Abang yang dah besar

Assalamualaikum semua.
Pasti ramai yang bergembira di hari 25hb ni ya. Alhamdulillah kan. Harapnya bila dapat gaji korang akan beringat ya. Lagi-lagi di zaman wang kita jatuh ni. Jangan lupa bayar hutang bagi yang ada meminjam daripada orang lain disebabkan tempoh lama tanpa gaji hari tu.

Ok, kembali kepada tajuk yang sepatutnya. Si abang lima tahun ni, selalu cakap yang dia dah besar. Kalau minta dia buat apa-apa kebanyakannya memang dia akan buat. Lega juga bila dia faham besar dan tanggungjawab ni. Tapi pastilah kami tak pun menyuruh Naim buat perkara-perkara yang tak mampu dia nak buat. Setakat minta dia ambilkan barang atau tolong cucikan tangan adik atau menguruskan adik, selalunya boleh Naim buat. Itu pun kalau dia tak gaduh dengan adik atau mood tengah baik. 

Semalam banyak berlaku banyak perkara yang buat saya pun rasa Naim ni memang dah besar. Anak sulung yang boleh diharapkan suatu masa nanti, insyaAllah. Kena doakan yang baik-baik. Mula-mula masa saya balik semalam, sampai je saya ke rumah terus Naim panggil untuk diberikan sesuatu katanya.

Ini bendanya yang nak sangat Naim tunjukkan pada saya. Dia siap minta saya tunduk dan dipakaikan rantai ni ke leher saya. Wah.. kalau esok-esok dapat rantai emas entah apa perasan, setakat dapat hadiah gelung plastik gini pun dah senyum lebar mama ni.. huhu..

Malamnya pula, saya angkut semua ke rumah kawan saya di lorong belakang. Ada hal nak dibincangkan. Kebetulan pula rakan ni ada tiga orang anak lelaki. Yang sulungnya, 6 tahun bermain sakan dengan Naim Nazif. Tak sangka tempoh kami ke rumah kawan ni banyak mempengaruhi Naim. Bila balik ke rumah kami, Naim bertanya pasal anak kawan tu, Adam adakah tidur di biliknya sendiri. Saya pun segera mengiyakan pertanyaan Naim tu. Tak pula sangka Naim pun nak tidur sendiri, katanya Naim dah besar, nak macam Adam yang tahu tidur di bilik sendiri. Saya ok je, sebab sengaja nak tengok betul ke Naim ni mampu buat macam tu. Bilik dia memang dah kami sediakan sejak tahun lepas, biasanya jadi bilik tetamu sebab memang Naim nak masuk sekali sekala je.

Lagi satu, diusahakannya dengan adik, angkut 3 bakul mainan diorang dari bilik stor ke bilik Naim kat atas. Kononnya kalau ada kawan Naim datang, Naim nak bawa kawan Naim masuk bermain di bilik Naim. Saya memang tak campur apa, diorang susun ketiga bakul tu elok-elok. Mainan yang dimain sepanjang malam pun tersusun rapi masa kami nak tidur. Hai, kuat pengaruh kawan ni.

Gembira sangat dah mama ni melihat sikap Naim semalam. Walaupun pada pukul 3 pagi Naim masuk tidur ke dalam bilik kami juga, itu bukan masalah besar. Perlahan-lahan dan apa yang penting dia nak buat dengan kerelaan hati sendiri. 

Comments

  1. betul tu aisy....kadang2 budak2ni tak mo dengar ckp kite...tapi ckp kawan2 or cikgu dieorg nak dengar....bagus laa untuk naim...banyak bende baru die ikut dari kawan die tu...bagus camtu...kalo lieya mmg lieya suke...lagi soh die berkawan ngan budak tu heheeheheh

    tang tidu bilik sendiri tu mmg payah nak ajar anak2...lieya ni pun pakkal jek mia ngan mija tu gap rapat so ade kawan nak tdo bersame...kalo sorang2 mau takut gak hehehehee...in sha Allah Naim boleh tu aisy...bg pujian2 kat die...mesti hepi punye tuh....

    ReplyDelete
  2. nampak sangat dah macam abang naim nih, dah besar rasanyakan bila anak2 dah boleh berfikir macam tu. Pengaruh kawan yang baik macam tu memang baguslah

    ReplyDelete
  3. kembali brnafas pada hari ni..hehheh

    ReplyDelete
  4. bagus nya naim, anak sy tu sejak ada tertengok cerita hantu, astik berkepit dgn mama, takut katanya.

    ReplyDelete
  5. Dengan anak-anak ni, pengaruh kawan-kawan dan cikgu lagi kuat, AN :)

    Anak saya yang kecil tu pun dah tidur sendiri. Tapi lately aje selalu masuk bilik kami tengah malam kejutkan saya bangun. Akhirnya dengan saya-saya sekali tertidur dalam bilik mereka.

    Kalau anak dah tahu tanggungjawab ni bagus juga. Tapi kita pulak rasa macam cepatnya alahai mereka membesar. Bab dapat hadiah daripada anak-anak, baru dapat rantai plastik dah terharu. Bayangkan ajelah kalau dapat rantai emas sampai berat leher nak tegak, memang tak tahu nak kata macamanalah!

    ReplyDelete
  6. Terharu sebenarnya kalau anak2 meminta tido kat bilik sendiri. Ia membina sikap keyakinan diri dorang. Tp make sure bilik kita jgn dikunci.. incase dorang perlukan kita kalau2 terjaga malam... sian plak.

    ReplyDelete
  7. Memang senyum lebar lew mama yer.... bila anak dah pandai menghargai. Ekekeke...... sabar ye mama, Naim dah kerja nanti, gaji pertama Insyaallah rantai emas di pakaikan kat leher mama...ececece suka ler tu....

    Gitulahkan .... memang besar pengaruh kawan ni, moga kawan anak anak dpd kawan kawan yg baik dan anak kita ada kekuatan untuk menilai baik dan buruk

    ReplyDelete
  8. hadoi. nanti da besar mesti rindu time dia kecik.

    sungguh bagus.
    abg yg makin matang :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.pengaruh yg baik tu.
    seronok naim kan bila dpt kawan mcm tu
    lama lama nanti naim biasalah nak tidur sendirian.
    kena bagi galakan lebih sikit..

    ReplyDelete
  10. bagusnya naim..dah menunjukkan tanda abang yang baik tu
    afif pun dah dekat setahun tidur sendiri
    ada masa dia akan datang juga tidur bawah ketiak mama dia =)
    tak apa...perlahan-lahan ye naim ye. apapun good boy

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1