Ini baru 'open house'

Punyalah sibuk sepanjang minggu lepas. Baru sempat siapkan entry pasal open house yang 'rare'.

Apa yang rare tu? Korang yang selalu baca blog ni agaknya perasan pasal jiran-jiran saya yang yang cukup baik dan erat ukhuwahnya. Ni kisah salah satu bukti hubungan yang baik tulah.. biasa je diajak ke majlis rumah terbuka kan? Tapi biasa tak lepas korang beramah mesra dan makan di rumah yang dijemput tu, korang maraton dibawa ke rumah-rumah lain yang berdekatan. Ha, jarang kan?..

Kisah kami pada 8 Ogos yang lalu. Lepas habis je makan dan bersembang-sembang kat rumah yang dijemput tu, kami sembang beramai-ramai lagi di laman seorang jiran. Lepas tu, tak lama kemudian kami diajak ke rumah depan, seorang jiran yang sedang mengubahsuai rumahnya. Duduk pulak kat rumahnya tu lebih kurang setengah jam. Tengok keadaan rumah sambil gelak-gelak.

Dah 3 buah rumah kan? Tapi belum habis kat situ je, lepas tu diajak pulak ke rumah depan hujung sikit. Kali ni lagi meriah keadaannya di rumah keempat ni, sebab siap ada makan biskut raya lagi, sedangkan masa rumah pertama tu apa benda yang ada semua kami dah jamah. Di rumah keempat ni juga meriah sebab anak-anak ikut masuk sekali. Mak-mak sembang dengan geng. Yang anak anak pun serius juga bersembang, memang meriah masa tu. Yang kelakar pada masa tu ialah, budak-budak ni minum air kosong seolah-olah sedap sangat terutama anak-anak saya, minta tambah air kosong beberapa kali. Adoi, korang ni.. dah buat macam rumah sendiri pulak!!

Sudahnya, lepas tawaf banyak rumah tu, masuk ke rumah sendiri dah pukul 12.20 tengah malam. Betapa seronoknya kami malam tu. Naim yang tak nak masuk ke rumah pada mulanya, lepas kena paksa dah lena dalam masa tak sampai 5 minit.

Tepek satu gamba comot saya dengan jiran-jiran yang gojes belaka ni.. jiran yang cukup sporting, salah seorang ni dah pindah tapi tetap hadir di kebanyakkan acara di lorong kami ni, ha betapa komitednya....salah seorang jiran saya ni dah tahu tentang kewujudan blog saya ni, jadi bolehla saya buat entry letak gambar diorang. Kalau tak, takut.... hihi.. 

Lain kali masuk ke rumah saya pulak tu.. untuk malam tu, tak sanggup nak offer masuk ke rumah saya sebab takut jiran-jiran pengsan tengok keadaan yang ada.. hihi..

Comments

  1. Best nyer dikelilingi jiran2 yang super sporting dan satu kepala....

    Teringat kalau beraya kat kampung masa kecil2... begitu lah gayanya... dari satu rumah ke satu rumah dalam kampung dengan berjalan kaki.... skrang ni dah tak boleh buat lagu tu.... selain kepanasan, malas dah nak layan karenah anak2 yg lasak lari sana sini... hehehe

    ReplyDelete
  2. untung aisy ade kejiranan yg akrab mcm nie...bagus mcm nie...seronok bace... lieya kalo duk umah kat salak tgi yg mule2 beli tu mcm ni laaa...siap ade wasap group...bile raya ade jamuan sepanjang taman.... pastu kalo ade kematian sama2 urus...tapi tu laa takde jeki plak nak dok sane...sewakan ajek....

    dah mcm baraan kan aisy....yg lawat dari rumah ke rumah tu heheheehe... mcm ni seronok laaaa.... anak2 kite la lagi hepi sbb dpt main ngan kawan2 sebaya dieorg...tu yg air masak pun jadi sedap tu kekekeekeke

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa jiran-jiran sportingg ;))

    ReplyDelete
  4. Ini baru betul-betul open house.
    Masing-masing buka pintu menanti jiran masing-masing masuk bergilir
    Kalau tempat kakak buat macam ini masa marhaban aje...

    ReplyDelete
  5. Singgah sini...
    Seronok kalau de jiran² mcnie...

    ReplyDelete
  6. Salam singgah dan ukhuwah. Alhamdulillah, nikmat berjiran yg baik-baik belaka ALLAH SWT berikan. Best sangat tau!!!

    ReplyDelete
  7. taman rumah ada buat jamuan raya hari last syawal sabtu lepas..
    tak dpt nak lepak lama, sbb nak balik rumah mertua malam tu, huu

    ReplyDelete
  8. Bagusnya dapat duduk di kejiranan macam ni. Terasa sikit suasana raya tu kan. Kawasan kami ni banyak Cina makanya pandai-pandailah nak hidup. Biasanya hari bekerja, kau-kau, aku-akulah. Balik rumah masing-masing terus terperuk dalam rumah. Hujung minggu aje baru sempat hi,hi, bye,bye. Kami pulak kalau hujung minggu pagi 'hi', petang nanti baru nampak 'hi' semula ~_^

    ReplyDelete
  9. seronokkan buat xtvt begintersa erat dan dekatnya dgn jiran jiran
    masa di jb dlu iye, kami pon buat begini tp siap bincang sesiap menu.jgn bagi sama. hihi

    ReplyDelete
  10. bagusnya ada jiran sekepala ni kan cikgu AN
    memang rare betul tu, marathon ke setiap rumah
    lebih kurang cam baraan kata orang jawa
    seronoknya kalau saya dapat peluang gitu

    ReplyDelete
  11. bestnyaaaaa!!!! saya pergi rumah jiran... tapi x ajak jiran datang rumah. Boleh? kikiki... sbb rumah saya masih kosong je walaupun dah 4 bulan pindah rumah!

    ReplyDelete
  12. Wahhh....nampak sgt rapat betul ukhwahnya tu AN.....seronokkan.... Sesekali dpt berbual dengan jiran tetangga sampai larut mlm hihi....

    Kalah beraya kat taman okje ni tau, satu mlm paling banyak pun 2 rumah. Mmg hebat tu kalau satu mlm sampai 4 rumah ...

    Cantik rumah dia....nampak tak serabut, kemas je. Mana tuan rumahnya? Papa N dan papa papa yg lain ikut sekali ke

    ReplyDelete
  13. Nampak ngam sekepala je ni. Bestnya...

    Kalau la LM dpt jiran baya2 ni best betul. Dulu duk segamat jiran smua lbh tua. Ye lah masa masuk umah baru tu umur baru 21 org lain dah 30 lbh 40 lebih, pindah sini smua tua2.. Aduhaii mmg xde geng la.

    ReplyDelete
  14. bestnyer dpt jiran mcm ni.. harap lya pon leh dpt jiran y sempoi mcm ni jgk

    ReplyDelete
  15. seronok dapat jiran2 yg bagus macam ni kan...jiran aisy ni lebih kurang sama je dengan jiran2 akak...memang selalu marathon pegi beraya malam2...

    ReplyDelete
  16. sama la kejiranan kita.
    but sayang, time berjumpa di hari raya tu aida x snap pun gambo kami ramai-ramai.
    rugi!!!
    sibuk sgt makan & borak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1