Checkers Hypermarket: Destinasi Belian Borong

Entry kali ni saya nak berkongsi tempat belian borong di kawasan Shah Alam. Masa menjual untuk Food Fair sekolah hari tu, empat kali saya ke Checkers Hypermarket untuk membeli barang dalam kuantiti borong. Sebelum ni saya tak tahu pun tempat ni, mujur ada kawan yang bagitahu. Memang murah harganya. Pelik kalau masuk ke Checkers ni, kalau korang beli sikit. Setiap kali saya pergi tu, semua orang yang membeli belah memang beli dalam kuantiti banyak.

Bukan sahaja dijual barangan kering, bahagian basahnya juga ada barangan yang segar. Saya beli barang untuk masak yee mee pun di Checkers ni.

Beli dalam kuantiti banyak, dapat harga murah, jual kat sekolah, ha, itulah strategi untuk capai 1k. Bermodalkan hanya RM 365 dapat kutipan RM 1140. Okla kan? 

Kalau korang nak ke sini, alamatnya:

CHECKERS HYPERMARKET SDN BHD (564429-W)
(Head Quarter)
LOT 7, PERSIARAN SELANGOR, SECTION 15, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 - 5511 2255            FAX: 03 - 5511 1188 (Account) / 5511 1177 (Receiving)
EMAIL: enquiry@checkers.com.my
PAYMENT REQUEST: paymentrequest@checkers.com.my

Comments

  1. Okje dah tau dah......tak payah ajaknya Pak Jilap dtg sini....mesti dia tak mau. Nanti dia mesti ckp setakat beli seketul dua tu nak buat apa gi jauh jauh....Nyampah ai tau, AN hihi....

    Wahhh...berganda ganda untungnya tu .....dan dan tu pulak okje rasa nak meniaga makan hihi ..

    ReplyDelete
  2. Wah mmg berganda untungnya tu AN.

    Beli dgn harga borong ni berbaloi. Kat sini ada mini market baru jual borong juga. Tp yg bestnya 6 tin susu blh dpt harga murah tu yg dah masuk situ liat sket nk kluar

    ReplyDelete
  3. wow.pembeelian yang bijak
    jauhnya nak ke sana dr tempat saya..
    tp blh la kalau nk riki riki tempat

    ReplyDelete
  4. syok soppink kat sini kalo nak buat jamuan ke, kenduri ke, party ke kan.. :))

    ReplyDelete
  5. kenapa tak penah tahu kewujudan tempat ni ye

    ReplyDelete
  6. bagus kalau nk buat event beli brg disini ni.. tq

    ReplyDelete
  7. menarik ni.. sesuai lah utk org nk beli byk2 ni..

    ReplyDelete
  8. sabtu lepas akak kesini...hehehe seronok juga membeli barang dekat sini,harga pun boleh tahan lagi la

    ReplyDelete
  9. Dekat area Cheras pun ada satu cawangan Checkers ni, AN. Pernahlah pergi sekali. Biasanya borong air mineral. Kalau nak beli borong untuk keperluan rumah tu tidaklah. Ada juga yang murah tapi bila dibandingkan harga (kalau bukan beli borong), ada mahal sikit daripada tempat lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1