Jagalah hatinya sementara masih ada masa

Assalamualaikum semua.
Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga ceria hari korang.

Saya tengok antara carian di blog saya ni ialah bagaimana nak menjaga hati orang.  Ya juga kan? Memang kita kena fikir fikirkan hal ni. Kita ni hidup bermasyarakat, bukan kera sumbang yang hidup dalam gua atau dalam hutan Royal Belum tu. Jadi, apa sahaja yang kita buat kenala sesuai dengan persekitaran dan agama kita ni. Jangan nak melebih atau berkurang sangat, memang akan nampak pelik nanti. Sudahnya kita juga yang akan susah nak buat urusan harian nanti.

Kalau bab hubungan keluarga ni, mudah ceritanya kita jagalah hati insan-insan yang ada di samping kita ni sementara masih ada masa.. manalah tahu esok lusa dah keadaan tak macam sekarang. Mungkin kita yang akan lebih dahulu meninggalkan mereka, dan mungkin juga mereka yang terlebih dahulu akan tinggalkan kita. Kuasa Allah semuanya, rahsia Maha Besar takkan kita tahu bila dan siapa. Jangan sampai esok dah tiba masanya kita menyesal merintih mengeluh sedih pula.

Ha.. Pa, tengok abah, sekali sekala mak tinggal, nampak sedih je kan? Padahal anak cucu ada kat sisi jagakan dia sementara mak tak ada ni? Nampak sedih, kan? Jadi hargailah orang di sekelilingmu sementara masih ada masanya..

P/s; Mil ke KK jadi kami jaga PIL minggu ni.

Comments

  1. Betul tu AN, sebaik mungkin nak menjaga hati orang walaupun kadang2 hati sendiri perit.

    ReplyDelete
  2. Jagalah hati orang lain sebaik mungkin walaupun hati sendiri tak terjaga... Eceh..betul tu..jagalah hati orang sekeliling dgn baik lebih2 lagi meraka yang rapat dengan kita

    ReplyDelete
  3. Serius kata ni, AN. Adakalanya saya ni lebih menjaga hati sendiri daripada hati orang lain. Sebabnya kalau hati saya tak terjaga, saya tak boleh nak menjaga hati orang lain dengan baik. Kalau saya gembira, barulah saya boleh gembirakan orang di sekeliling saya. Saya bukan seperti lilin yang membakar diri. Ada masa-masanya saya tak sanggup dan menjadi selfish. Nak buat macamana, hati belum terdetik nak berubah. Huhuhu!

    Terpaksa mengaku ni walaupun kalau tak diberitahu takda siapa pun tahu. Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Perkara yg baik dan berkat itu ialah bila kita buat dia akan berkembang.... Menjaga hati adalah perkara yg baik, perkara yg baik kita lakukan, balasannya jugak yg baik baik.

    Tp namanya pun manusia AN....moga kita mampu membuat org gembira walaupun diri sendiri terluka ececeh.... tp mak setuju jugak dgn pendapat Kak Ton tu....sebab kekadang mak pun selfish jugak huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?