Poyo pun poyolah.....

Nak bercerita pun kena tengok juga orang yang nak mendengar tu, kan? Kalau tak nanti sia-sia je air liur kita ni.

Kalau orang tunjukkan sesuatu, contohnya macam ni.....

Tak payahlah nak kecilkan hati orang lain dengan komplen gunakan ayat yang tak baik, dan tak salah pun bagi ayat sokongan. Tak kisahlah dia poyo pun, tak rugi pun kalau tak tunjuk perangai buruk kita,kan? 

Hihi.. tak kiralah apa pun, rasa berbaloi masak penat hari tu, tidur pun cuma 2 jam demi siapkan yee mee untuk jualan di sekolah. Sama-sama membantu kumpulkan dana untuk sekolah. InsyaAllah ikhlas saya memasak tu.. 

......#####.............
Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
.....

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
......

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
.....

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.
.....

Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......

Comments

  1. Apa2 pun kita tak dpt puaskan hati manusia..yg penting niat kita kan? Apa feedback org tu x penting..kan?

    Jom jln2 ke blog akak. Salam ukhuwah dear.

    ReplyDelete
  2. terbaik...ada pahala kt sana :p

    ReplyDelete
  3. Niat dlm hati seseorang kdg2 kita tak boleh baca:)

    Wah ibu tu dh minta resepi. Tepek sekali kat blog ye AN. Nnt LM salin

    ReplyDelete
  4. Hebat sungguh saing ambo..Blh doh tu wat bisnes..hihi..bg tak resepi kt mak student tu?

    ReplyDelete
  5. Silaturrahim tersimpul dan terurai banyak cara
    Kadang dgn kebaikan yg buat org boring yg baik pun lama-lama terlerai
    Yg baru dikenali bila ada yg menarik buat semakin erat simpulannya

    ReplyDelete
  6. mesti sedap tu yee mee aisy sampai ada yang mintak resepi tu...haa boleh lah share juga kat sini kan...

    biarlah nak kata poyo pun...kita ni tak dapat nak puaskan hati semua orangkan..

    sahabat yang baik itu umpama cermin,kebaikan dan keburukan dia tunjukkan, jika cantik ditunjukkan cantik jika hodoh ditunjukkan hodoh..tidak menipu..yang cantik bukan untuk dipuji yg buruk bukan untuk dikeji, tetapi untuk diperbaiki...

    ReplyDelete
  7. Amboi, ni mesti sedap sangat sampai mak pelajar minta resepi. Kalau dah sedap dan diakui, apa kata AN kongsi resepi yee mee ni dalam blog pulak. Nak juga tau tang mana yang bestnya tu. Yalah, mana tau ada masa boleh juga cuba ^_^

    ReplyDelete
  8. Berbaloi penat! Mesti sedap sgt ni...

    ReplyDelete
  9. Wow!!. Mesti sedap sgt Aisy masak!
    Suka ayat2 keramat ttg PERSAHABATAN tu... especially perenggan
    terakhir.

    ReplyDelete
  10. mesti sedap yee mee tu. kite pun nak la resepi. update lah kat blog. hehehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Sampai parents bertanya, memang sedap! Nanti jangan lupa kongsi resepi yee mee sedap kat blog. :)

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. kan.
    jgn lupa kongsi resepi tu dgn kami juga..

    ReplyDelete
  13. hehe...boleh start meniaga dah ni cikgu
    dah ada orang puji...memang sedap betul tu =)

    post selingan tu buat saya senyuman sendiri plak
    besar nilai sahabat tu kan

    ReplyDelete
  14. Wahhhhh.....tetiba nak mintak resepi yee mee cikgu tau hihi...share ler resepinya. Guano tu....

    Terima kasih AN sebab awak rajin WA kat okje....kiranya awak ingatkan okjelah kan...

    ReplyDelete
  15. setuju sgt2 dgn kata-kata akak kat atas...

    ReplyDelete
  16. yes yes share la resepi yg sedap tu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?