Projek 1K

" Wah, seronoknya sekolah mama ni!!", komen Naim bila seronok bersama-sama memeriahkan Food Fair (hari kantin) sekolah saya. Walaupun tak menjual ala-ala Mail ( harapan Naim sejak seminggu lalu), tapi bila ke sekolah dan tengok kemeriahan yang ada, Naim mulalah tunjukkan muka seronoknya. 
Sempat Naim pau papanya minta belikan spray buih tu.. untung ler orang yang jual benda tu, memang cukup ramai murid yang beli.
Ni gambar masa mula-mula sampai, agak malu-malu. Murid yang membantu saya kat gerai masa tu cuba nak sembang dengan diorang tapi diorang ni buat tak layan je..

Hasil main dengan spray buih tu. 

Ha.. akhirnya tiba juga ke hari yang dinantikan, hari kemuncak setelah hampir dua minggu berhempas pulas berpeluh penat menjual pada masa rehat untuk mencari modal bagi menjayakan Food Fair ni. Gambar di awal pagi ni murid yang hantar melalui whatapp, gambar iphone6 ni lawa kan, muka semuanya masih ceria masa ni. Masa ni juga ramai murid saya yang membantu di gerai. Bila dah panas sikit mula hilang sorang demi sorang, ada banyak masa cikgu sorang-sorang je yang jaga gerai. Budak-budak tingkatan 1, biasalah tu, banyak yang diorang teruja nak main. 

Macam dalam gambar kat atas tu, produk jualan saya pada hari tersebut ialah yee mee. Penat menyediakan kuahnya dan mee tu masih terasa masa mengarang entry ni. Huhu. Baru tahu betapa penatnya masak untuk kuantiti yang banyak dan bukan mudah nak dapat RM 1000 rupanya. Memang berpeluh satu badan. Tidur pada malam kejadian pun cuma 2 jam. Apa pun lega sangat saya, hasil titik peluh berbaloi sebab jualan kelas berjaya lebih target.. Keseluruhan dapat RM1105..jualan dua minggu presale berjumlah RM480 dan yang lain-lain ialah hasil jualan pada hari FoodFair tersebut, alhamdulillah sangat, jadi kiranya projek RM1k kelas kami dah berjaya !!!

 Habis dah episod tak lena tidur malam. Lega penat lelah berbaloi. Lega juga suami memahami, rumah bersepah dua minggu ni(haha, padahal selalu je gitu!!) dan suami saya tak berkira bila diajak beli barang 3 malam berturut-turut untuk saya menjual pada minggu presale.

Belanja korang tengok kemeriahan yang sempat saya snap. Tak banyak gambar sebab saya memang tak banyak berjalan, menjaga gerai di kebanyakan masa. 

Comments

  1. Wah tahniah!Hebat cikgu..hilang dah penat lelah setelah bertungkus lumus selama beberapa minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lega berjaya capai target walaupun kls hujung.. okla kan gitu..

      Delete
  2. Tahniah AN.. banyaknya dapat kutipan tu.... Untung pelajar ada cikgu gigih macam AN :)
    Kalau dekat, saya pun nak pegi beli yee mee tu.. mesti sedap!

    ReplyDelete
  3. wah seronok nyer aisy ade food fair gini...in ala2 hari kantin kan? lieya tak penah gi sekolah anak buat ...tapi kalo kalo kakak ipar yg cikgu tu buat kat sekolah die selalu gi support heheeheheheh.....

    spray buih tu konsep die mcm mane....kuar bubbles2 tu ke....kalo barang mainan mmg laju jek laa budak2 ni aisy....kalo lieya lagi suke anak2 beli barang mkn....hehheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa.. hari kantin ni sebenarnya.

      Spray ni akan keluarkan buih putih yang pekat. Mcm jenis spray yang cuci kereta tu buihnya.. tulah, naim ni bila tgk ramai yg gina spray tu, dia nk juga..lepas tu baru ada perasaan nak makan benda yg kls2 jual..

      Delete
  4. tahniah aisy berjaya capai target.. seronok juga bila ada aktiviti macam tu kan dapat eratkan hubungan antara pelajar dan guru

    ReplyDelete
  5. Wah berbaloi2.....puas hati ussha berhasil kan...

    ReplyDelete
  6. Menariknya! Lagi best melepak target. Berbaloi!
    Ahahahah... Tingkatan satu Ye.... Masih Nak main lari2... Sian Cikgu Jaga sorang2. Hihihi

    ReplyDelete
  7. Cikgunya nmpk sebaya je dgn murid dua org tu.

    Byk tu rm1 k? Dpt lebih pulak tu ye AN? Klu LM pitam nk fikir apa lah yg nk dimasak

    ReplyDelete
  8. Tahniah AN mencapai target. Tak sia-sia dapat tidur 2 jam aje. Hasil akhirnya tu yang penting. Kalau AN letak budak berdua tu kat gerai, memang lakulah. Pelaris jualan tu ^_^

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah penat berbaloi kan..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    seronokkan
    teringat hari kantin di sekolah dulu
    tahniah akak sbb berjaya capai target..

    ReplyDelete
  11. wah tahniah ye cikgu AN...berjaya melepasi sasaran!
    bukan senangkan nak buat tu
    tu berkat bersekang mata tu
    lama dah saya tak p hari kantin...

    ReplyDelete
  12. Oh kiranya capai targetlah ni ek.....
    Seronokkan bila penat lelah dibayar dengan keuntungan cenggitu. Terasa mcm nak berhenti kerja dan dan tu jugak jer....nak tukar kerier jadi pengurus restoren Yee Mee...Tak gitu ke cikgu ? Haha....

    Kira abg sado tiga org tu jadi orang kuat mamalah hari tu ek

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah... capai target.
    skola anak2 aida bulan oktober nanti ada karnival.
    sabtu. boleh la aida gi skali :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1