumbang 200/- pun berkira.
    Kalau semua umat Islam yug kaaya beringat begini ramai yg dpt dibantu.

    Syyy.... kakak nak bisik ni hihi...
    (Sultan kakak pun derma RM50 juta utk pasukan bola kami tau).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tu lagi hebat tu.. berganda amount nya tu.. hebatla pasukan JDT nanti!!

      Setuju dgn kata Kzakie.. kita ni kadang kala berkira nk sedekah banyak kali atau amaun besar. Moga sentuhan Datuk Seri Vida ni membuka mata lebih ramai orang utk ikut menyumbang mcm beliau..

      Delete
  4. Kagum dengan beliau, moga bertambah murah rezekinya.

    Gomo kelate gomo, xpe pink pun,akak suka pink... Sokong sokmo pah bilo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha peminat pink nampaknya.. ini macam kena pergi ke stadium kafa baru lepas ni tau.. saya pun teruja gak nak masuk ke stadium berwajah baru ni. Bolehla try masuk stadium nanti.

      Delete
  5. Seingat saya masa memula nmpk dia dulu dia guna emas kuning. Mmg besar2 buah2 kat gelang dia sampai bergegar.

    Dari situ saya minat nk tgk dia. Nk tgk gelang dia sbnrnya nya.. Rasa bangga ada melayu sekaya dia. Makin lama emas kuning bertukar warna lain, main besar dan besar dan akhirnya smpi ada crown. Wahh hebat.

    Hihi suami selalu gak kurang senang bla muah muah tu. tp sy selalu ckp.. Dia sgt kaya. Dia cikgu je dulu. Brg niaga letak dlm almari je.. Pernah brg yg dijual tak laku.. Last2 turun padang jual produk sendiri, promosikan sendiri. Berhenti kerja, di duga anak meninggal.. Bla bla bla., kalau kita sekuat dia ke semangat kita? Ecehh sy selalu bebel gitu. Sbb tu bila keluar yg pak nil tu sy dgr sendiri suami ckp dia ada 17 rumah sewa kat ipoh, ada brp kerata, ada bla bla bla.. Dia yg cerita kat saya pulak.

    Sekurang2 nys sy bangga melayu kita ada yg berjaya mcm dia. Sedangkan dia bkn dh sedia ada jd ank org kaya kan?

    Cantik tu stadium pink. Klu g sana nnt wajib sy ambik gmbr sbb sy kan fanatik pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. akhirnya jumpa orang yg dah lama jadi peminat DS Vida ni!! Kagumla LM.. geng mama aryanla ni ye, peminat pink.. bolehla korang konvoi ke stadium KAFA nanti..

      Delete
  6. tu la, dulu2, pelik gak la qu puteh qu puteh tu..
    tp sbb dgn gaya tu la, dia boleh maju..
    org berniaga mmg kena luar biasa.. klu biasa2, tak dapat perhatian la kan...
    mcm Datuk Aliff terlajak laris jgk..

    semoga semua yang berbisnes terus maju, dan bersaing secara sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. lega juga tgk kekayaan 3 usahawan kosmetik ni,;sekurang2nya ada jutawan melayu yang berjaya dan nampak menguasai bidang masing2.. takla kaum lain je menguasai kekayaan di Malaysia ni..

      Delete
  7. apa-apa pon, cara dia berusaha utk bjaya bgus.. blh diambil cth.. muaah..muah tu trademark atau identiti utk lariskan produk dia..

    hehe... cipta sejarahlah TRW nanti... kaler pink pom ok je.. y penting pada padang dia nak main tu selesa..manatahu nnti dato vida bgi stadium ni sgt2 selesa..

    ReplyDelete
  8. yg pasti bangga dgn dato vida sebab anak melayu yg berjaya..... berbakti balik kat negeri tempat lahir die.....ramai ckp quteh tu berkesan..mcm gatal2 tgn gak nak try gak....hahhaahahaha

    ReplyDelete
  9. Lately ni nama dia mmg tgh ngetop sampai ke Aussie. Kitorang yg mengetopkannya.. hihi.. sbb ank beranak suka bercerita tentang sikap gigihnya (tang ibadat and so on) dan tak kalis cemuhan. Sesuatu yg boleh kita teladani utk Berjaya.

    ReplyDelete
  10. tengah meletop Dato Vida skarang. byk benda positif yang kita blh blaja diri dia. kagum . mcm gini baru lagi semangat nak sokong TRW. confirm kena beli kalau baju tukar warna pink nanti.haha

    ReplyDelete
  11. bagus kan strategi marketing dia, best

    ReplyDelete
  12. Yelah kan , mak pun kagum dengan dia ni AN. Memanglah kekadang penampilan dia tu agak keterlaluan tp kelainan tulah yg buat dia cepat terkenal sebenarnya.

    Dahlah kaya....so cakaplah apa pun kat dia, ada dia kisah, yg penting harta banyak, kaya raya bak sedekah pun senang....

    Adoiii....bestnya kalau kaya hoho...

    ReplyDelete
  13. saya tak nafikan saya kagum dengan kejayaan dia dalam bidang perniagaan
    bukan sikit yang dia perlu cagarkan untuk berjaya seperti hari ini
    cuma sebagai salah seorang peminat bola sepak, saya agak kecewa dengan tindakan dia
    especially bila dia tak boleh bezakan antara ownership dan sponsorship
    maka jadilah apa yang boleh dilihat pada TRW hari ini

    dia harus ingat setiap pasukan ada jatidiri...
    tapi yelah, duit boleh beli semuanya! apatah lagi jatidiri pasukan

    ReplyDelete
  14. biasalah manusia kan kadang suka menduga n tak suka org tanpa sebab..amik dr sudut positif je..amalan..kejayaan beliau..meman kagum la tgok aznil temubual n tgok segala kekayaan yg beliau ada..kita nk kaya macam dia smp mati kot tak dapat..amik semangat dia dah cukup.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?