Kasut pun hilang ka?

Ai, dua hari sekolah bermula, dua kali kes hilang kasut kat sekolah saya. Kesnya sama je, masa murid Islam ke surau untuk solat, bila keluar tengok kasut dah tak ada. Huh.. mulala mak anak belum masuk sekolah rendah ni risau nasib anak sendiri nanti. Dahla di tadika yang rakan sekelas baru 16 orang, keseluruhan di tadika yang sama tak lebih 80 orang pun pernah Naim hilang uniform, spender dan baju. Inikan pula di sekolah rendah dan menengah yang muridnya beribu-ribu ni.

Kesian budaknya, terpaksa ronda satu sekolah minta murid lain tunjukkan kasut takut tersalah pakai kasutnya. Kedua-dua kes pun tak jumpa kasutnya. Entahla misteri kasut hilang ni macam mana.

Mak-mak kat luar sana tu, apa buat ya? Kena label kasut anak ke? Tapi kalau kes kehilangan ni tak kirala kita label macam mana pun akan tetap tak jumpa juga kalau dah hilang kan? Agak mustahil orang akan tersalah pakai kasut kita, kan?

Ada ke pengalaman yang sama berlaku pada korang atau anak korang?

Comments

  1. Hehe, kalau kes macam ni ibu bapa kena label lah kasut anak2..kdg2 murid2 ni gopoh ikut suka je pakai kasut tak tau tu kasut org lain..Tapi pernah juga ada kes kat sekolah yang murid lain mencuri kasut..murid yang hilang kasut buat aduan jadi cikgu2 ni bagilah kebenaran ronda setiap kelas g tgk kot2 ada yg pakai kasut dia..dah tu jumpa seorang bdk miskin yang amik..rasa nak marah sbb dia mencuri tapi bila tgk kasut lama dia jd lemah hati nak marah..turn out kita kena nasihat yg perbuatan dia tu salah and sebenarnya bole minta bantuan pihak sekolah untuk murid2 yg miskin tegar..hehe sekadar berkongsi untuk semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastila kes kecurian ke salah pakai ni.. moga tak berlarutan la kes gini..

      Delete
  2. hmm susah jgk macam kes macam nih..macam akak cakaplah..harap harap x berlarutan..kalau asyik jadi memang jenuhlah nak beli kasut baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. jenuh beli kasut baru tu masalah parents.. masalah cikgu la kalau berlarutan, jenuh nak dgr komplen.. area ni parentsnya elit, tak kena deal pegawai kpm turun terus..

      Delete
  3. kikiki. kasut la paling senang tertukar. rasanya la kan. dah namanya budak. Kalau pakai, rasanya tak silap. Tapi kalau bawa balik dalam beg/plastik. Plastik pula lebih kurang sama. kikiki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau kat sekolah kami, pernah jd kes mcm ni sekali dua je, dah lama xdgr.. yg kali ni entahla..

      Delete
  4. Setakat ni, Irfan la yg ada beberapa kali tersalah pakai kasut... Tapi esoknya bila ke sekolah, dia tukar semula dgn kawannya yang tertukar tu... Biasanya time solat la mereka akan tertukar kasut ni...
    Yg saya heran, boleh pula dia tak sedar yang dia dah pakai kasut org lain (or org lain yg pakai kasut dia...) Budak lelaki kot, ambil mudah jer time nak pakai kasut... Aisyah tak pernah pula hilang atau tertukar barang2 kat sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tu mmg kita rasa hairan mcm mana leh pakai kasut org lain ya.. agaknya sb kasut baru kot, blm biasa jd kurang rasa kepunyaan tu.. jd pakai apa2 pun mcm sama.. kot..huhu

      Delete
  5. Haih awal2 thun mmg mcm ni..kn..
    Tandalh kasut tu...kasut dhlh mahai,, hihi

    ReplyDelete
  6. susah gak nak agak ek, tersalah amek kasut org ke, atau mmg nak amek kasut org??

    tgok dulu2, adik yg sek ren agama, lelaki, kasut2 budak laki, semua ada tulis nama, kt tapak sblh dalam, n kt bahagian belakang kaki tu, tulis pulak dgn marker...haa

    ReplyDelete
  7. Dulu masa anak mula mula sekolah rendah mmg risau AN....siap tulis nama kat kasut. Tp kalau sekolah menengah pun hilang tak taulah camne gayanya tu. Kalau kat hostel tu mmg tak hairanlah....

    Ada budak sorok kot AN....dengan niat main main..

    ReplyDelete
  8. alahai kesian juga tu, abis pakai kasut apa tu sepanjang hari bila kasutnya dah hilang? akak memang tulis nama anak pada kasut tu..hehehe, biasalah mak ni risaunya lebih2

    ReplyDelete
  9. Saya ni semua pun saya labelkan. Tapi kalau dah nak hilang, hilang jugalah. Bubbly Abang pun pernah terkena sekali. Keluar dari kelas agama tengok kasutnya dah takda tapi adalah sepasang kasut yang tinggal. Nasib baik sama saiz dan muat dipakainya. Sampailah ni tak jumpa siapa yang tersalah pakai kasut tu. Anak saya pulak bila kasut tu bukan dia punya, mulalah tak mahu pakai lagi!

    ReplyDelete
  10. label kan kasut mcm anak sy ditadika. comfirm x ilang. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Biasanya sy tulis nama kat kasut ank. Err tahun ni tak tulis pun. Huhu

    ReplyDelete
  12. ni kes aniaya or tsilap ambik??klo tersilap ambk..msti ada lebihan kasut tu kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?