Jangan minta suami masak kalau tengah lapar

Kalau korang tengah lapar, apa korang buat? Mungkin pilihannya masak cepat-cepat, keluar makan atau minta orang lain cepat masak sesuatu. Kejadian masa hampir tengah hari di hari pertama tahun baru 2016, rasa lapar tapi malas memasak, saya melawak suruh Chef Papa masak nasi ayam. Selalunya nasi ayam air tangan Chef Papa memang semua suka makan.

Tengah lapar punya kejadian, terfikir nak ngap je dengan segera. Terlupa pula chef yang sorang ni kena ada barang cukup lengkap dulu baru dia akan masak. Bila chef tengok barang, dia keluar cari barang dulu. Masa tu saya dah mula susah hati, dah jangka akan lewat makan.. perut dah mula berkeroncong pada masa tu sebenarnya. Apa lagi, bukalah peti sejuk, ngap apa yang ada. Kejap ambil kurma, kejap lagi ambil kismis, lepas tu ambil buah epal pula.

Tunggu punya tunggu chef tak balik juga. Adoi.. akhirnya, chef balik dengan kalutnya segera tukar baju untuk keluar semula untuk solat jumaat. Maka, meh la anak-anak kita pergi makan kat luar sajalah. Semua dah lapar masa tu. Terutamanya mama, bila difikir-fikir, rupanya dah hampir dua hari tak makan nasi. Patutla perut ni rasa lapar sangat. Semalam seharian makan menu selain nasi. Tengok badan takla jadi kering lagi, tapi laparnya menjadi-jadi. Huhu.

Gambar bukti kelaparan si kecil. Habis dia makan ayam seketul dan fries yang biasanya takkan habis. Bukti kelaparan mama pula, takleh fikir sangat bila dah lapar sampaikan buka pintu dengan tangan ada pegang dua cawan air, habis tumpah kedua-dua air tu sebelum sempat sedut setitik pun. 
Alhamdulillah, masih lahi rezeki kami, staf yang berdekatan segera gantikan air tanpa minta bayaran, dan yang lagi mengejutkan staf muda ni kenal saya. Hihu.. salah seorang calon SPM di sekolah yang saya jaga peperiksaan hari tu rupanya. Dia cam muka saya.. 


Moral kejadian;.
Salah sebenar ialah diri sendiri. Jangan kita nak mengaitkan orang lain dengan perkara yang berlaku ke atas kita... bersihkan hati diri dan minda kita.. 


Comments

  1. Ok juga tu ada usaha papa N nak memasak. Lapar betul nazif ya..

    Kalau en.azmi memang bungkus saja makanan bawa balik rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg request papa masak nasi ayam kak.. sb nasi ayamnya sedap.. ingatkan mitak kul 11 akan dpt makan sblm waktu solat jumaat, xsangka lama dia ke beli barang, pergi jauh rupanya..

      Delete
  2. Kalo lapar mmg tkleh nk pikir dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. agaknya mmg xleh lapar td.. patutnya letak dulu air sblm buka pintu, tak la tertumpah airnga tu.. buat malu je tadi ...

      Delete
  3. Klu ada rezeki tk kmba tu..ada hikmahnya...sendawa kfclh lps tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. waktu solat jumaat td kedai r restoren biasa semua tutup yg berdekatan rumah, jadi pilihan cuma kfc dan pizza je.. malas nk pergi jauh2 dengan dua anak kecil ni...

      Hikmah nk makan nasi ayam utk makan malam kot.. beriya budak berdua ni makan td.. nazif terutamanya, 2 kali tambah nasi ayam papanya tu

      Delete
  4. nasib baik dia tak bising bila erg tak cukup.. kalau akak sure HB bising. baik masak sendiri. or order je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. suami saya ni tak selalu masak.. jadi kalau cuti mcm ni mitak dia masak, dia ok je.

      Delete
  5. Mujur x bad mood kan.. ye la, perut tgh lapar..
    Ada hikmahnya lunch xdpt nasi ayam.. bila en suami masak dgn tenang, br dpt menikmati nasi ayam air tu.. hehe..

    ReplyDelete
  6. I pun pernah terkebulur.. Aisy. Sebab gi keja tertinggal bekal. Dah la susah nak dpt makanan halal area tu.. last2 seluk beg.. ada sebungkus Oreo. Dpt la menampung sampai ke ptg.. diselang seli dgn meneguk byk air. Betul2 pengalaman paling tragis 2015.. enggan mengulangi lg. Hahaha..

    ReplyDelete
  7. lieya kalo gini mmg cari megi laaa...2minit cepat di masak hahaahahaha...ye laa kalo lapoo takleh biarkan nanti mauu gigil 1 badan...mule le naik angin kang hahahaah...1 umah leh kene amukan ablasa hahaahahahaah

    ReplyDelete
  8. baguslah chef papa pandai masak..cuma org lelaki ni faham sajalah klu nk cepat baik masak sendiri.tp usaha tu patutlah dipuji.hehe..

    makan kfc ye..biasalah budak2 setakat adengan tumpah air perkara biasa..tp untunglah dpt air ganti foc

    ReplyDelete
  9. Kalau okje tu AN, mmg makan luar jerlah jawabnya....takde istilah Chef Papa kat sini hihi.... Chef Kedai adalah hihi...

    Menggigil tangan tu kot, maklumlah lapar, 2 hari tak jumpa nasi .....

    ReplyDelete
  10. Adakalanya HD rajin juga melayan kelaparan saya. Saya suka jugalah kalau HD masak pilaf atau kentang bergoreng dengan daging caranya. So, bila teringin cakap aje mulalah suami tolong buatkan. Itu pun kalau mood rajinnya datanglah.

    Kalau sayalah, bila tak tahan lapar, saya bantai makan apa aje ada. Kalau teringin sangat nasi, saya sanggup tanak nasi lepas tu makan dengan telur goreng dan ikan bilis goreng. Jadilah buat melepaskan kepingin nasi masa tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?