Sahut cabaran buat kerja lebih daripada 1

Assalamualaikum semua.
Dah sampai hari Sabtu rupanya? Haha, kemain sibuk seminggu pertama mula kerja ni tak sempat nak rasa Monday blues nampaknya. Haha, itu saya, insan lemah yang sentiasa rasa masa mencemburui dan komitmen untuk tugas hakiki pun rasa tak berapa nak sempurna buatnya.

Kagum saya dengan rakan-rakan yang cekal dan bersemangat tinggi. Dengan kesibukan kerja, diorang ada anak kecil beberapa orang nak diuruskan, suami lagi nak dilayan, rumah nak kemas, sempat lagi diorang ni melakukan kerja sampingan seperti mengajar tuisyen, berniaga produk kesihatan, meniaga roti atau kek, dan ada juga yang ambil upah menjahit baju!! Apa yang saya ceritakan ni, kisah rakan-rakan yang berjaya menguruskan kehidupan mereka dengan baik la.. janganla pula berfikiran negatif kata diorang kat sekolah tak ajar anak orang betul-betul. Kalau nak tahu, insan yang saya sebut buat kerja sampingan ni, kebanyakannya penerima anugerah cemerlang tau! Kagum weh.. saya dengan ada dua Ahmad ni, rasanya kerja hakiki yang memang 3(guru, isteri, ibu) dah semput dibuatnya.

Diri sendiri tak sedia nak buat kerja sampingan buat masa ni, saya tumpang gembiralah bila kawan-kawan dapat bahagikan masa dengan baik untuk semua yang dibuatnya. Tolong promote pun jadilah.. tolong saudara sesama Islam.

 MEMOREEN JUICE

Kalau berminat, silakan hubungi Nisa

Comments

  1. Bagusnya dorang yg punya semangat macam tu, semoga terus cemerlang. Akak ni memang tak sangguplah buat masa ni.

    Betul tu tolong promotekan utk kawan2 pun ok juga, membantu merekakan

    ReplyDelete
  2. Kena kuat...kerja keras,
    Tolong promote pun berpahala tau...

    Bguss..

    ReplyDelete
  3. Semangat kental mereka ni kan AN..
    Alhamdulillah tolong promote utk kekawan pun satu kebaikan tu AN.

    ReplyDelete
  4. semoga murah rezeki mereka ni.. promote pun dpt pahala juga.

    ReplyDelete
  5. Nak kena cekalkan AN kalau kita mak-mak bekerjaya ni nak multitasking sambil menambah pendapatan keluarga. Saya pun adakalanya rasa tercungap juga walaupun anak dua aje, dan banyak sebenarnya masa yang terbuang begitu sahaja (kalau tak, tak akan boleh tengok drama korea tiap malam sampai beratus episod, 2 jam semalam tu ^_^)

    Teringin juga nak belajar berniaga tapi entahlah tak tahu nak mula kat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. agaknya kita ni sesuai jadi mak dan bini org je kot.. cita2 nk niaga tu sentiasa ada tp jalan nk mula sampai ke sudah tak jumpa2.. huhu

      Delete
  6. AN blh berniaga makanan mcm kat karnival sek dulu.

    Ambik order dua hari sebelum.pastu ambik 1/2 dari bayaran. Mesti laku punyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak yakin saya.. tak yakin dgn kerajinan sendiri.. kang ramai tempah, penat la saya nk masak nanti ! Huhu.. belum niaga dah berangan.. sudah ....

      Delete
  7. yelah..taraf hidup sekarang ..utk tmbh pndapatan kna buat kerja smpingan...

    ReplyDelete
  8. nik pun kagum dengan ibu2 bekerjaya ni.lagi2 yang ada anak2. nik ni kerja hakiki dan kerja rumah ni pun rasa semput nak buat.haha

    ReplyDelete
  9. Hihi...yg ada satu jawatan je ni pun tak boleh pakai haha.... memanjang malas, camne tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1