Dia yang menang aku yang meleleh air mata, kenapa??

Kisah kelakar bercampur gembira. Alkisahnya saya kena bawa murid ke pertandingan pengucapan awam dalam bahasa Inggeris. Mulanya saya nak menolak kerana saya memang tak biasa memandu ke kawasan Petaling Jaya. Tapi kawan yang lagi seorang tu tak nak menghantar, jadi terpaksalah saya juga menabahkan diri menghantar murid ni.

Seperti yang dijangkakan, sesat akhirnya, perjalanan kami ambil masa satu jam. Padahal kalau ke Sunway Pyramid sepatutnya 15 minit je dan jika dari Sunway Pyramid ke sekolah yang dimaksudkan ni cuma dalam masa 5 ke 10 minit. Tapi entah bagaimana kononnya bijak masa pagi tu, nak elakkan sesak saya ambil jalan lain, maka bertabahla menempuh perjalanan di NPE. Entah macam mana sampai ke situ! Murid tersebut dah agak cuak mukanya. Saya pun cepat-cepat bagitahu dia, "jangan risau kita ada waze ni, akhirnya kita akan sampai juga. Lagipun biasanya pertandingan mula agak lambat, mesti diorang nak tunggu murid dari PPD lain juga".

Apa pun, alhamdulillah akhirnya sampai kami dengan selamat. Peserta lain ada lagi yang tak sampai pada masa tu, legalah saya pada masa tu. Sempatla bagi masa untuk peserta saya tu bertenang.

Maka, selepas buat tugasan masing-masing maka diumumkanlah keputusannya. Dah nak jadi rezeki murid ni, beliau pun diumumkan sebagai pemenang kategori Pandu Puteri Remaja. Wah... masa mendengar nama murid ni disebut sebagai pemenang tu, menitik air mata saya. Cepat-cepat saya lap pun tetap air mata ni membanjiri pipi mulusku lagi.. haha, berhiperbola kat situ, tapi begitulah keadaannya...bukan tu saja, masa nak ambil gambar murid masa beliau terima sijil dan trophy pun sekali lagi air mata saya ni meleleh.ai.. itu baru sebagai guru pengiring, tak bantu apa-apa pun.. terharu betul bila anak murid menang.

Ni ha sijil dan trophy yang menyebabkan kejadian tu.. 

Comments

  1. kalau akak pun mesti meleleh juga airmata,baca ni pun dah bergenang airmata sebab dapat rasa perasaan tu...apatah lagi kalau yang menang itu anak2 kita akak rasa banjir kot hahahah...mama memang terlebih-lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama, kalau anak sendiri agaknya basah tudung ni. masa naim dapat no 1 tadika 4 tahun aritu pun dah merah mata sya ni.. huhu

      Delete
  2. Tahniah utk guru pengiring dan pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nampak nau selama ni tak ada aktiviti yang cikgu terlibat yang menang mcm tu...

      Delete
  3. Seorg guru yg punya hati tisu dan menganggap anak murid bagai anak sendiri tak mustahil akan jadi macam itu Aisy. Airmata kesyukuran tu sebenarnya..

    Tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah kak...betul tu, perasaan lain macam kan.. hihi

    ReplyDelete
  5. aii kita baca pun naik terharu tau..
    klu udah rejeki namanya...
    tahniah guru2

    ReplyDelete
  6. Congratulation to her and to guru pengiring as well :)
    Itu namanya air mata kesyukuran.. AN, pelajar yg menang tu menangis tak?

    ReplyDelete
  7. Hahaha...itu baru anak murid. Itu baru jadi cikgu pengiring aje katanya. Kalau jadi cikgu yang bertanggungjawab membimbing sampai anak murid jadi juara, kena salin pakaian ni, AN. Basah lencun dek air mata terharu.

    Saya kalau anak tu mungkinlah terharu sungguh-sungguh gitu. Tapi kita pun bukan cikgu, so tak tahu apa perasaan cikgu kalau anak murid berjaya. Samalah agaknya macam perasaan seorang emak tengok anak berjayakan. Anak murid tu kira anak jugalah~ anak didik ^_^

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.tahniah diucapkan
    akakk seronok gembira tu..
    sesat di awal perjalanan akhirnya mbawa pulanng kejayaan :) terharu dgn kecekapan dan ketabahan guru pengiringnya tu ;)

    ReplyDelete
  9. Congrats Cikgu Aisy and murid.
    Jelas terlihat keikhlasan anda di situ..
    siap nangis2 lg. Hihi...

    Moga terus cemerlang ank2 didik Aisy di masa2 akan dtg.

    ReplyDelete
  10. wahh tahniah dari kaknoor utk murid dan guru nya air mata gumbira lah tu kan

    ReplyDelete
  11. Tahniah untuk semua yang berjaya...air mata terharu..

    ReplyDelete
  12. itu laa kegembiraan sebenar buat guru kan aisy ...bile tgk anak murid yg dididik berjaya....

    tahniah semua.... moga terus maju jaya.....

    ReplyDelete
  13. hiperbola... hehehehe... terharu sb susah payah hantar n sesat. sebab tu sedih dan rasa berbaloi

    ReplyDelete
  14. Wahhh tahniah ye...nini rasa nini po sama..cepat tamgkap leleh..haha

    ReplyDelete
  15. Kikiki.... Mesti la terharu! Siap tempoh jem berjam2. Alhamdulillah...

    Mau melompat happy murid tu ye

    ReplyDelete
  16. wah...kalau saya pun mesti camtu juga
    sampaikan salam tahniah saya pada dia ye
    juga buat cikgu AN...tahniah sebab mampu handle situasi
    idak mesti panik budak kalau cikgu pun panik =)

    ReplyDelete
  17. tahniah dari aida.
    cikgu pengiring penting tau :)
    pembakar semangat buat anak2 murid.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts